Koleksi Contoh Soalan Peperisaan KSSR. Download KSSR Exam Paper di Bank Soalan KSSR February 2011

PENDIDIKAN


copyright@ 2013 SKBUKIT MUNDOK| Semua Hak Dilindungi | Designed for SKBM (RBH). Powered by Blogger.

Wednesday, February 23, 2011

MEMORI INDAH BERSAMAMU

JASAMU DIKENANG
GURU-GURU DAN STAF SKBM


Pembetulan : Tarikh mula bertugas Mantan Guru Besar
SKBM ialah 3 Mei 2006



Pembetulan : En Anua bertukar di SK MANIR bukan SK PALOH

Contest SEO Eridy

Monday, February 21, 2011

JASAMU DIKENANG


JASAMU DIKENANG
SUMAI HOTEL APARTMENT menjadi pilihan untuk
MAJLIS JASAMU DIKENANG


Kalau ada sumur diladang.. boleh kami menumpang mandi..
Kalau ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi.

Keakraban sentiasa terjalin.. walaupun jauh di mata
tetapi dekat di hati

Warga SKBM tetap ceria

Ucapan dan salam kemaafan untuk warga SKBM

Kami mendoakan agar kalian sentiasa diberkati Allah hendaknya
Cenderahati sebagai tanda penghargaan dan kenangan


SK BUKIT MUNDOK,21 FEBUARI 2011 Isnin, Pertukaran guru dan staf paling ramai dalam sejarah SKBM. Seramai 7 orang guru termasuk Guru Besar SKBM telah bertukar kesekolah disekitar KualaTerengganu dan Besut. Mereka diraikan dalam majlis yang penuh kemeriahan dan suasana terharu dengan ucapan guru-guru yang bertukar.Majlis dimulakan dengan tayangan slide gambar-gambar guru yang bertukar disediakan oleh guru SKBM.
Ucapan dari staf bertukar dimulakan oleh En Badri EIO SKBM. Beliau berkata sepanjang berkhidmat di SKBM susah payah bersama dan beliau mengambil kesempatan memohon maaf atas kesilapan yang lalu. "Persahabatan ini tidak terhenti disini saya dan rakan-rakan di SKBM tetap berhubung melalui maya dan adalah pengunjung tetap blog sekolah untuk mengetahui perkembangan di SKBM," katanya. Ucapan seterusnya diteruskan oleh En Anua b Ahmad Rusdi mantan GPK HEM SKBM. Dalam ucapannya beliau merakamkan setinggi terima kasih diatas tunjuk ajar yang telah diberikan oleh guru besar En Sulaiman b Saian. Ini adalah kerana di SKBM lah beliau mula-mula menyandang jawatan Guru Penolong kanan dan banyak perkara yang perlu dipelajari. "Walaupun ketegasan beliau (En Sulaiman) adangkala membuat saya kurang senag tetapi bila berada di sekolah sekarang, ianya itu merupakan perkara biasa, kata beliau.
"Kalau ada jarum yang patah jangan simpan di dalam peti, kalau ada silap dan salah jangan simpan di dalam hati," kata Puan Hajjah Che Rahani memulakan ucapan dengan perasaan terharu. Banyak kenangan-kenangan manis yang tidak dapat dilupakan sepanjang berada di SKBM. Beliau berbangga sepanjang berada di SKBM sekolah dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya hasil dari kerjasama guru-guru. Pengerusi majlis En Abd Manaf sempat berseloroh katanya, "dengan bertukarnya Kak Ani, tiada lagi guru bersuara DJ di SKBM."
Puan Poziah mantan GPK Ko Kurikulum juga tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas tunjuk ajar dan kerjasama guru-guru di SKBM. Beliau juga memohon maaf diatas kesilapan yang pernah beliau lakukan saada disedari atau tidak. Diikuti oleh Puan Aida yang seminggu lalu mendapat surat pertukarannya. " Saya disana ( sekolah baru ) masih mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris dan pertukaran saya pun atas mengisi kekosongan guru matapelajaran Bahasa Inggeris".katanya. Pn Suzita tidak berucap kerana mengalami sakit tekak, dan ketika ditemui beliau menyampaikan salam serta memohon ampun dan maaf diatas segala silap dan salah sepanjang berada di SKBM. Beliau menambah lagi, kenangan di SKBM tidak akan dapat ditemui ditempat lain, kerana keakraban warga di SKBM seperti adik beradik.
En Zakaria b Salleh (YDP PIBG SKBM) memulakan ucapan dengan kata-kata yang selalu diulangi dalam mana-mana ucapan pertukaran guru. "Bukit Mundok ni kalau mula-mula masuk rasa segan, tapi bila masuk susah nak keluar.. rasa sayang." Beliau menyarankan kepada guru-guru agar jangan segan memohon pertolongan kepada pihak kampung. Beliau bercerita tentang susahnya cikgu-cikgu yang hendak datang mengajar di Bukit Mundok pada masa dahulu. YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua warga SKBM yang bersabar atas kesukaran untuk datang ke sekolah. Bersambung dengan laporan mantan GB dan GB SKBM...

