Mohd Ridhwan
Pegawai Yayasan Pembagunan Ekonomi Islam Malaysia
SEDEKAH JARIAH
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya.[1]
SK Bukit Mundok 27 Julai 2011 Rabu, Warga guru SKBM diberi taklimat mengenai kelebihan Sedekah Jariah sepertimana digalakkan oleh agama agar di amalkan. Usaha YaPEIM menghantar pegawainya dari Kuala Lumpur untuk memanafaatkan usaha ini harus mendapat pujian. Warga SKBM mengisi borang persetujuan Sadaqatul Jariah melalui skim potongan gaji. Hampir kesemua warga SKBM memberi komitmen agar kehidupan di dunia dan diakhirat seimbang.Menurut En. Mohd Ridhwan pegawai YaPEIM salah satu cara membuat amalan jariah yang berterusan ( Istiqomah ) adalah melalui potongan gaji. Antara aktiviti yang dilakukan oleh YaPEIM dalam mengendalikan kewangan Sedekah Jariah ini ialah mengadakan Pajak Gadai Islam, Bantuan Sunami dengan membina rumah anak yatim dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang memanjangkan pahala mereka yang bersedekah.
0 Maklumbalas:
Post a Comment