SK Bukit Mundok 26 Januari 2012 Khamis. SKBM telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Sekolah kali pertama hari ini. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Besar En Rahiman b Mohamed hari ini mengadakan sedikit kelainan apabila mengendalikan mesyuarat dengan kemudahan ICT iaitu menggunakan program power point. Persediaaan awal dibuat oleh beliau sebagai komitment yang tinggi dalam sesuatu perkara dalam mentadbir SKBM.Mengucapkan terima kasih dan berharap guru-guru dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang pada tahun 2012. Antara perkara yang disentuh ialah mengingatkan guru-guru tentang penghantaran buku rekod mengajar iaitu setiap hari Khamis dan selewat-lewatnya pada hari Ahad sebelum sesi P&P bermula. Sepanjang pemantauan yang dibuat adalah baik dan harus diteruskan.
Kehadiran guru, hari Ahad adalah 7.45 pagi untuk menghadiri perhimpunan dan hari Isnin hingga Khamis kehadiran haruslah sebelum pukul 8.00 pagi.Penyeliaan guru,buku catatan dan kerja murid dibenangkan melalui edaran berpandukan jadual.Beliau menyentuh mengenai penggunaan alatan sekolah yang perlu direkodkan penggunaanya dan beliau menyatakan bahawa tidak menghadkan penggunaannya.Mengenai LINUS beliau mengucapkan syabas kepada guru linus yang berjaya memuaskan hati pihak PPD atas kunjungan mereka baru-baru ini atas jawapan-jawapan yang diberikan.
Program MBM dan MBI, beliau menunjukkan carta organisasi dan taklimat ringkas tentang MBM n MBI. Tema SKBM ialah BAHASA MELAYU DIJUNJUNG, BAHASA INGGERIS DI KENDONG. Beliau juga membentangkan program-program MBM dan MBI yang akan dijalankan sepanjang tahun 2012.
BAHAGIAN PENTADBIRAN KURIKULUM Puan Noraini bt Harun menyediakan buku baru dan diedarkan kepada semua guru. Beliau menyentuh berkenaan buku rekod kawalan kelas dan berharap guru-guru dapat merekodnya. Mesyuarat Panitia beliau berharap semua panitia dapat bertindak mengadakan mesyuarat dan menyerahkan salinannya minit mesyuarat dan panggilan mesyuarat kepada beliau untuk simpanan dan rujukan. Jawatankuasa program UPSR tahun ini telah mengenal pasti 5 orang target iaitu Azril,Ain Syafiqah, Fatin Diyana, Nurnazifah dan Norsalsabila. TOV akan diadakan minggu hadapan bermula Ahad 29 Januari ini.
HAL EHWAL MURID. Rancangan Makanan Tambahan menurut En Roslan b Embong (PK HEM) telah pun bermesyuarat dan telah menampal poster dan jadual dipapan kenyataan. Beliau berharap agar guru bertugas mingguan dapat menulis laporan dalam buku yang disediakan. Kepada guru kelas buku rekod kedatangan murid haruslah ditanda dan dikembalikan semula sebelum pukul 8.30 pagi. Akhir bulan ini guru-guru dapat menutup kedatangan dan menulis nama pelajar pada mukasurat baru. Keadaan bilik darjah setakat pemantauan beliau adalah baik dan penambah baikan haruslah dibuat bagi mewujudkan sebuah kelas yang konduksif
Pn Norhayati berhasrat untuk meneruskan tugas yang dirancang. Belau amat memerlukan tunjuk ajar dari guru-guru dan teguran dari guru besar jika terdapat segala kekurangan. Beliau menyatakan bahawa beliau adalah seorang yang terbuka dan boleh dibawa berbincang. Dalam masa yang terdekat ini beliau akan mengatur perancangan untuk program merentas desa dan di harap agar program tersebut akan berjalan dengan jayanya.
0 Maklumbalas:
Post a Comment