Contest SEO Eridy

Sunday, February 20, 2011

WARGA SKBM

STAF SOKONGAN DAN GURU SKBM



PENTADBIRAN

Dari Kiri (Belakang) : En Mohd Haniff bin Ibrahim, Mohd Shaharman bin Hashim, Cik Rohaizawati bt Mamat, Pn Normala bt Ismail.

Dari Kiri (Depan) : En Razali bin Sulaiman, En Yusof b Wan Ahmad, En Rahiman bin Mohamed (Guru Besar SKBM), Pn Noraini bt Harun,


GURU-GURU SKBM

Dari Kiri (Belakang) : En Abu Bakar Shukram b Zaki, En Raimi Syazwan b Abd Rashid, En Ezani b Abd Ghani, En Razali bin Sulaiman, Pn Siti Zurina Rudiah bt Idris, Pn Yusmin bt Ab.Llah.

Dari Kiri (Depan) : YM Raja hairuddin bin Raja Majid, En Abdul Manaf b Abdullah, En Yusof b Wan Ahmad, En Rahiman bin Mohamed (Guru Besar SKBM), Pn Noraini bt Harun, Pn Anisuzana bt Mohd Zin, Pn Rozaini bt Hamzah.

Contest SEO Eridy

PELAJAR-PELAJAR SKBM

TAHUN 1 DAN TAHUN 2


TAHUN 3 DAN TAHUN 4

TAHUN 5 DAN TAHUN 6

Contest SEO Eridy

Wednesday, February 16, 2011

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KE 17

SUKAN TAHUNAN
SKBM DISAMBUT MERIAH

Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Sukan Tahunan kali ke 17

Dari kiri ( Belakang) YM Raja Khairuddin Raja Majid, En Abu Bakar Shukram b Zaki, En Abd Manaf bin Abdullah, En Mohd Noor b Zakaria, En Ezani bin Abd Ghani.

Dari Kiri (tengah) Pn Noraini bt Harun(GPK 1), Pn Zurina Rudiah, Pn Rozaini bt Hamzah, Pn Yusmin bt Ab Llah, Pn Azitz Kasmawati bt Abdullah, Pn Anisuzana bt Mohd Zain.

Dari kiri (depan) En Yusof b Wan Ahmad (PK Ko Kurikulum) En Rahiman bin Mohamed(Guru Besar SKBM) En Zakaria bin Salleh (YDP PIBG SKBM )

Yang kurang upaya tidak dilupakan..

