Koleksi Contoh Soalan Peperisaan KSSR. Download KSSR Exam Paper di Bank Soalan KSSR November 2009

PENDIDIKAN


copyright@ 2013 SKBUKIT MUNDOK| Semua Hak Dilindungi | Designed for SKBM (RBH). Powered by Blogger.

Thursday, November 19, 2009

KEPUTUSAN UPSR 2009

TAHNIAH

SK Bukit Mundok, Setiu. Terengganu.. Tahun ini telah membuahkan kejayaan yang berlipat ganda. Bukan setakat KoKurikulum bahkan bidang Kurikulum juga dapat dibuktikan dengan kejayaan dalam UPSR.

Keputusan UPSR baru-baru ini sangat membanggakan pihak sekolah. 2 orang calon telah berjaya mendapat 5A dari 18 orang calon.

Mohd Syamil Idham b Mustafha, 5A

Arissa Wridayu Bt Zul , 5A

Tahniah kepada adik Arissa Wridayu Binti Zul dan adik Mohd Syamil Idham bin Mustafha. Kita boleh buktikan bahawa dengan berusaha dan bersungguh-sungguh kita juga kita berjaya. Sama ada dalam Sukan atau Pelajaran. Insya Allah.

Kami warga SKBM, pihak pentadbir,terutama GB mengucapkan tahniah kepada calon yang cemerlang. Usaha lagi bagi calon-calon yang kurang bernasib baik.

Dengan usaha dan sokongan semua guru terutama guru tahun 6, Tahniah dan Terima Kasih di atas kejayaan murid-murid kita kerana berjaya melonjakkan lagi nama SKBM.

2009


Contest SEO Eridy

Saturday, November 14, 2009

Guru

KHAS BUAT SAHABATKU : BAKAL GURU, GURU DAN SEMUA ILMUAN.

Jauhku membuang pandang di sudut hari menunggu jawapan. Apakah nanti aku bisa ke mari menebar bakti buat anak-anak jati yang menunggu harap : sekuah ilmu sesuap kudrat buat meniti masa depan ke arah wawasan dijulang.

Sahabatku: Menoleh kelmarin peritnya zaman penjajah : sekuah ilmu ibarat segunung intan, sesuap kudrat tidak mampu dijawat dalam kemiskinan melarat. Tolehlah dari kelmarin yang kelam, pengajaran menjangkau semangat. Binakan dalam diri bahawa kita adalah pendidik berwibawa, junjung dulang kecemerlangan buat hidangan anak-anak didik wawasan yang menanti harap kasih, menunggu harap sayang, memeluk cinta jaya.

Sahabatku : Pandanglah esok yang gemilang : sekuah ilmu yang kau hulur, sesuap kudrat yang kau tabur : bisa melahirkan warga terhormat, pemimpin dunia, usahawan berjaya, ahli korporat dan teknorat yang dulunya meredah kepayahan. Walau mereka meniti langit, jauh meninggalkan engkau sendirian mendongak perit. TETAPI ! Siapakah mereka tanpamu ? Anak-anak yang dahulu tidak mengenal sesuatu : BUTA TANPA GURU, TULI TANPA SERU, MELARAT TANPA ILMU.

Sahabatku : Kita dijunjung kerana ilmu, dimulia kerana jasa. Berbahagialah dengan kedudukanmu walau di mana kau berada. Akhirnya ku titipkan kepadamu sebuah tinggalan nostalgia seorang bakal guru yang telah menjadi guru untukmu jadikan pegangan:

DARI RIMA-RIMA U, KAN KU CERITAKAN PADAMU KISAH MATA ANAK SERIBU

“Wahai sahabatku bakal guru : dalam matamu kulihat mataku. Tentu dalam mataku kan tampak matamu. Pasti kata-kataku padamu kan kembali padaku kerana kita punya arah yang satu. Dari bulat matamu ku lihat seribu anak melambai sayu. Semua orang kata itu anakmu. Anakmu tentu anakku. Bisakah satu ibu punya anak seribu ?” tanya kalbuku.

” Wahai sahabatku bakal guru : lupakah kita ke sini belajar jadi bapa anak seribu atau kau hanya ingin bergelar seorang guru ? Kalau hanya itu niat hatimu, pasti mereka jadi kerbau jadi lembu. Segera ! Kupaskan saja kulitmu itu : tampallah dengan seribu kulit buku, garapkan saja fail burukmu itu : gayalah dengan beg Profesor Serba Tahu.”
(Mohd. Sharoni Ismail)

Contest SEO Eridy

Friday, November 13, 2009

Wednesday, November 11, 2009

Kem Satu Malaysia SKBM















Kem Satu Malaysia, Berlangsung selama 2hari di SKBM. Kepelbagaian aktiviti yang dirancang secara menyeluruh dan bersepadu untuk komuniti SKBM.

Gambar aktiviti hari pertama






Contest SEO Eridy

Saling Berhubung

Contest SEO Eridy

Thursday, November 5, 2009

Perkhemahan SKBM

PERSIAPAN SEBELUM BERTOLAK KE TAPAK PERKHEMAHAN


PERSEMBAHAN MALAM KEBUDAYAAN


MEMASANG KHEMAH

PERASMIAN DAN PENUTUPAN


GAMBAR PESERTA PERKHEMAHAN


PERTANDINGAN GADJET DAN MEMASAK


Contest SEO Eridy

Wednesday, November 4, 2009

Taklimat Kemasukan Sekolah Menengah


Wakil dari SMK Sungai Tong memberi taklimat kepada murid tahun 6 SKBM mengenai proses pendaftaran pelajar baru ke tingkatan 1.


Contest SEO Eridy

Tuesday, November 3, 2009

Pengakap, Info pemakaian

Cara memasang lencana Pengakap pada kedua-dua lengan baju

Peringatan: Lencana kepandaian hendaklah dipasang satu per satu mengikut nombor yang dahulu didahulukan. Pengakap Melayu Boleh

Pakaian seragam Pengakap Muda (Junior Scout)


Lambang Pengakap Malaysia



Contest SEO Eridy

Monday, November 2, 2009

Musim Hujan Akhir Tahun

Alam: Plantae
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Malpighiales
Famili: Euphorbiaceae
Subfamili: Crotonoideae
Tribe: Manihoteae
Genus: Manihot
Spesies: M. esculenta


UBI KAYU

Musim hujan akhir tahun. Walaupun musim hujan, basah dan lembab! SKBM tetap panas seperti "Deiscoria goreng". (ubi goreng) Semangat kerja sepasukan sepenuh masa! Dengan aktiviti padat hingga minggu terakhir.

Rujukan tambahan untuk tumbuhan berubi Wikipedia

Contest SEO Eridy

:: SERTAI KAMI ::

Sekolah Kebangsaan Bukit Mundok
21500 Setiu, Terengganu.
Tel : 09-8240926
Fax: 09-8240450
Email: tba6074_skbm@yahoo.com.my
Paparan terbaik 1024x768
ILMU AMAL JAYA

Copyright © 2013 SK BUKIT MUNDOK. Designed for rozbh07

 
Hootoh Blog Hotooh Blog Entri Panas Tengkorak Harimau Blog Sapa Ceoh Pseudosupra Raimi Syazwan Blog Ilham Minda