Koleksi Contoh Soalan Peperisaan KSSR. Download KSSR Exam Paper di Bank Soalan KSSR October 2010

PENDIDIKAN


copyright@ 2013 SKBUKIT MUNDOK| Semua Hak Dilindungi | Designed for SKBM (RBH). Powered by Blogger.

Friday, October 29, 2010

Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010

Persiapan untuk Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan


Majlis Pelancaran disempurnakan

oleh Tuan Guru Besar En Sulaiman b Saian

.

Pelbagai persembahan diadakan

SK BUKIT MUNDOK,28 Oktober 2010, Khamis. Bahasa menunjukkan Bangsa, Bangsa menunjukkan Negara begitulah ungkapan yang selalu disebut-sebut bila dikaitkan dengan bahasa. SKBM tidak ketinggalan memartabatkan bahasa dengan mengadakan program Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah baru-baru. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz Mohd Noor dan diikuti oleh ucapan Tuan Guru Besar En Sulaiman b Saian. Beliau menyentuh perkara-perkara yang berkaitan tentang pentingnya memartabatkan bahasa walau di mana kita berada. Beliau juga berkata bahawa bahasa adalah anugerah Allah kepada sesuatu kaum atau bangsa. Oleh yang demikian ianya merupakan suatu amanah yang perlu dijaga dan patut menjadi kebanggaan kepada bangsa Melayu khasnya dan negara amnya.

Setelah itu, guru Bahasa SKBM En Abdul Manaf b Abdullah membacakan sejarah bahasa dan logo bulan bahasa. Nyanyian lagu Kebangsaan, Lagu Negeri, Lagu Sekolah dan Lagu Bahasa Jiwa Bangsa dinyanyikan dengan penuh semangat oleh seluruh warga SKBM dan melahirkan rasa cinta dan bangga dengan bahasa Kebangsaan kita. Diikuti seterusnya dengan pelbagai persembahan seperti sajak, bercerita dan aktiviti berbalas pantun. Majlis diserikan lagi dengan pantun teka teki, terbuka kepada pelajar-pelajar. Bagi mereka yang dapat menjawab soalan teka-teki tersebut di berikan hadiah oleh pihak sekolah. Majlis penyampaian hadiah mengakhiri Majlis Program Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah 2010 tahun ini.

Contest SEO Eridy

Thursday, October 21, 2010

Lawatan Ke Kelantan


SK BUKIT MUNDOK , 21 Oktober 2010, Khamis. Sekali lagi SKBM mengadakan lawatan, kali ini ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Seawal pagi sekitar pukul 7.15 pagi pelajar-pelajar yang mengikuti rombongan telah berhimpun di dataran Masjid Kampung Bukit Aman. Guru Pengiring En Andul Manaf b Abdullah dan En Abu Bakar Sukram memastikan segala persiapan berjalan lancar. Suatu yang istimewanya lawatan kali ini ialah ianya turut disertai oleh Tuan Guru Besar En Sulaiman b Saian. Walaupun dalam kesibukan dengan pelbagai urusan, masih lagi beliau dapat meluangkan masa untuk pelajar-pelajar. Sikap prihatin yang beliau tunjukkan memikat hati pelajar-pelajar untuk sentiasa berdamping dengannya. Setelah doa selamat dibacakan, bas yang membawa pelajar-pelajar untuk lawatan ini berlepas pada pukul 7.50pagi.

