SKBM,Jan 16 2014 - Permulaan sekolah dengan hasilan imej baru dalam setiap kelas telah berjaya dibuat. Setelah sekian lama pembukaan sekolah ini, kini cat tambahan telah dibuat. Semua kelas dikehendaki dicat semula.
Selain itu, hiasan kelas juga mesti diganti dan ditambah untuk mewujudkan suasana ceria dan berseri. Hal ini mendorong semangat ingin belajar murid-murid semakin meninggi. Keadaan kelas lebih kondusif dan sedap mata memandang.
Bersesuaian juga setelah SKBM sudah lebih 10 tahun beroperasi di bangunan baru.
Gotong royong diadakan bermula seminggu awal pembukaan sesi 2014 lagi. Guru dengan bertungkus lumus berusaha mengindahkan kelas aasing-masing walaupun kesuntukan masa.
Seronok melihat suasana positif yang ditunjukkan oleh semua guru dalam menjayakan "SKBM CERIA CANTIK & BERSERI-SERI" 2014. Semua guru kelas berlumba-lumba menghias kelas. Persaingan yang sihat setakat ini. Syabas dan tahniah untuk semua.
Bilik khas dan sudut sudut di kawasan sekolah juga menerima sentuhan keceriaan.
Walaupun kekangan masa dan tenaga kerja, semangat guru untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan haruslah diberi pujian dan moral support.
Beberapa tampalan gambar yang telah siap ditatahiasa dinding dan beberapa info murid telah berjaya guru sediakan. Dengan harapan perkembangan positif dari masa ke semasa walaupun lambat bertindak tidak menjadi rungutan dari pihak-pihak tertentu. Yang penting tugas utama mengajar dilaksanakan terebihdahulu.
Kerja kerja keceriaan ini tidak perlu dipaksa. Sampai masa siap lah ia. Terima kasih juga atas bantuan murid-murid dalm membantu guru untuk melaksanakan kerja-kerja keceriaan kelas.
Tahniah kepada semua yang terlibat. Semua guru, staff, murid serta pekerja di SKBM. Agar keceriaan dan kebersihan menjadi amalan kita.
0 Maklumbalas:
Post a Comment