Koleksi Contoh Soalan Peperisaan KSSR. Download KSSR Exam Paper di Bank Soalan KSSR May 2010

PENDIDIKAN


copyright@ 2013 SKBUKIT MUNDOK| Semua Hak Dilindungi | Designed for SKBM (RBH). Powered by Blogger.

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU 2010



KEMERIAHAN SAMBUTAN
HARI GURU
2010
Majlis Rasmi Hari Guru
Membaca Perutusan

KEMESRAAN TERJALIN ANTARA
GURU MURID DAN STAF
SKBM

Acara persembahan dan Penyampaian Hadiah
Hari Guru

SK BUKIT MUNDOK, 16 May 2010. Isnin Setiap tahun 16 May merupakan hari memperingati guru dan tarikh ini amat bermakna bagi insan pendidik kerana hari ini mereka dihargai sumbangannya kepada masyarakat kerana setiap insan di dunia ini disinilah mereka bermula. Tidak ketinggalan bagi warga SKBM merayakan hari guru bersama marid-murid. Walaupun sambutan yang diadakan secara sederhana tetapi tetap meriah. Acara rasmi dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu kebangsaan, lagu negeri dan lagu sekolah. Dimulakan dengan ucapan dari GPK 1 Pn Cik Rahani mewakili Guru Besar. Diikuti selepas itu ucapan dari YDP PIBG En Zakaria bin Saleh. Perutusan dari KPPM dibacakan oleh En Anua b Ahmad Rushdi ( GPK HEM)manakala perutusan dari Menteri Peljaran Malaysia dibacakan oleh Pn Pauziah bt Aziz(GPK KOKO). Guru bersemangat menyanyikan lagu Guru Malaysia dan Lagu Tema Hari Guru.Acara padang iaitu perlawanan bola baling dan bola jaring antara guru dan murid diadakan dengan meriah dan penglibatan oleh semua guru.Kedua-dua permainan tersebut di menangi dari kalangan guru. Selepas itu acara sambutan berhenti rehat dan disambung semula dengan acara persembahan. Acara di akhiri dengan penyampaian hadiah kepada semua guru dan hadiah pemenang permainan.

Contest SEO Eridy

Saturday, May 15, 2010

GOTONG ROYONG PERDANA



Prihatin.. dan bertanggung jawab
Itulah sikap guru dan murid-murd SKBM
Hebat..

SK BUKIT MUNDOK 15MEI 2010, Sabtu. Gotong Royong Perdana yang di adakan pada hari ini disertai oleh semua guru-guru dan murid-murid SKBM. Program ini berjalan seawal pagi seperti hari-hari sekolah biasa, dimulakan dengan menyanyikan 3 buah lagu dan taklimat dari PK KoKo dan PK HEM. Selepas itu murid beredar menjalankan aktiviti membersihkan kelas dibimbing oleh guru kelas dan guru-guru lain. Aktiviti diteruskan lagi dengan membersihkan persekitaran sekolah dan bergerak mengikut rumah sukan masing-masing. Aktiviti berakhir pada pukul 1.00 tengahari.

Contest SEO Eridy

:: SERTAI KAMI ::

Sekolah Kebangsaan Bukit Mundok
21500 Setiu, Terengganu.
Tel : 09-8240926
Fax: 09-8240450
Email: tba6074_skbm@yahoo.com.my
Paparan terbaik 1024x768
ILMU AMAL JAYA

Copyright © 2013 SK BUKIT MUNDOK. Designed for rozbh07

 
Hootoh Blog Hotooh Blog Entri Panas Tengkorak Harimau Blog Sapa Ceoh Pseudosupra Raimi Syazwan Blog Ilham Minda