
Sunday, May 31, 2009
Saturday, May 30, 2009
Hasil Karya



masih ada lg kata-kata dan ungkapan yang dibuat disetiap dinding tetapi untuk n3 ini hanya 4pic ni yg saya paparkan.Yang selebihnya akan di kemaskini kemudian.sabar ye cikgu2 skbm nanti hasil kerja anda akan dipaparkan disini ;)
Wednesday, May 27, 2009
Mural
Semua hasil yang dihasilkan olehnya sangat luar biasa itulah cg Raja.
LDP

Tarikh : 27 Mei 2009
Hari : Rabu
Tempat : Bilik PPSMI
Agenda : LDP (eduwebtv)
Di kendalikan : Ym Raja Khairuddin
=================================================================
Tarikh : 25 Mei 2009
Hari : Isnin
Tempat : Bilik PPSMI
Agenda : LDP (PSiVik)
Di kendalikan : Guru Besar
Penerangan yang diberikan oleh Tuan Guru Besar semasa membincangkan cara penulisan rancangan mengajar sivik

Saturday, May 23, 2009
HARI KE-3 KEM UPSR ,Setiu Timur 09-berakhir-
Tuan Guru Besar selaku pengerusi majlis menutup KEM KECEMERLANGAN UPSR. Membaca Al-Fatihah sebagai penutup kem.Selain itu nasihat juga diberikan untuk terus meningkatkan lagi kemajuan dan kecemerlangan di dalam pelajaran.Selamat Maju Jaya.




Penutup KEM KECEMERLANGAN UPSR 2009
~SELAMAT MAJU JAYA~




Maka berakhirlah untuk sesi pertama bagi KEM KECEMERLANGAN UPSR FASA 1 Setiu Timur.Dengan ini pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan kem ini sama ada secara langsung dan tidak langsung dari hari pendaftaran sehingga hari ketiga sebagai penutup kem ini.Ribuan terima kasih diucapkan.
SEMOGA BERJAYA DALAM UPSR

Friday, May 22, 2009
HARI KE-2 KEM UPSR ,Setiu Timur 09

Guru Matematik menerangkan cara pengiraan dalam kertas 2 operasi + - X /
Fc BM dari SK Kg Jaya."TINGKATKAN PRESTASI,PENDIDIKAN CEMERLANG"

HARI KE-2 KEM UPSR ,Setiu Timur 09
Peserta Tumpang,tapi mereka di dalam kelas khas (darjah 6 yg selebihnya)kelas matematik,bm,sc,bi.Sorg je peserta Perempuan.
Murid lelaki.

KEM KECEMERLANGAN UPSR SETIU TIMUR
HARI 1,PendaftaranHari pertama peserta menjamu selera di SKBM
Antara peserta KEM Lelaki, 1 meja dah cukup..
Org Kuat asrama dan warden nya
Peserta KEM perempuan melebihi 3 meja..

Wednesday, May 20, 2009
OTI 2
OTI 2 berlangsung selama 5hari bermula 20hb Mei hinggalah 26hb Mei ini.


Selamat Maju Jaya

KURSUS DALAMAN
Monday, May 18, 2009
GURU - GURU BERAKSI
Friday, May 15, 2009
SAJAK BUAT MU GURU
Guru dan llmu
Tatkala dirimu setahun jagung
akalmu masih merebung
intelekmu belum bangun
di kepagian usiamu
perlahan guru membisik ke telinga
rumus-rumus ilmu
terjaga intelekmu dari kelam lena
terpesona!
Mulai dari itu
bersama guru
dengan gembira engkau menyanyi lagu
abjad dan angka
membaca dan mengira.
Mengiringi perkembangan
dengan lembut dan kasih sayang
guru membimbingmu ke pendakian
tangga demi tangga
ke puncak kemampuan
memahami menikmati
panorama alam
rahsia kejadian
hikmat Tuhan
inti keilmuan.
Pada puncak kematangan
dengan sayap kemampuan
engkau dilepaskan ke alam luas
menerawang ke langit ilmu
atau hinggap di perbatasan
membina penghidupan.
Di mana jua engkau terdampar
senang atau sukar
ingatilah bakti guru
mendidik memberi ilmu
menggaris pedoman.
selitkan dalam hening doamu:
'Sejahteralah guru sekalian'
Shafie Abu Bakar
UKM
5 November 1988

:: SERTAI KAMI ::
Sekolah Kebangsaan Bukit Mundok
21500 Setiu, Terengganu.
Tel : 09-8240926
Fax: 09-8240450
Email: tba6074_skbm@yahoo.com.my
Paparan terbaik 1024x768
ILMU AMAL JAYA
Copyright © 2013 SK BUKIT MUNDOK. Designed for rozbh07





















