Koleksi Contoh Soalan Peperisaan KSSR. Download KSSR Exam Paper di Bank Soalan KSSR October 2011

PENDIDIKAN


copyright@ 2013 SKBUKIT MUNDOK| Semua Hak Dilindungi | Designed for SKBM (RBH). Powered by Blogger.

Sunday, October 30, 2011

Cuaca Tidak Menentu

Ucapan Guru Besar
En Rahiman b Mohamed di perhimpunan pagi
Murid-murid dan guru-guru mengadakan
perhimpunan di dewan SKBM

Hujan.. Walaubagaimana pun perhimpunan
tetap diadakan.


 Selamat Kembali Ke sekolah..
Nurul Afiqah br Isman.

SK Bukit Mundok 31 OKTOBER 2011 Isnin. Cuaca hujan tanpa henti bermula minggu lepas menyukarkan pelajar-pelajar ke sekolah seperti biasa. Murid-murid berpayung dan dihantar ibu ayah dapat dilihat pada waktu pagi sebelum persekolahan bermula. Walau bagaimanapun warga SKBM tetap bersyukur kerana setiap kurniaan Ilahi ada mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Pagi ini murid-murid dan guru-guru mengadakan perhimpunan mingguan di dewan kerana hujan turun sejak malam tadi. Guru Besar SKBM En Rahiman b Mohamed mengingatkan murid-murid agar menjaga keselamatan agar tidak berlari-lari kerana keadaan lantai yang licin boleh menyebabkan jatuh dan cedera.Beliau menyentuh mengenai peperiksaan akhir tahun yang akan bermula esok, agar murid-murid dapat membuat ulangkaji dan menjawab dengan bersungguh-sungguh. Beliau juga mengingatkan bahawa ada ganjaran menanti jika mendapat kedudukan yang terbaik dalam mata pelajaran dan kedudukan dalam kelas. 
                     Guru Besar juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada adik Nurul Afiqah Tahun Dua. Adik Nurul memulakan persekolahan hari ini setelah dua bulan terlantar di hospital dan dirumah kerana mengalami keretakkan tulang pinggul. Guru Besar berharap dan berdoa agar adik Nurul dapat meneruskan pembelajaran seperti biasa dan cepat sembuh sepenuhnya.

Contest SEO Eridy

GURU GANTI PN ANISUZANA

Hafizah bt Ismail

SK Bukit Mundok 30 OKTOBER 2011 Ahad. Pn Anisuzana yang kini cuti bersalin dan hari ini SKBM telah mendapat penggantinya sementara iaitu Cik Hafizah bt Ismail. Beliau melapur diri pada16 Oktober 2011 yang lalu dan mula bertugas hari ini. Beliau lulusan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dalam bidang Diploma In Education ( Islamic Studies). Berumur 22 tahun dan tinggal bersama keluarga di Sungai Las 10 km dari SKBM. Semoga Cik Hafizah dapat menysuaikan diri dengan warga SKBM. 

Contest SEO Eridy

Monday, October 24, 2011

SKBM MENERIMA PAP BARU

CIK NURUL MARZIANA BTE MAJID

SK Bukit Mundok 24 oKTOBER 2011 Isnin. SKBM menerima PAP ( Pembantu Am Pejabat) setelah jawatan tersebut mengalami kekosongan selama 2 tahun. Cik Nurul Marziana yang lebih selesa dengan panggilan Nurul tidak asing dengan Kampung Bukit Mundok kerana beliau tinggal kampung bersebelahan iaitu Kampung Bukit 13 km dari SKBM. Nurul sebelum ini berkhidmad selama 5 bulan di SK Bintang Setiu dan di tukarkan di SKBM. Beliau yang  melapurkan diri 12 Oktober baru ini mula berkhidmad hari ini dan beliau seorang yang periang dan mudah menyesuaikan diri dengan guru-guru dan warga  SKBM. Beliau berkata, beliau berazam akan menumpahkan khidmat yang terbaik untuk SKBM dan semoga mendapat tujukajardari rakan sekerja dan guru-guru.

