


SELASA, 2.45PM : Semua murid tahap 1&2 telah menghadiri 1 latihan merentas desa bagi tahun 2010. Bermula di perkarangan asrama SKBM dan tamat di pintu gerbang SKBM. Sejauh lebih kurang 5km meredah laluan semua pemandangan dan suasana dapat dirasakan.
Antara contoh kawasan yang dilalui ialah sungai, padang, sawah, hutan nipis, paya dan kawasan yg paling takot(pada pandangan anak-anak kecil iaitu kubur) Sebenarnya kawasan tersebut jauh dari kawasan perumahan sahaja dan mentaliti anak-anak adalah kawasan yg seram.
Terima kasih kepada semua guru
kerana telah berjaya mengadakan latihan tersebut untuk memperkenalkan laluan merentas desa kepada murid tahun 1 khasnya.
Sebelum latihan tersebut bermula pihak sekolah telah menyediakan makan tengahari yang sangat menyelerakan. Menu wajib adalah ikan singgang, pastinya budu penemannya, ikan bakar, air asam campuran tomato ala utara, ulam-ulaman dan buah tembikai sebagai pencuci mulut. Terima kasih diucapkan kepada para staff sokongan sekolah atas usaha tungkus lumus anda menyiapkan makanan tersebut.kerana telah berjaya mengadakan latihan tersebut untuk memperkenalkan laluan merentas desa kepada murid tahun 1 khasnya.
Objektif pada petang itu tercapai dan memenuhi kehendak merentas desa.
Terima kasih diucapkan bagi semua pihak
Terima kasih diucapkan bagi semua pihak

0 Maklumbalas:
Post a Comment