Wednesday, September 28, 2011
Monday, September 26, 2011
Ustaz Fauzi PKHEM Bertukar
En Fauzi bin Ibrahim
Bertukar ke SK Kuala Setiu, Setiu
PK HEM baru
En Roslan bin Embong dari
SK Jelapang, Setiu
SK Bukit Mundok 26 September 2011 Isnin. SKBM mengalami pertukaran guru lagi apabila PK HEM En Fauzi bin Ibrahim akan bertukar ke SK Kuala Setiu Setiu.Pagi ini guru ganti Guru PK HEM yang baru En Roslan b Embong telah mendaftarkan diri dan dibawa melawat persekitaran sekolah oleh Guru Besar dan En Fauzi b Ibrahim. En Fauzi Ibrahim yang telah berkhidmat dan menumpahkan idea-idea yang bernas selama 3 bulan di SKBM. Ditemuramah oleh krew buletin SKBM pagi ini berkenaan perasaan beliau,beliau menjawab, "saya amat gembira dengan suasana di SKBM kerana pentadbiran yang mudah mesra dan baik.Kakitangan staf dan guru-guru juga cepat mesra dan suka membantu saya dalam menyelesaikan pelbagai kerja. Murid-murid pula mereka semuanya beradab dengan guru dan berdisiplin tinggi". Kesimpulannya "saya amat gembira berada di SKBM tetapi jarak yang terlalu jauh untuk berulang setiap hari yang menjadi halangan untuk saya terus berada di SKBM". Beliau mengambil kesempatan di ruang Buletin SKBM ini memohon kemaafan di atas segala kekurangan.
Guru Besar dalam majlis Sambutan Hari Raya peringkat sekolah semalam didalam ucapannya mengucapkan tahniah kerana disekolah baru En Fauzi akan berkhidmat sebagai Guru Penolong Kanan 1 dan selangkah untuk lagi naik pangkat ke Guru Besar. Beliau juga mengucapkan terimakasih atas sumbangan En Fauzi selama 3 bulan di SKBM dan berharap beliau dapat menyumbang khidmat dengan lebih cemerlang dan dedikasi disekolah baru. En Roslan b Embong telah berkhidmat selama 26 tahun dan beliau berusia 49 tahun. Beliau sebelum ini berkhidmat di SK Jelapang Setiu dan tinggal di Jalan Kemunting Pulau Manis Manir Terengganu. Perjalanan beliau mengambil masa setengah jam untuk sampai ke SKBM. Warga SKBM mengucapkan selamat Berkhidmat dan Bertugas di SKBM dan sama-sama menyumbang khidmat untuk anak bangsa di Bukit Mundok yang jauh dipedalaman.

Tuesday, September 20, 2011
Server Rack di Sambar Petir
Dah Sebulan SKBM terputus hubungan Maya.
Walaupun pihak PPD telah datang membuat pemantauan
tetapi belum ada apa-apa tindakan
SK Bukit Mundok 20 September 2011 Selasa, Hampir sebulan peristiwa kotak hitam (server rack ) dibilik Guru Besar disambar petir yang menyebabkan hubungan maya terputus. Selama sebulan juga peristiwa yang berlaku sekitar SKBM tidak dapat dimuat turun untuk tatapan blog SKBM ini. Akan tetapi segala kerja-kerja melibatkan tugas daripada JPNT dan PPD maupun KPM diselesaikan mengikut jadual. Ini adalah kerana warga SKBM sentiasa perihatin dengan tugas. Menurut Guru Besar SKBM En Rahiman b Mohamed berkata, saya telah pun membuat aduan kepada pihak PPD dan pihak yang bertanggungjawab dalam mengendalikan urusan ini, pemantauan telah dibuat tetapi belum ada apa-apa tindakan. Beliau menambah lagi, dengan ketiadaan perkhidmatan internet ini merumitkan urusan terutamanya surat-surat daripada jabatan yang sentiasa dihantar melalui email. Beliau berharap agar pihak berwajib segera mengambil tindakan kerana SKBM terletak jauh dipedalaman dan perlu tindakan segera jika sesuatu maklumat diperlukan.

Subscribe to:
Posts (Atom)
:: SERTAI KAMI ::
Sekolah Kebangsaan Bukit Mundok
21500 Setiu, Terengganu.
Tel : 09-8240926
Fax: 09-8240450
Email: tba6074_skbm@yahoo.com.my
Paparan terbaik 1024x768
ILMU AMAL JAYA
Copyright © 2013 SK BUKIT MUNDOK. Designed for rozbh07