Bersama membantu serta bekerjasama dalam semua hal

Ketibaan Tuan Penolong PPD Bahagian Pengurusan Kurikulum
Teknik dan Vokasional En Kamaruzaman bin Hamat
disambut dengan paluan kompang
oleh pelajar tahun 5 SKBM

Bagi memberkati majlis doa dibaca diketuai oleh
Al Fadhil Ustaz Mohd Noor b Zakaria

Ucapan aluan Tuan Guru Besar SKBM dan ucapan perasmian dari
En Kamaruzaman b Hamat Penolong Pelajaran Daearah Setiu



Penyayang..... En Kamaruzaman bin Hamat memeriksa barisan
rumah-rumah sukan sempat berseloroh dan bertanyakan khabar
kepada para peserta

Cenderahati sebagai tanda ingatan

Acara sukaneka memeriahkan lagi kejohanan sukan

Acara ibubapa tidak ketinggalan mengisi tentatif
kejohanan sukan SKBM

Hebat....SATRIA JUARA KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2011..
dengan pungutan 231 mata rumah Satria berjaya
menundukkan rumah-rumah lain.

Panasss... walaupun dibawah terik mentari.. tetapi tidak terasa
kerana kegembiraan serta kemeriahan sukan SKBM

Aksi guru-guru SKBM


SK BUKIT MUNDOK,16 FEBUARI 2011 Rabu, Awal pagi lagi guru-guru SKBM sibuk menguruskan peralatan peralatan sukan untuk keperluan Kejohanan Sukan Tahunan ke 17 yang akan bermula pada pukul 8.15 pagi. Kelihatan ibubapa memenuhi ruang atas bahagian padang untuk menyaksikan serta memberi semangat kepada anak-anak yang akan mengambil bahagian. Bersambung......

Contest SEO Eridy

Monday, February 14, 2011

Persiapan Terakhir Kejohanan Sukan ke 17

RAPTAI PENUH
SUKAN TAHUNAN SKBM
Rumah-rumah sukan SKBM

Guru-guru bersemangat dan saling membantu

Guru-guru wanita SKBM..Hebaattt...

Acara akhir lontar peluru dan lompat tinggi.
Raptai perbarisan mengisi ruang pagi.

Berpandangan jauh.


Turun padang... Guru Besar SKBM turut serta berganding
bahu membuat persiapan dalam memastikan Kejohanan
Sukan SKBM berjalan lancar.


SK BUKIT MUNDOK,14 FEBUARI 2011 Isnin, Perjalanan jauh bagi guru-guru yang tinggal jauh dari Kampung Bukit Mundok tidak terasa bila melihat sekolah SKBM yang tersergam indah nun di pedalaman. Terasa hilang lelah didada bila melihat anak-anak didik yang tersenyum menyambut kehadiran guru. Yang penting tiada tekanan semasa menjalankan tugas, kerana setiap tugas dan amanah dipikul bersama bermula dari Guru Besar, pihak pentadbir hinggalah kejawatan yang lebih rendah. Masing-masing ada tugas masing-masing, saling hormat menghormati dan sentiasa bekerja dalam satu pasukan. itulah rahsia warga SKBM sentiasa ceria dalam menjalankankan sesuatu program, kata En Abdul Manaf bin Abdullah seorang warga SKBM yang paling lama berkhidmat di sekolah ini dan beliau satu-satunya anak tempatan kampung Bukit Mundok.
Kejohanan Sukan Tahunan ke 17 akan diadakan pada 16 Febuari 2011. Pagi ini semua warga SKBM turun padang termasuk Tuan Guru Besar En Rahiman b Muhamed sama-sama memasang khemah dan mengendalikan raptai perbarisan. En Ezani b Abdul Ghani berkata, guru-guru tidak kekok bekerja bersama Guru Besar, kerana beliau lebih bersifat "friendly" dengan guru-guru dan boleh menyuarakan pendapat tanpa rasa takut atau segan. Selepas rehat pelajar-pelajar menyalin pakaian seragam dan meneruskan pengajaran dan pembelajaran seperti biasa.

