Latihan dan Saringan
Acara Balapan

Semua guru hadir... walaupun panas terik
guru-guru SKBM tetap ceria.

Menunggu giliran untuk menjalani latihan.

Anika ragam guru-guru SKBM nie..
menambah seri latihan Sukan Tahunan 2011 SKBM
SK BUKIT MUNDOK,08 FEBUARI 2011 Selasa, Sukan Tahunan 2011 akan diadakan minggu depan namun bahang kehangatannya telah terasa apabila telah dua hari latihan sukan diadakan. Ini adalah untuk memastikan kelicinan, semasa acara Sukan Tahunan diadakan nanti. Setiusaha Sukan SKBM En Mohd Noor b Zakaria berkata, kerjasama dari semua guru memudahkan lagi aktiviti berjalan lancar dan cepat, begitu juga cuaca yang baik membantu aktiviti dapat dijalankan mengikut jadual.
En Raimi Syazwan b Abd Rashid pencatat mata rumah sukan berkata, sesi latihan petang ini amat ceria dan murid-murid bersemangat dalam menjalani latihan untuk menambah mata bagi rumah masing-masing. Beliau berharap pelajar-pelajar akan lebih bersemangat semasa Kejohanan Sukan Tahunan yang akan berlangsung minggu depan. Sesi latihan berakhir jam 5.00 petang dengan minuman disediakan untuk peserta-peserta dan guru-guru.
0 Maklumbalas:
Post a Comment