Majlis Pelancaran disempurnakan
oleh Tuan Guru Besar En Sulaiman b Saian
Pelbagai persembahan diadakan
SK BUKIT MUNDOK,28 Oktober 2010, Khamis. Bahasa menunjukkan Bangsa, Bangsa menunjukkan Negara begitulah ungkapan yang selalu disebut-sebut bila dikaitkan dengan bahasa. SKBM tidak ketinggalan memartabatkan bahasa dengan mengadakan program Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah baru-baru. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz Mohd Noor dan diikuti oleh ucapan Tuan Guru Besar En Sulaiman b Saian. Beliau menyentuh perkara-perkara yang berkaitan tentang pentingnya memartabatkan bahasa walau di mana kita berada. Beliau juga berkata bahawa bahasa adalah anugerah Allah kepada sesuatu kaum atau bangsa. Oleh yang demikian ianya merupakan suatu amanah yang perlu dijaga dan patut menjadi kebanggaan kepada bangsa Melayu khasnya dan negara amnya.
Setelah itu, guru Bahasa SKBM En Abdul Manaf b Abdullah membacakan sejarah bahasa dan logo bulan bahasa. Nyanyian lagu Kebangsaan, Lagu Negeri, Lagu Sekolah dan Lagu Bahasa Jiwa Bangsa dinyanyikan dengan penuh semangat oleh seluruh warga SKBM dan melahirkan rasa cinta dan bangga dengan bahasa Kebangsaan kita. Diikuti seterusnya dengan pelbagai persembahan seperti sajak, bercerita dan aktiviti berbalas pantun. Majlis diserikan lagi dengan pantun teka teki, terbuka kepada pelajar-pelajar. Bagi mereka yang dapat menjawab soalan teka-teki tersebut di berikan hadiah oleh pihak sekolah. Majlis penyampaian hadiah mengakhiri Majlis Program Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah 2010 tahun ini.

0 Maklumbalas:
Post a Comment