Koleksi Contoh Soalan Peperisaan KSSR. Download KSSR Exam Paper di Bank Soalan KSSR May 2011

PENDIDIKAN


copyright@ 2013 SKBUKIT MUNDOK| Semua Hak Dilindungi | Designed for SKBM (RBH). Powered by Blogger.

Wednesday, May 25, 2011

Jasamu Di Kenang

Selamat Berkhidmat
Di Sekolah Kebangsaan Putera Jaya


Motel Desa Kuala Terengganu 22 Mei 2011, Ahad. Jamuan Perpisahan En Razali Bin Sulaiman disambut sederhana tetapi meriah. Beliau berkata dalam ucapannya, " ini bukanlah majlis perpisahan bagi kita semua tetapi majlis memperingati rakan yang pernah berkhidmad di SKBM kerana walaupun saya berpindah tempat bertugas tetapi hati saya tetap di SKBM". Beliau berkata lagi kerjasama dan kemesraan seperti adik beradik antara guru-guru dan staf SKBM amat sukar ditandingi sepanjang perkhidmatan saya sebagai guru, termasuklah di sekolah yang baru". Beliau mendoakan agar semua rakan-rakan selamat maju jaya dalam menjalankan tugas. Bacaan doa selamat dibacakan oleh En Raja Khairuddin sebagai penghormatan kerana mendapat gelaran "Tok Ayah" iaitu cucu pertamanya 4 hari lalu.

Contest SEO Eridy

Monday, May 16, 2011

HARI GURU 2011

 

Bukit Mundok, 16 MEI 2011 Isnin. Sambutan Hari Guru peringkat sekolah disambut meriah dengan aktiviti -aktiviti yang menarik diatur oleh Warga SKBM. Aktiviti pagi dimulakan dengan majlis rasmi sambutan hari guru. Guru dan murid menyanyikan lagu kebangsaan, lagu negaraku dan lagu sekolah bersama-sama. Lagu "Kami Guru Malaysia" dinyanyikan oleh para guru dengan penuh semangat.Tergambar terharu di wajah warga SKBM kerana pada hari ini jasa dan bakti mereka dikenang dan disambut dalam majlis rasmi. Ucapan dimulakan oleh YDP PIBG En Zakaria bin Salleh, diikuti oleh ucapan guru besar SKBM EN Rahiman b Mohamed dan wakil PPD En Anuar b Ishak. Ucapan perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu  dibacakan oleh En Yusof b Wan Ahmad dan ucapan perutusan Ketua pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia dibacakan oleh Pn Noraini bt Harun.
                  Aktiviti padang perlawanan bolasepak antara guru dan murid. Pertarungan sengit berkesudahan guru memenangi perlawanan 5 - 4 melalui tendangan finalti setelah seri 3 - 3. Guru wanita pula permainan tradisional iaitu ' selambut ' antara guru dan murid. Aktiviti dimeriahkan lagi dengan permainan " Lambungan Kasih". Murid dan guru berpasangan menyambut lambungan belon berair. Permainan ini dijuarai oleh cikgu Raimi Syazwan b Abd Rashid dan pasangannya setelah mengalahkan 18 pasangan yang lain. Acara persembahan memeriahkan lagi sambutan hari guru dengan persembahan yang kreatif dari murid-murid SKBM. Cabutan bertuah dan majlis penyampaian hadiah mengakhiri sambutan hari guru 2011. SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK. SELAMAT MAJU JAYA.

Contest SEO Eridy

Thursday, May 5, 2011

Pemeriksaan dan Rawatan Gigi Tahun 1 - 6

Program LMG 
Latihan Memberus Gigi

Pemeriksaan dan Rawatan

SK BUKIT MUNDOK, 7 MEI 2011 Khamis  SKBM "dikunjungi" Pasukan perkhidmatan Pergigian dari Klinik Kesihatan Kampung Rahmat Setiu. Pemeriksaan dan rawatan setahun dua kali itu memastikan setiap kanak-kanak menerima rawatan gigi dengan sempurna. Disamping rawatan latihan memberus gigi juga diberikan agar murid memberus gigi dengan cara yang betul. Motivasi dan ceramah kepentingan penjagaan gigi juga diberikan kepada pelajar-pelajar. Kerajaan sentiasa perihatin agar kemudahan kesihatan dapat dirasai oleh semua peringkat dan menyeluruh terutamanya di kawasan luar bandar. 






Contest SEO Eridy

:: SERTAI KAMI ::

Sekolah Kebangsaan Bukit Mundok
21500 Setiu, Terengganu.
Tel : 09-8240926
Fax: 09-8240450
Email: tba6074_skbm@yahoo.com.my
Paparan terbaik 1024x768
ILMU AMAL JAYA

Copyright © 2013 SK BUKIT MUNDOK. Designed for rozbh07

 
Hootoh Blog Hotooh Blog Entri Panas Tengkorak Harimau Blog Sapa Ceoh Pseudosupra Raimi Syazwan Blog Ilham Minda