MERENTAS DESA SKBM
MERIAH

Wajah ceria guru-guru SKBM

Aktiviti memanaskan badan diketuai oleh Cikgu Abu Bakar


Happy... cikgu-cikgu dan Guru Besar
sporting belaka

Bersiap sedia untuk bejuang untuk pungutan mata
bagi rumah sukan

YDP PIBG En Zakaria bin Salleh melepaskan peserta
merentas desa

Chek point... Guru-guru bersemangat
dalam menjalankan tugas

BAHAYA..... Ngelat.

Penyampaian sijil kepada pemenang
disempurnakan oleh YDP PIBG
En Zakaria bin Salleh
SK BUKIT MUNDOK,02 FEBUARI 2011 Rabu, Memulakan aktiviti tahunan 2011 tahun ini dengan aktiviti merentas desa. Setiap tahun merentas desa merupakan aktiviti tahunan yang tidak ketinggalan diadakan bagi warga SKBM. Tahun ini merentas desa bersama Guru Besar baru En Rahiman bin Mohamed sebagai pembuka agenda aktiviti SKBM.
Dimulakan dengan taklimat daripada setiausaha sukan SKBM Encik Mohd Noor b Zakaria, beliau menekankan aspek-aspek keselamatan semasa menjalani aktiviti dan juga panduan-panduan yang mesti dipatuhi semasa merentas desa. Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum En Yusof bin Wan Ahmad pula tidak ketinggalan memberikan penerangan berkenaan pungutan mata yang diperolehi akan dikumpulkan sebagai mata rumah sukan. Difahamkan bahawa Kejohanan Sukan Sekolah SKBM akan diadakan dua minggu lagi iaitu 16 Febuari 2011 ini. Guru Besar SKBM berkata, aktiviti merentas desa ini disamping dapat menyedut udara bersih di kampung sendiri dan menyihatkan badan, aktiviti ini juga dapat memberikan kesedaran betapa kita beruntung kerana dipilih dapat hidup aman di negara Malaysia yang tercinta ini. Beliau menyarankan kemakmuran negara ini haruslah dipelihara dengan sebaik-baiknya.
Encik Abu Bakar Sukram b Zaki mengetuai acara memanaskan badan dan beliau mengingatkan agar semua pelajar melakukannya kerana kemungkinan boleh mendatangkan kecederaan semasa pelajar berlari nanti. Murid-murid yang uzur dikecualikan dari menyertai aktiviti. Kesemua peserta merentas desa dilepaskan oleh YDP PIBG En Zakaria bin Salleh dengan sempurna diiringi guru besar.
Setelah selesai acara merentas desa diadakan majlis penyampaian siil bagi pemenang-pemenang yang berjaya. YDP PIBG En Zakaria bin Salleh menceritakan berkenaan jalan-jalan yang dilalui oleh pelajar-pelajar itu dahulunya tidak secantik yang ada sekarang ini. Zaman berubah dan atas keperihatinan kerajaan pelajar-pelajar, masyarakat kampung dan guru-guru sekolah dapat menikmati keselesaannya. Beliau menambah lagi sebelum ada jalan tar ini guru-guru terpaksa merentas jalan berlumpur yang menyukarkan perjalanan untuk sampai ke sekolah Bukit Mundok ini. Berkat keikhlasan guru-guru yang mengajar kita dapat apa yang kita perolehi sekarang ini. Guru Besar SKBM dalam ucapannya beliau berkata akademik dan ko kurikulum haruslah seimbang untuk menjadi seorang murid yang berkualiti, sebagaimana misi SKBM. Beliau menambah lagi kerjasama serta komitmen dari guru-guru harus mendapat pujian kerana guru-guru perihatin dan bekerjasama dalam satu kumpulan dalam menjayakan sesuatu program. Majlis penyampaian sijil penghargaan disempurnakan oleh YDP PIBG diiringi Tuan Guru Besar SKBM.
3 Maklumbalas:
tak aci gambar rumah merah xde..boikot !!!
merah..merah..merah..merah....SAGA
DENGAR CITE GB BARU NI OK. MUDAH BERBINCANG(MUDOH KIRO).. TAK BANYAK PROSEDUR.. MOOD SENTIASA STABIL, TAK DENGAR BUAH ORG, KREATIF, GURU2 DAN PEKERJA AMAT2 BERPUASHATI. SO TAHNIAH KEPADA GB BARU DAN GURU2. OK TAK ADA ALASAN LAGI, TERUSKAN PERJUANGAN KETAHAP YG LEBIH BAIK LAGI. PPDS
Post a Comment