En Hamidi b Wahab mengendalikan mesyuarat
dengan penuh ceria
SK Bukit Mundok 29 Januari 2012 Ahad. PK KO yang baru En Hamidi memulakan tugas sulungnya apabila bertindak menggerakkan jentera warga SKBM dengan mesyuarat yang membincangkan aktiviti dan program yang akan dijalankan. Tiga program serentak dibincangkan iaitu Pertandingan merentas desa, Pertandingan bola baling ( SKBM bertindak sebagai tuan rumah) dan Sambutan Maulidur Rasul.Pertandingan Merentas Desa akan diadakan pada 16 Febuari 2012. Pengerusi mengucapkan terima kasih kerana En Ezani yang akan menyumbangkan makanan (roti) untuk pertandingan merentas desa kepada murid-murid. Laluan yang akan direntasi oleh pelajar-pelajar dan guru ialah laluan Alor Lek ke Bukit Mundok.
Bagi Pertandingan bola baling pula tarikh pertandingan adalah 27 hingga 29 Febuari 2012. SKBM bertindak sebagai tuan rumah persiapan padang akan diatur dan sekali lagi En Ezani menyumbangkan minyak hitam untuk kegunaan persiapan padang. En Hamidi berharap agar jurulatih bola baling, En Abu Bakar Sukram dapat membuat pemilihan pelajar dan melatih meeka berkenaan dengan peraturan-peraturan bola baling.
Program Malulidur Rasul pula diputuskan tarikhnya pada 21 Febuari 2012. Perarakan akan bermula pada pukul 8.30 pagi ke Masjid Alor Lek dan mendengar ceramah Maulidur Rasul yang akan disampaikan oleh penceramah yang dijemput khas dari pejabat agama. Sebelum hari sambutan tersebut diadakan Ambang Maulidur Rasul, pengisiannya ialah membuat banner kecil untuk perarakan, latihan selawat dan lain-lain aktiviti.En Hamidi berharap agar program yang dirancangkan ini akan mendapat kejayaan dan beliau menyatakan bahawa beliau amat selesa dan gembira atas kerjasama serta komitment yang tinggi yang ditunjukkan oleh semua guru.
Semua guru memberi perhatian dan memberikan
pendapat masing-masing
0 Maklumbalas:
Post a Comment