Koleksi Contoh Soalan Peperisaan KSSR. Download KSSR Exam Paper di Bank Soalan KSSR August 2010

PENDIDIKAN


copyright@ 2013 SKBUKIT MUNDOK| Semua Hak Dilindungi | Designed for SKBM (RBH). Powered by Blogger.

Thursday, August 26, 2010

UJIAN TAMBAH NILAI UPSR 2010

25 HARI LAGI
UPSR

SK BUKIT MUNDOK, 26 Ogos 2010 Khamis. Setiap tahun selepas daripada ujian peperiksaan percubaan UPSR, JPNT akan mengeluarkan peperiksaan ujian tambah nilai UPSR.yang dikira amat penting bagi menguji kebolehan murid-murid yang bakal menghadapi UPSR. Bermula 24Ogos 2010 hingga tengahari ini 26 Ogos 2010 merupakan ujian tambah nilai di adakan di SKBM. Dalam keadaan sedikit kepayahan kerana menghadapi Ramadhan pelajar-pelajar Tahun 6 tetap bersemangat dalam menjawab soalan-soalan yang diberikan.
Cikgu Abdul Manaf bin Abdullah guru tahun 6 SKBM menyatakan tujuan utama Ujian Tambah nilai ini di adakan adalah untuk mendedahkan murid-murid dengan peperiksaan sebenar. Ini adalah kerana peperiksaan tersebut dijalankan di bilik peperikssan sebenar tempat dimana UPSR akan diakdakan nanti. Ditanya untuk target UPSR tahun ini beliau sambil tersenyum beliau menjawab lima orang. Beliau berharap dan meletakkan harapan yang tinggi agar murid-murid Tahun 6 lebih bersemangat dalam menghadapi peperiksaan UPSR yang hanya tinggal 25hari lagi. Rakan seperjuangan iaitu guru-guru Tahun 6 dilihat telah berusaha bersungguh-sungguh serta bekorban masa semata-mata untuk melihat anak didiknya berjaya dalam peperiksaan UPSR.

Contest SEO Eridy

Monday, August 9, 2010

SAMBUTAN PERAYAAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH



1 MALAYSIA MENJANA
TRANFORMASI



Pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan
Peringkat sekolah oleh Tuan Guru Besar SKBM
En Sulaiman bin Saian




Guru Besar En Sulaiman b Saian sempat bergambar di dua
bendera ( Malaysia dan Negeri ) setelah selesai
aktiviti yang dijalankan.


Bergambar.. sebagai tanda kecintaan kepada negara


Perhimpunan... setelah selesai aktiviti melukis
bendera negeri


Ustazah Yusmin bersama kumpulannya melukis
bendera Selangor


Ustaz Mohd Noor bersama kumpulannya melukis
bendera Wilayah Persekutuan


En Raimi dan En Badri, bersama kumpulannya melukis
bendera Terengganu dan Sarawak


En Abd Manaf bersama kumpulannya melukis
bendera Kelantan


En Abu Bakar bersama kumpulannya melukis
bendera Sabah dan Putera Jaya


Pn Azita bersama kumpulannya melukis
bendera Perak dan Kedah


Pn Rozaini bersama kumpulannya melukis
bendera N.Sembilan dan Melaka


Pn Aida bersama kumpulannya melukis
bendera Johor



Kami Bersatu... Bekerjasama....
1 Malaysia


Turun Padang....
Guru Besar tidak melepaskan peluang
untuk membantu serta tunjuk ajar


Ucapan perasmian Pelancaran Sambutan
Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah

SK BUKIT MUNDOK, 9 Ogos 2010. Bila muncul setiap tahun bulan Ogos rakyat Malaysia tidak mungkin melupai hari keramat yang disambut setiap tahun iaitulah Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan. Bagi warga SKBM tidak ketinggalan dalam menyemarakkan semangat Nasionalisma dalam tiap diri guru dan anak didiknya. Cara untuk memupuk semangat tersebut kali ini diterapkan dengan mengadakan aktiviti melukis dan mewarna bendera-bendera negeri di Malaysia pada tiang-tiang dewan SKBM. Aktiti ini merupakan aktiviti sekolah anjuran Kelab Rukun Negara dan Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan.
Selepas perhimpunan pagi, taklimat dari guru Pendidikan Seni SKBM berkenaan dengan teknik dan cara melukis kepada guru-guru dan murid-murid. Murid-murid dipecahkan mengikut kumpulan bersama guru pembimbing. Setiap kumpulan di mestikan membuat dua buah bendera. Dengan semangat kebangsaan yang ada murid-murid dan guru-guru melayu boleh saling bertolong bantu dalam menyiapkan bendera yang ditugaskan. Sasaran mencapai target apabila setiap kumpulan berjaya menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan. Kecerian dan rasa bangga terpancar di wajah warga SKBM apabila melihat hasil tangan mereka terlekat di tiang-tiang dewan sekolah.
Guru Besar En Sulaiman bin Saian di dalam ucapannya turut menyatakan rasa bangga atas kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak semasa aktiviti berjalan. Beliau juga mengulas mengenai tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu 1 Malaysia Menjana Trasformasi dari sudut pelajar sekolah dan aktiviti yang dijalankan.Beliau berkata, melalui melukis lambang-lambang dan bendera negeri akan dapat memupuk semangat kecintaan kepada negara dan satu Malaysia dan Melayu Boleh. Proses yang berterusan iaitu kecintaan kepada negara akan menjana perubahan dalam ilmu seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan pelajar.Beliau juga sekali gus merasmikan Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2010 berharap akan ada aktiviti-aktiviti yang menyemai semangat patriotisma dikalangan pelajar-pelajar agar mereka tahu bagaimana susahnya generasi dahulu mempertahankan negara ini dari musuh sehingga mencapai kemerdekaan dan rasa besyukur atas kesenangan yang dinikmati sekarang ini.

Contest SEO Eridy

:: SERTAI KAMI ::

Sekolah Kebangsaan Bukit Mundok
21500 Setiu, Terengganu.
Tel : 09-8240926
Fax: 09-8240450
Email: tba6074_skbm@yahoo.com.my
Paparan terbaik 1024x768
ILMU AMAL JAYA

Copyright © 2013 SK BUKIT MUNDOK. Designed for rozbh07

 
Hootoh Blog Hotooh Blog Entri Panas Tengkorak Harimau Blog Sapa Ceoh Pseudosupra Raimi Syazwan Blog Ilham Minda