Contest SEO Eridy

Sunday, February 13, 2011

Thursday, February 10, 2011

GURU BARU

SELAMAT DATANG
WARGA BARU SKBM



SK BUKIT MUNDOK,08 FEBUARI 2011 Selasa, Warga SKBM hari ini bertambah seorang lagi dan semoga kehadiran beliau menambahkan keceriaan dalam keluarga SKBM. Beliau ialah Anisuzana Bte Mohd Zain 24 tahun berasal dari Felda Belara, Setiu Terengganu. Memulakan kerjaya di SKBM setelah menamatkan pengajian di IPGM Kampus Sultan Mizan Besut Terengganu.
Beliau yang ditemui oleh krew semalam berkata beliau bersyukur kehadrat Allah kerana dapat menjadi sebahagian daripada warga SKBM dan akan bersama-sama berganding bahu dalam melahirkan anak bangsa yang berkualiti dan seimbang dari segala aspek iaitu jasmani, emosi dan intelek. Beliau berkata lagi,semua warga skBm yang sentiasa ceria macam adik beradik dan ramah mesra membuatkan saya selesa dengan persekitaran baru ini. Beliau juga berharap agar warga SKBM dapat memberikan tunuk ajar serta kerjasama kepadanya yang masih baru dalam dunia pendidikan. Beliau berjanji akan memberikan sepenuh komitmen sepanjang berkhidmat di SKBM. Semoga Anis akan menjadi guru yang terbaik dan sanggup menempuh cabaran.

Contest SEO Eridy

Kreatif

GB SKBM KREATIF
Hasil tangan Tuan Guru Besar SKBM En Rahiman b Mohamed.
Beliau memang berbakat besar dalam bidang senilukis.

Contest SEO Eridy

Tuesday, February 8, 2011

Latihan Sukan Tahunan 2011


Latihan dan Saringan
Acara Balapan
Semua guru hadir... walaupun panas terik
guru-guru SKBM tetap ceria.

Menunggu giliran untuk menjalani latihan.

Anika ragam guru-guru SKBM nie..
menambah seri latihan Sukan Tahunan 2011 SKBM

SK BUKIT MUNDOK,08 FEBUARI 2011 Selasa, Sukan Tahunan 2011 akan diadakan minggu depan namun bahang kehangatannya telah terasa apabila telah dua hari latihan sukan diadakan. Ini adalah untuk memastikan kelicinan, semasa acara Sukan Tahunan diadakan nanti. Setiusaha Sukan SKBM En Mohd Noor b Zakaria berkata, kerjasama dari semua guru memudahkan lagi aktiviti berjalan lancar dan cepat, begitu juga cuaca yang baik membantu aktiviti dapat dijalankan mengikut jadual.
En Raimi Syazwan b Abd Rashid pencatat mata rumah sukan berkata, sesi latihan petang ini amat ceria dan murid-murid bersemangat dalam menjalani latihan untuk menambah mata bagi rumah masing-masing. Beliau berharap pelajar-pelajar akan lebih bersemangat semasa Kejohanan Sukan Tahunan yang akan berlangsung minggu depan. Sesi latihan berakhir jam 5.00 petang dengan minuman disediakan untuk peserta-peserta dan guru-guru.


Contest SEO Eridy

Monday, February 7, 2011

Persiapan Untuk Sukan Tahunan 2011

PERSIAPAN PADANG

Bekerjasama dalam menjalankan tugas
bekerja dalam satu kumpulan.

Latihan Kompang untuk majlis perasmian
Sukan Tahunan 2011 nanti.

Contest SEO Eridy

E-Book

Majis Penyerahan e-Book kawasan DUN Langkap telah diadakan di Dewan SMK Tengku Ibrahim pada 7 Februari 2011 semalam.
Majlis ini bermula dari jam 9.30 pagi dan beakhir pada jam 12.30 tengah hari.
Seramai 18 org murid Sk Bukit Munduk telah menerima e-Book.
Semoga program pendidikan Terengganu terus unggul.

Contest SEO Eridy

Wednesday, February 2, 2011

MERENTAS DESA 2011



MERENTAS DESA SKBM
MERIAH
Wajah ceria guru-guru SKBM

Aktiviti memanaskan badan diketuai oleh Cikgu Abu Bakar

Happy... cikgu-cikgu dan Guru Besar
sporting belaka
Bersiap sedia untuk bejuang untuk pungutan mata
bagi rumah sukan

YDP PIBG En Zakaria bin Salleh melepaskan peserta
merentas desa

Chek point... Guru-guru bersemangat
dalam menjalankan tugas

BAHAYA..... Ngelat.

