Koleksi Contoh Soalan Peperisaan KSSR. Download KSSR Exam Paper di Bank Soalan KSSR July 2012

PENDIDIKAN


copyright@ 2013 SKBUKIT MUNDOK| Semua Hak Dilindungi | Designed for SKBM (RBH). Powered by Blogger.

Wednesday, July 25, 2012

TADARUS AL QURAN

Murid-murid yang boleh membaca Al Quran
dibahagikankan mengikut halakah dengan bimbingan  guru.

Contest SEO Eridy

Wednesday, July 18, 2012

SEMBAHYANG HAJAT SKBM


Selepas solat magrib,bacaan Yaasin 
serta tahlil di adakan

Sembahyang hajat disempurnakan oleh
Tuan Imam Kampung Bukit Mundok
Tuan Haji Harun
 
 Jamuan makan disediakan 

Bukit Mundok 17 JULAI  2012 SELASA,  SKBM telah mengadakan sembahyang hajat untuk UPSR di Masjid Kampung Bukit Mundok semalam dan dihadiri oleh semua guru dan  ibu bapa  yang terlibat. Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah dan diikuti dengan ucapan YDP PIBG Tuan Haji Zakaria bin Salleh. Beliau amat berbangga kerana sambutan yang amat menggalakkan dari kalngan ibubapa di majlis yang dianjurkan oleh sekolah. Katanya, Majlis seumpama ini haruslah dikekalkan agar hubungan antara ibubapa dan guru dapat dieratkan. Majlis dikuti oleh ucapan wakil Guru Besar iaitu En Roslan bin Embong Penolong Kanan HEM. Dalam ucapan beliau,  beliau merakam jutaan terima kasih atas sambutan yang menggalakkan serta menyeru ibu bapa agar sering-seringlah datang ke sekolah untuk mengetahui perkembangan anak-anak terutama bagi anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan UPSR yang hanya tinggal  lebih kurang 50 hari sahaja lagi. 
                                    Majlis diikuti dngan bacaan Yaasin dan tahlil yang dipimpin oleh Imam 2 Masjid Kg Bukit Mundok, En Mustafa bin Othman. Selepas solat Isyak berjemaah sembahyang hajat memohon agar Allah mengurniakan kejayaan kepada pelajar-pelajar yang menghadapi UPSR nanti. Majlis diakhiri dengan jamuan makan di kantin asrama.
 

Contest SEO Eridy

Tuesday, July 17, 2012

PELANCARAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN
PERINGKAT SEKOLAH 2012


Ucapan Pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan oleh
 Guru Penolong Kanan 1,  Pn Noraini Harun

Kami Bangga Jadi Warga Malaysia

Penuh semangat.....
 guru-guru dan murid-murid mengibarkan jalur gemilang
sambil menyanyaikan lagu-lagu patriotik



SKBM 17 JULAI 2012 Selasa, Setiap tahun rakyat Malaysia merayakan sambutan Hari Kemerdekaan. Begitu juga pada tahun ini SKBM tidak ketinggalan dalam menyambut Hari Kebangsaan.Pelancaran sambutan disempunakan oleh Guru Penolong Kanan 1, Puan Noraini bt Harun diikuti dengan penyerahan bendera Jalur Gemilang kepada wakil pelajar SKBM. Seterusnya guru-guru dan murid-murid SKBM menyanyikan lagu-lagu patriotik dengan penuh semangat sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan megahnya.




Contest SEO Eridy

SENAMROBIK 1MALAYSIA 1SUKAN

 Guru dengan penuh semangat 
bersenam mengikut rentak
 

Contest SEO Eridy

Saturday, July 7, 2012

KEM GABUNGAN KECEMERLANGAN 
UPSR 2012


RANTAU ABANG 5 JULAI 2012, Sabtu. Tiga buah sekolah iaitu SK Bukit Mundok, SK Lubuk Teras dan SK Kg Bukit telah bergabung untuk mengadakan Kem Kecemerlangan  UPSR di D'Pengkalan Rantau Abang, Dungun Terengganu. Pengisian dalam kem tersebut ialah sesi pengajaran dan pembelajaran, motivasi, riadah, cara menjawab soalan UPSR dan laian-lain. Ini bagi mendedahkan murid-murid dengan iklim luar dan tenaga pengajar dari sekolah lain agar terbuka minda mereka dalam menjawab solan-soalan UPSR, kata Puan Noraini bt Harun Guru Penolong Kanan 1 SKBM semasa pertemuan dengan krew Buletin SKBM.

Contest SEO Eridy

Wednesday, July 4, 2012

MESYUARAT  BERSAMA GURU BESAR


SKBM 4 Julai 2012 Rabu,   Mesyuarat bersama Tuan Guru Besar di adakan pada hari beliau mula mendaftarkan diri di SKBM. Beberapa perkara dibincangkan mengikut bidang Guru Penolong Kanan. Akhir sekali Tuan Guru Besar memperkenalkan diri memberikan beberapa panduan dan nasihat kepada guru-guru. Beliau juga merakamkan terima kasih kepada guru-guru penolong kanan mengambil tempat guru besar semasa  ketiadaan Guru Besar iaitu selama 5 bulan.

Contest SEO Eridy

SELAMAT DATANG TUAN GURU BESAR
KE SKBM

 Encik Mohd Zulkifli Bin Salleh
 Guru Besar baru SKBM
Selamat Bertugas

Contest SEO Eridy

:: SERTAI KAMI ::

Sekolah Kebangsaan Bukit Mundok
21500 Setiu, Terengganu.
Tel : 09-8240926
Fax: 09-8240450
Email: tba6074_skbm@yahoo.com.my
Paparan terbaik 1024x768
ILMU AMAL JAYA

Copyright © 2013 SK BUKIT MUNDOK. Designed for rozbh07

 
Hootoh Blog Hotooh Blog Entri Panas Tengkorak Harimau Blog Sapa Ceoh Pseudosupra Raimi Syazwan Blog Ilham Minda