Contest SEO Eridy

Sunday, October 23, 2011

PERKHEMAHAN TAHUNAN SKBM 2011

Murid-murid dan guru-guru membuat persiapan 
untuk Majlis Perasmian

Majlis Perasmian disempurnakan oleh wakil PPD 
Ustaz Nizan b Abd Majid





Aktiviti sukaneka berjalan lancar
Murid-murid dan guru-guru sama-sama menyertai aktiviti


 
Aktiviti kemuncak...  BBQ dan aktiviti persembahan.
Semua warga SKBM terlibat...

Ucapan Perasmian Penutup disempurnakan oleh
Tuan Guru Besar SKBM  En Rahiman b Mohamed

Penyampaian hadiah kepada kumpulan yang
memenangi aktiviti pertandingan

Bergotong royong.. saling bantu membantu mengemas peralatan
setelah selesai perkhemahan

SK Bukit Mundok 20 OKTOBER 2011 Khamis. Perkhemahan Tahunan Pengakap dan Puteri Islam di jalankan dengan suasana sederhana tetapi meriah. Walaupun kali ini murid-murid berkhemah di garaj kereta sahaja tetapi suasana perkhemahan tetap terasa dengan pengisian program yang teratur oleh guru-guru. Seperti biasa bermula program perkhemahan pada hari khamis dan berakhir pada hari Sabtu.Dimulakan dengan ucapan aluan dari Guru Besar SKBM seterusnya penyediaan gajet dan pemasangan khemah.Pada sebelah petangnya aktiviti sukaneka diadakan.
                 Majlis Perasmian disempurnakan oleh wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah Setiu iaitu Ustaz Nizan b Abd Majid (Penyelia Pendidikan Islam). Dalam ucapannya beliau menyentuh berkenaan sikap kerjasama dalam kumpulan penting bagi menjayakan sesuatu matlamat, dan beliau menyeru agar pelajar-pelajar menanamkan sikap toleransi agar kehidupan menjadi lebih sempurna dan berjaya. Pada malamnya aktiviti burung yang amat mencabar minda murid-murid sehingga menyebabkan ada yang  menangis kerana menghayati suasana yang digambarkan oleh guru-guru seolah-olah gambaran sebenar. Setelah itu murid diberi motivasi berkenaan pentingnya hidup bermasyarakat dan mempunyai keyakinan diri.
              Acara kemuncak perkhemahan adalah acara persembahan bagi tiap-tiap kumpulan. Dipengerusikan oleh Cikgu Manaf bagi menhidupkan lagi suasana majlis. Ibu bapa dan bekas pelajar SKBM turut hadir bagi menyaksikan persembahan.Guru-guru pula sibuk menyediakan makan malam menu istimewa iaitu ayam dan jagung bakar. Suasana meriah mengeratkan lagi hubungan antara warga SKBM dengan penduduk setempat.
           Akhir sekali Majlis Perasmian penutup disempurnakan  sendiri oleh Guru Besar SKBM sendiri dan penyampaian hadiah bagi kumpulan  yang memenangi pertandingan. Setelah itu aktiviti mengemas khemah dan tapak perkhemahan dilakukan secara bergotong-royong oleh warga SKBM.

Contest SEO Eridy

:: SERTAI KAMI ::

Sekolah Kebangsaan Bukit Mundok
21500 Setiu, Terengganu.
Tel : 09-8240926
Fax: 09-8240450
Email: tba6074_skbm@yahoo.com.my
Paparan terbaik 1024x768
ILMU AMAL JAYA

Copyright © 2013 SK BUKIT MUNDOK. Designed for rozbh07

 
Hootoh Blog Hotooh Blog Entri Panas Tengkorak Harimau Blog Sapa Ceoh Pseudosupra Raimi Syazwan Blog Ilham Minda