Contest SEO Eridy

Tuesday, October 19, 2010

PERKHEMAHAN 2010


Majlis Perasmian Perkhemahan

Mendirikan Khemah

Penyampaian sijil dan lencana kepada pelajar

Memeriksa khemah

AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Ikatan

Penggunaan Kompas

Pertandingan Memasak

Persiapan Makan Minum Peserta diselenggarakan oleh
guru-guru dan kakitangan SKBM

Makan mengikut kesesuaian

Santapan Rohani

Riadah

Persembahan

Perasmian Penutup disempurnakan oleh YDP PIBG SKBM


Peserta Perkhemahan SKBM 2010

Basuh Khemah.. mengakhiri aktiviti perkhemahan

Contest SEO Eridy

Tuesday, October 12, 2010

PERKHEMAHAN 2010

PERSEDIAAN PERKHEMAHAN

Latihan Perbarisan
12.10.10 ( 8.00 pagi )

Hebat....
Tuan Guru Besar sendiri mengendalikan
latihan perbarisan

Berat sama dipikul..... Ringan sama dijinjing
Tuan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Ko turut
serta dalam menyediakan peralatan gajet
12.1010 ( 2.30 - 5.00 Petang )

Kesungguhan serta komitmen dari semua
guru-guru dapat dilihat dari kerjasamayang ditunjukkan



Turun Padang.. Tuan Guru Besar turut sama memberi
tunjuk ajar dalam mendirikan gajet
13.10.10 ( 11.00 pagi )


Murid-murid tekun dalam melakukan
kerja berkumpulan

Kerja-kerja menaikkan sepanduk Perkhemahan
13.10.10 ( 2.30 - 5.30 ptg )


Cantik.. Pentas untukPerasmi
Perkhemahan.

Contest SEO Eridy

Friday, October 8, 2010

Lawatan

LAWATAN KE PAHANG

Dua buah bas menunggu di Masjid
Bukit Aman

Pengawasan dari Penyelia Asrama
En Shaharman


Beratur semasa menaiki bas

Ini sahaja yang tinggal
( Tahap 1 )
SK BUKIT MUNDOK, 8 Oktober 2010 Setelah memerah minda menjawab soalan peperiksan UPSR baru-baru ini. Murid-murid Tahun 6 dan Tahap Dua diberi peluang untuk bersiar-siar melepaskan segala tekanan yang dihadapi. Dengan pengawasan murid-murid dari Penyelia asrama En Shaharman dan guru-guru pengiring yang lain lawatan tersebut berjalan dengan lancar mengikut jadual sepertimana yang dirancangkan. En Shaharman berkata, disamping lawatan sambil belajar dari tempat-tempat yang dikunjungi, pelajar-pelajar juga dapat merehatkan minda serta dapat melihat tempat orang yang amat jauh berbeza dengan tempat sendiri. Beliau juga mengharapkan dari semua pihak agar dapat memberikan pandangan dan idea-idea yang membina untuk memajukan asrama SKBM.

Contest SEO Eridy

Monday, October 4, 2010

Countdown

DISEBALIK TABIR
PEMBIKINAN COUNTDOWN
UPSR

Guru Besar sentiasa dibelakang, memberi semangat dan nasihat

agar sesuatu projek berjaya dengan sempurna

Pelbagai pihak memberikan kerjasama

Inilah Hasilnya

Memerah keringat dan usaha

Jika anda ke SKBM jangan lupa untuk mendongak ke tingkat dua untuk memerhatikan countdown digital UPSR.Ia direka oleh guru SKBM untuk mengingatkan pelajar-pelajar Tahun 6 tentang pentingnya masa agar tidak leka dalam menghadapi peperiksaan UPSR. Ianya juga sebagai mercu tanda SKBM kerana keunikannya berubah mengikut hari-hari mendatang. Bagaimana ia dikendalikan? Berkunjunglah ke SKBM untuk mengetahui jawapannya

Contest SEO Eridy

:: SERTAI KAMI ::

Sekolah Kebangsaan Bukit Mundok
21500 Setiu, Terengganu.
Tel : 09-8240926
Fax: 09-8240450
Email: tba6074_skbm@yahoo.com.my
Paparan terbaik 1024x768
ILMU AMAL JAYA

Copyright © 2013 SK BUKIT MUNDOK. Designed for rozbh07

 
Hootoh Blog Hotooh Blog Entri Panas Tengkorak Harimau Blog Sapa Ceoh Pseudosupra Raimi Syazwan Blog Ilham Minda