Koleksi Contoh Soalan Peperisaan KSSR. Download KSSR Exam Paper di Bank Soalan KSSR May 2012

PENDIDIKAN


copyright@ 2013 SKBUKIT MUNDOK| Semua Hak Dilindungi | Designed for SKBM (RBH). Powered by Blogger.

Saturday, May 19, 2012


KURSUS DALAM PERKHIDMATAN (LADAP) 2012

Sesi pendaftaran bagi tiga buah sekolah

Slot pertama taklimat koguru dan slot ke dua Ceramah produk
Amanah Raya @ Bank Rakyat

Slot ke tiga Taklimat Integriti oleh Tn Hj Mohamed bin Embong

          PKG Langkap, Batu 29, 19 MEI 2012, Sabtu. Sebanyak tiga buah sekolah telah menyertai Kursus Dalam Perkhidmatan (LADAP) yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Batu 29, Langkap, Setiu, Terengganu. Antara sekolah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan Bukit Mundok, Sekolah Kebangsaan Lubuk Teras dan Sekolah Kebangsaan Kampung Bukit. Pendaftaran peserta bermula jam 8.00 pagi. Tepat jam 8.30 pagi slot pertama pun bermula iaitu Taklimat Koguru oleh En Mohd Zaki bin Ambak. Semua peserta diberi cenderamata ikhlas daripada Koperasi Guru. "Beliau berharap lebih ramai guru-guru mendaftar sebagai ahli Koperasi. Slot kedua juga disampaikan oleh beliau iaitu Ceramah Produk Amanah Raya @ Bank Negara.
          Selepas rehat iaitu jam 10.30 pagi slot ke tiga diteruskan dengan Taklimat Integriti yang disampaikan oleh Tn Hj Mohamed bin Embong. Jam 12.30 tengahari slot ke tiga pun berakhir dan semua peserta dijemput menjamu selera dikantin. Slot ke empat dibatalkan kerana penceramah tidak dapat menghadirkan diri atas sebab -sebab yang tertentu. Majlis bersurai.
Terima Kasih kepada semua yang telah menjayakan kursus LADAP ini.

Contest SEO Eridy

Wednesday, May 16, 2012


SAMBUTAN HARI GURU 2012


 
 Acara rasmi sekolah, nyanyian lagu "Kami Guru Malayia"

Acara padang yang disertai guru, staf dan murid

 Sungguh meriah dan mencuit hati

Persembahan dan acara penyampaian hadiah bagi pemenang dan tukar-tukar hadiah antara guru-guru dan staf

Diakhiri dengan makan tengahari yang menyelerakan

              Bukit Mundok, 16 MEI 2012, Rabu. Sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun ini disambut meriah walaupun ketiadaan Guru besar. Sambutan ini diserikan dengan acara-acara menarik yang diatur oleh warga SKBM. Acara pagi dimulakan dengan majlis rasmi iaitu nyanyian lagu Kebangsaan, lagu Negaraku dan lagu Sekolah.bersama-sama dan yang paling ditunggu-tunggu nyanyian lagu "KAMI GURU MALAYSIA" yang disampaikan oleh guru-guru SKBM.
               Acara padang dimulakan dengan perlawanan bola sepak antara guru lelaki dan murid lelaki. Manakala acara bola jaring dipertandingkan oleh guru dan murid perempuan. Banyak lagi acara-acara yang dipertandingkan antaranya ialah bowling kelapa, tiup belon sampai pecah, jalan atas batu bata, tiup belon paling besar, lambunan belon berair dan persembahan pentas mengikut kelas. Selepas itu majlis penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang.
                Diakhir majlis semua warga SKBM dijamu dengan makanan tengahari dan yang amat meriah dan tidak dapat dilupakan guru-guru dan staf makan "bersila" bersama-sama di dewan..

Contest SEO Eridy

:: SERTAI KAMI ::

Sekolah Kebangsaan Bukit Mundok
21500 Setiu, Terengganu.
Tel : 09-8240926
Fax: 09-8240450
Email: tba6074_skbm@yahoo.com.my
Paparan terbaik 1024x768
ILMU AMAL JAYA

Copyright © 2013 SK BUKIT MUNDOK. Designed for rozbh07

 
Hootoh Blog Hotooh Blog Entri Panas Tengkorak Harimau Blog Sapa Ceoh Pseudosupra Raimi Syazwan Blog Ilham Minda