Penyampaian sijil kepada pemenang
disempurnakan oleh YDP PIBG
En Zakaria bin Salleh


SK BUKIT MUNDOK,02 FEBUARI 2011 Rabu, Memulakan aktiviti tahunan 2011 tahun ini dengan aktiviti merentas desa. Setiap tahun merentas desa merupakan aktiviti tahunan yang tidak ketinggalan diadakan bagi warga SKBM. Tahun ini merentas desa bersama Guru Besar baru En Rahiman bin Mohamed sebagai pembuka agenda aktiviti SKBM.
Dimulakan dengan taklimat daripada setiausaha sukan SKBM Encik Mohd Noor b Zakaria, beliau menekankan aspek-aspek keselamatan semasa menjalani aktiviti dan juga panduan-panduan yang mesti dipatuhi semasa merentas desa. Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum En Yusof bin Wan Ahmad pula tidak ketinggalan memberikan penerangan berkenaan pungutan mata yang diperolehi akan dikumpulkan sebagai mata rumah sukan. Difahamkan bahawa Kejohanan Sukan Sekolah SKBM akan diadakan dua minggu lagi iaitu 16 Febuari 2011 ini. Guru Besar SKBM berkata, aktiviti merentas desa ini disamping dapat menyedut udara bersih di kampung sendiri dan menyihatkan badan, aktiviti ini juga dapat memberikan kesedaran betapa kita beruntung kerana dipilih dapat hidup aman di negara Malaysia yang tercinta ini. Beliau menyarankan kemakmuran negara ini haruslah dipelihara dengan sebaik-baiknya.
Encik Abu Bakar Sukram b Zaki mengetuai acara memanaskan badan dan beliau mengingatkan agar semua pelajar melakukannya kerana kemungkinan boleh mendatangkan kecederaan semasa pelajar berlari nanti. Murid-murid yang uzur dikecualikan dari menyertai aktiviti. Kesemua peserta merentas desa dilepaskan oleh YDP PIBG En Zakaria bin Salleh dengan sempurna diiringi guru besar.
Setelah selesai acara merentas desa diadakan majlis penyampaian siil bagi pemenang-pemenang yang berjaya. YDP PIBG En Zakaria bin Salleh menceritakan berkenaan jalan-jalan yang dilalui oleh pelajar-pelajar itu dahulunya tidak secantik yang ada sekarang ini. Zaman berubah dan atas keperihatinan kerajaan pelajar-pelajar, masyarakat kampung dan guru-guru sekolah dapat menikmati keselesaannya. Beliau menambah lagi sebelum ada jalan tar ini guru-guru terpaksa merentas jalan berlumpur yang menyukarkan perjalanan untuk sampai ke sekolah Bukit Mundok ini. Berkat keikhlasan guru-guru yang mengajar kita dapat apa yang kita perolehi sekarang ini. Guru Besar SKBM dalam ucapannya beliau berkata akademik dan ko kurikulum haruslah seimbang untuk menjadi seorang murid yang berkualiti, sebagaimana misi SKBM. Beliau menambah lagi kerjasama serta komitmen dari guru-guru harus mendapat pujian kerana guru-guru perihatin dan bekerjasama dalam satu kumpulan dalam menjayakan sesuatu program. Majlis penyampaian sijil penghargaan disempurnakan oleh YDP PIBG diiringi Tuan Guru Besar SKBM.

Contest SEO Eridy

:: SERTAI KAMI ::

Sekolah Kebangsaan Bukit Mundok
21500 Setiu, Terengganu.
Tel : 09-8240926
Fax: 09-8240450
Email: tba6074_skbm@yahoo.com.my
Paparan terbaik 1024x768
ILMU AMAL JAYA

Copyright © 2013 SK BUKIT MUNDOK. Designed for rozbh07

 
Hootoh Blog Hotooh Blog Entri Panas Tengkorak Harimau Blog Sapa Ceoh Pseudosupra Raimi Syazwan Blog Ilham Minda