1 MALAYSIA MENJANA
TRANFORMASI

Pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan
Peringkat sekolah oleh Tuan Guru Besar SKBM
En Sulaiman bin Saian

Guru Besar En Sulaiman b Saian sempat bergambar di dua
bendera ( Malaysia dan Negeri ) setelah selesai
aktiviti yang dijalankan.

Bergambar.. sebagai tanda kecintaan kepada negara

Perhimpunan... setelah selesai aktiviti melukis
bendera negeri

Ustazah Yusmin bersama kumpulannya melukis
bendera Selangor

Ustaz Mohd Noor bersama kumpulannya melukis
bendera Wilayah Persekutuan

En Raimi dan En Badri, bersama kumpulannya melukis
bendera Terengganu dan Sarawak

En Abd Manaf bersama kumpulannya melukis
bendera Kelantan

En Abu Bakar bersama kumpulannya melukis
bendera Sabah dan Putera Jaya

Pn Azita bersama kumpulannya melukis
bendera Perak dan Kedah

Pn Rozaini bersama kumpulannya melukis
bendera N.Sembilan dan Melaka

Pn Aida bersama kumpulannya melukis
bendera Johor

Kami Bersatu... Bekerjasama....
1 Malaysia

Turun Padang....
Guru Besar tidak melepaskan peluang
untuk membantu serta tunjuk ajar

Ucapan perasmian Pelancaran Sambutan
Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah
SK BUKIT MUNDOK, 9 Ogos 2010. Bila muncul setiap tahun bulan Ogos rakyat Malaysia tidak mungkin melupai hari keramat yang disambut setiap tahun iaitulah Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan. Bagi warga SKBM tidak ketinggalan dalam menyemarakkan semangat Nasionalisma dalam tiap diri guru dan anak didiknya. Cara untuk memupuk semangat tersebut kali ini diterapkan dengan mengadakan aktiviti melukis dan mewarna bendera-bendera negeri di Malaysia pada tiang-tiang dewan SKBM. Aktiti ini merupakan aktiviti sekolah anjuran Kelab Rukun Negara dan Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan.
Selepas perhimpunan pagi, taklimat dari guru Pendidikan Seni SKBM berkenaan dengan teknik dan cara melukis kepada guru-guru dan murid-murid. Murid-murid dipecahkan mengikut kumpulan bersama guru pembimbing. Setiap kumpulan di mestikan membuat dua buah bendera. Dengan semangat kebangsaan yang ada murid-murid dan guru-guru melayu boleh saling bertolong bantu dalam menyiapkan bendera yang ditugaskan. Sasaran mencapai target apabila setiap kumpulan berjaya menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan. Kecerian dan rasa bangga terpancar di wajah warga SKBM apabila melihat hasil tangan mereka terlekat di tiang-tiang dewan sekolah.
Guru Besar En Sulaiman bin Saian di dalam ucapannya turut menyatakan rasa bangga atas kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak semasa aktiviti berjalan. Beliau juga mengulas mengenai tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu 1 Malaysia Menjana Trasformasi dari sudut pelajar sekolah dan aktiviti yang dijalankan.Beliau berkata, melalui melukis lambang-lambang dan bendera negeri akan dapat memupuk semangat kecintaan kepada negara dan satu Malaysia dan Melayu Boleh. Proses yang berterusan iaitu kecintaan kepada negara akan menjana perubahan dalam ilmu seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan pelajar.Beliau juga sekali gus merasmikan Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2010 berharap akan ada aktiviti-aktiviti yang menyemai semangat patriotisma dikalangan pelajar-pelajar agar mereka tahu bagaimana susahnya generasi dahulu mempertahankan negara ini dari musuh sehingga mencapai kemerdekaan dan rasa besyukur atas kesenangan yang dinikmati sekarang ini.

2 Maklumbalas:
Saya memuji SKBM kerana aktiviti terbaik.
Saya Azram,bekas pelajar di SKBM. Tahniah dan syabas kepada semua warga SKBM. Blogspot yang menarik, teringat zaman belajar kat saya. Cikgu manaf guru saya yang masih kekal di SKBM.
Terima kepada semua guru-guru SKBM yang lama dan sekarang kerana sudi mecurah ilmu di tanah tumpah darah kami.
azram@jpa.gov.my
azram.abdaziz@yahoo.com.my
Post a Comment