Koleksi Contoh Soalan Peperisaan KSSR. Download KSSR Exam Paper di Bank Soalan KSSR April 2012

PENDIDIKAN


copyright@ 2013 SKBUKIT MUNDOK| Semua Hak Dilindungi | Designed for SKBM (RBH). Powered by Blogger.

Tuesday, April 24, 2012

Wakil Daerah Setiu

Kedua-dua Jurulatih(Ustaz Mohd Noor dan Ustaz Ezani)
 memandang jauh untuk kejayaan anak buahnya.
Mohd Ikram terpilih sebagai pemain daerah

SK Bukit Mundok 23 April 2012 Mohd Ikram telah terpilih mewakili daerah Setiu untuk perlawanan ke peringkat negeri Terengganu.Ikram yang didik oleh dua orang ustaz SKBM sehingga terpilih keperingkat daerah. Ikram akan menjalani latihan selama tiga hari di SK Telaga Papan dan akan ke Kemaman untuk perlawanan antara daerah di peringkat Negeri Terengganu. Semoga adik Ikram meningkat maju prestasinya dalam bidang bolasepak.

Contest SEO Eridy

Saturday, April 21, 2012

Thursday, April 19, 2012

MARKAH PENUH 100%

 Terima Kasih Bella kerana Menghadiahkan
100% kepada SKBM

SKBM 19 April 2012 Khamis. Lega... Bella menunjukkan kertas Saringan Khas Literasi Tahun 3 dan mendapat markah penuh 100%. Saringan yang telah diadakan adalah dari Kementerian Pelajaran Malaysia dibawah NKRA Pendidikan. Kertas saringan tersebut di periksa sendiri oleh Pn Noraini Bt Harun (GPK1 merangkap pemangku Guru Besar SKBM) dan keputusannya adalah diluar jangkaan. Keputusan itu diberikan pagi tadi kepada Bella dan tergambar keceriaan di wajahnya. SKBM mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia dalam usaha  membasmi buta huruf di kalangan masyarakat. Juga kepada pegawai-pegawai LINUS di Pejabat Pelajaran Daerah  yang sering membuat lawatan serta tunjuk ajar kepada guru-guru SKBM. Kepada pentadbir (Pemangku GB )Pn Noraini bt Harun yang sentiasa perihatin dan sentiasa memberikan semangat kepada guru-guru untuk terus meningkatkan usaha dalam P & P. Juga kepada Penyelaras LINUS SKBM En Abdul Manaf bin Abdullah yang sentiasa memberikan info-info terbaru kepada guru-guru LINUS. Tidak ketinggalan juga kepada Mantan GB SKBM En Rahiman bin Muhamed yang sentiasa mengikuti perkembangan Bella walaupun beliau telah bertukar ke sekolah lain. Semoga usaha ikhlas dari semua pihak mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda disisi Allah dan dimudahkan segala urusan di dunia.

Contest SEO Eridy

Wednesday, April 18, 2012

Kejayaan Bola Sepak 2012


 4 orang dari SKBM terpilih untuk 
mewakili Zon Setiu Timur
keperingkat Daerah

Pasukan Bola sepak SKBM yang telah mengharumkan
 nama sekolahdibawah pimpinan Ustaz Ezani dan Ustaz Mohd Noor 
serta sokongan padu dari PKKo Kurikulum En Hamidi

Final Bola sepak Zon Setiu Timur
SKBM bertemu SK Kg Tayor
SKBM mengungguli dengan
1 - 0
  Separuh Akhir Bola Sepak SKBM menentang
SK Sungai Tong, SKBM menang 
3 - 1

Contest SEO Eridy

Sunday, April 8, 2012

Alhamdulillah..Berjaya Melepasi Ujian Saringan

 Keesahan...Kertas soalan dibuka 
dihadapan murid

 Tekun.. Bella menumpukan perhatian 
dalam menjawab soalan
Numerasi turut diadakan ujian saringan khas..

Bella dapat menjawab kesemua soalan
Ujian Saringan Khas
Terima Kasih Bella

SK Bukit Mundok 8 April 2012 Ahad, Perjuangan selama 3 bulan berbaloi apabila Bella berjaya menjawab semua soalan Ujian Saringan Khas yang diadakan pagi tadi. Bella tersenyum dan menunjukkan best tanda berpuashati dengan ujian yang dijawabnya itu.Murid-murid Tahun 3 seluruh Malaysia menjawab soalan saringan Khas bagi memastikan semua murid-murid linus kohot 3 betul-betul menguasai pembacaan, penulisan dan mengira.Ujian bertulis literasi bermula seawal 9.00 pagi diikuti instrument numerasi pada pukul 11.05 pagi tadi. 

Contest SEO Eridy

Wednesday, April 4, 2012

Program Motivasi Murid Tahap 2 dan Ibubapa

Pendaftaran..98% ibu bapa turut serta

Ucapan dari Tuan rumah dan tetamu undangan

Tersentuh... program motivasi yang diadakan
amat berjaya semoga ada perubahan
selepas ini 

Terharu..berjanji untuk berubah demi
suatu tekad untuk berjaya
 
Cikgu Asshaari mengendalikan program
dengan penghayatan yang mendalam

Sedeh...Guru-guru turut terharu dengan penyampaian 
yang amat menarik

SKBM

Contest SEO Eridy

:: SERTAI KAMI ::

Sekolah Kebangsaan Bukit Mundok
21500 Setiu, Terengganu.
Tel : 09-8240926
Fax: 09-8240450
Email: tba6074_skbm@yahoo.com.my
Paparan terbaik 1024x768
ILMU AMAL JAYA

Copyright © 2013 SK BUKIT MUNDOK. Designed for rozbh07

 
Hootoh Blog Hotooh Blog Entri Panas Tengkorak Harimau Blog Sapa Ceoh Pseudosupra Raimi Syazwan Blog Ilham Minda