TARIKH KERAMAT
12 RABIUL AWAL @
20 APRIL TAHUN GAJAH
SK BUKIT MUNDOK 11 MAC 2010. Khamis, Bulan Rabiul Awal memang sinonim dengan Masyarakat Melayu kerana ianya dikaitkan dengan bulan kelahiran Nabi muhammad s.a.w. SKBM juga tidak ketinggalan mengadakan sambutan Malulidur Rasul s.a.w. peringkat sekolah. Perarakan beserta sepanduk bermula jam 11 pagi menuju ke Masjid Bukit Mundok. Murid-murid, guru-guru serta staf sokongan turut berselawat sepanjang perarakan. Di masjid diadakan ceramah maulidur Rasul oleh Al Fadhil Ustaz Baharum bin Mohd Yassin ( Imam Masjid Permaisuri ) daripada Jabatan Agama Islam Setiu. Majlis di akhiri dengan selawat secara beramai-ramai dan bersalaman antara guru-guru dan murid-murid.
0 Maklumbalas:
Post a Comment