Koleksi Contoh Soalan Peperisaan KSSR. Download KSSR Exam Paper di Bank Soalan KSSR February 2012

PENDIDIKAN


copyright@ 2013 SKBUKIT MUNDOK| Semua Hak Dilindungi | Designed for SKBM (RBH). Powered by Blogger.

Tuesday, February 28, 2012

Bola Baling

 Pasukan Bola Baling SKBM
yang berjaya keperingkat separuh akhir di SK Sg Las

Semangat dari jurulatih pasukan En Abu Bakar Sukram
SKBM ditempat ke tiga apabila kalah dengan SK Jaya 4 - 7

SK Sg Las 28 Febuari 2012 Selasa. SKBM menjadi tuan rumah sekali lagi pada tahun ini dalam pesta kejohanan Bola Baling peringkat Zon Setiu Timur kelmarin. Pemenang peringkat separuh akhir meneruskan perjuangan di SK Sg Las hari ini. SKBM bertemu SK Jaya diperingkat separuh akhir, walau bagaimanapun nasib tidak menyebelahi SKBM apabila kalah 4 - 7. SK Jaya memasuki peringkat akhir bertemu SK Sg Tong, setelah mengalahkan SK Fikri 6 - 3. Akhirnya SK Sg Tong menjuarai kejohanan Bola Baling Lelaki mengalahkan SK Kg Jaya 8 - 1.
                Bagi bahagian perempuan pula SK Sungai Tong  telah mengalahkan  SK Bari 2 -1 diperingkat separuh akhir manakala SK Lubuk Teras mengalahkan SK Jaya 4 - 3. SK Sungai Tong berjaya mangalahkan SK Lubuk Teras 4 - 3 seterusnya menjuarai kedua-dua bahagian ( lelaki dan perempuan) dalam kejohanan Bola Baling pada tahun ini. "Bagi SKBM cuba lagi di tahun hadapan dengan penuh semangat" kata jurulatih bola baling SKBM En Abu Bakar Sukram.

Contest SEO Eridy

Thursday, February 23, 2012

Majlis Perpisahan 3P 1G


Mereka yang dirai...
Mantan Tuan Guru Besar SKBM En Rahiman,
Pn Norhayati, Ustaz Fauzi (3Pentadbiran)
En Raimi (1Guru)


Ucapan terakhir untuk yang diraikan










 Cenderamata sebagai kenang-kenangan...
Jasamu Tetap Dikenang


 Gosip dan usik-mengusik bagi warga SKBM 
tidak akan ditemui disekolah lain..

Kuala Terengganu 23 Febuari 2012 Khamis. Majlis Perpisahan empat orang warga SKBM termasuk Guru Besar berlangsung di Hotel Tanjung Vista. Majlis yang ringkas tetapi penuh makna dengan kata-kata peransang buat warga SKBM agar terus maju. Ucapan alu-aluan disampaikan oleh pemangku guru besar merangkap Guru Penolong Kanan 1 Puan Noraini bte Harun membuka tirai bicara majlis dengan mengucapkan bernbanyak terima kasih kepada semua yang diraikan kerana sumbangan yang besar kepada sekolah. Guru Besar yang banyak memberi tunjuk ajar kepada semua warga SKBM dan program yang telah dirancang beliau akan diteruskan.Cikgu Raimi yang bertukar di sekolah SK Sungai Tong Setiu, beliau mengucapkan berbanyak terima kasih dan SKBM tetap dihati dan tetap bersama walaupun dialam maya melalui facebook Ilmu Amal Jaya dan Buletin SKBM.Puan Norhayati dalam ucapannya berkata, kenangan di indah di SKBM merupakan kenangan yang tidak akan dapat dimana-mana sekolah lain, dan berbanding sekolah baru tempat beliau bertugas, SKBM adalah yang terbaik. Begitu juga Encik Fauzi yang bertukar di SK Saujana berkata, jikalau tidak kerana melibatkan perjalanan 140km berulang alaik dari rumah ke SKBM beliau tidak akan memohon pertukaran kerana SKBM tetap dihati.
                Ucapan Mantan Guru Besar SKBM mengakhiri ucapan dalam majlis perpisahan, beliau mengucapkan berbanyak terima kasih atas kerjasama yang amat baik dikalangan guru,staf dan orang-orang kampung sepanjang beliau memimpin SKBM selama setahun lebih.Kenangan di SKBM tetap menjadi sebutan dimana sahaja beliau berada. Beliau sedia membantu jika ada apa-apa perkhidmatan diperlukan. Beliau berharap perjuangan untuk anak bangsa di SKBM harus diteruskan sebaik mungkin kerana guru-guru di SKBM adalah yang terbaik..Beliau memohon ampun dan maaf dari semua warga SKBM jika ada terkasar bahasa secara sengaja atau tidak. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati, bacaan doa dan jamuan makan.

Contest SEO Eridy

Wednesday, February 15, 2012

Mjalis Perpisahan Guru Besar

 Ini lah Warga SKBM 2012
 
 Ucapan terakhir Tuan Guru Besar
En Rahiman b Mohamed yang selepas ini 
bergelar Mantan Guru Besar SKBM

Penyampaian Watikah Perlantikan
Pengawas Sekolah dan Pengawas Perpustakaan Sekolah

Contest SEO Eridy

Thursday, February 9, 2012

Ucapan Rasmi Terakhir Tuan Guru Besar SKBM




SK Bukit Mundok 9 Febuari 2012 Encik Rahiman b Muhamed menyampaikan ucapan rasminya khas untuk buletin SKBM pagi ini..Beliau yang mula berkhidmad di SKBM  pada 16 November 2010 dan menerima surat pertukaran pada 29 Januari 2012. Walaupun hanya berada di SKBM selama setahun lebih namun beliau telah banyak membawa perubahan-perubahan yang cemerlang bagi SKBM terutama dalam bidang Pembelajaran pelajar-pelajar. Beliau merupakan Guru Besar yang ke 20 sejak SKBM di wujudkan. Seorang yang bercita-cita besar dalam mentadbir, dan beliau amat disenangi oleh warga SKBM selama beliau berada di SKBM.Jasa beliau akan tetap menjadi sebutan setiap masa di kalanagan warga SKBM.

Contest SEO Eridy

Thursday, February 2, 2012

Guru Besar SKBM BERTUKAR


SK Bukit Mundok 2 Febuari 2012. SKBM telah dikejutkan dengan satu lagi berita sedih bila mana Tuan Guru Besar SKBM En Rahiman b Mohamed pula akan bertukar. Pejabat SKBM riuh dengan usik mengusik dari guru-guru dan staf sokongan bila beliau mengumumkan permohonan beliau bertukar telah diluluskan. Beliau akan bertukar ke SK CHETING HULU TERENGGANU, TERENGGANU, dan masih menyandang jawatan guru besar disana nanti. Pertukaran ini akan berkuat kuasa bermula 1 Febuari 2012.

Contest SEO Eridy

:: SERTAI KAMI ::

Sekolah Kebangsaan Bukit Mundok
21500 Setiu, Terengganu.
Tel : 09-8240926
Fax: 09-8240450
Email: tba6074_skbm@yahoo.com.my
Paparan terbaik 1024x768
ILMU AMAL JAYA

Copyright © 2013 SK BUKIT MUNDOK. Designed for rozbh07

 
Hootoh Blog Hotooh Blog Entri Panas Tengkorak Harimau Blog Sapa Ceoh Pseudosupra Raimi Syazwan Blog Ilham Minda