Koleksi Contoh Soalan Peperisaan KSSR. Download KSSR Exam Paper di Bank Soalan KSSR Perhimpunan Pagi

PENDIDIKAN


copyright@ 2013 SKBUKIT MUNDOK| Semua Hak Dilindungi | Designed for SKBM (RBH). Powered by Blogger.

Sunday, January 16, 2011

Perhimpunan Pagi


PERHIMPUNAN PAGI BERSAMA
GURU BESAR YANG BARU

Tuan Guru Besar SKBM
En Rahiman Bin Mohamed memberikan
ucapan diperhimpunan pagi

Barisan para guru SKBM 2011

Murid-murid SKBM bersemangat
menyanyikan lagu Kebangsaan, lagu Negeri dan lagu Sekolah
serta memberi tumpuan kepada ucapan guru.


SK BUKIT MUNDOK,16 JANUARI 2011 Ahad. Tepat pukul 7.45 pagi loceng di bunyikan oleh pengawas bertugas. Murid-murid bingkas bergerak ke tapak perhimpunan SKBM untuk aktiviti mingguan, iaitu perhimpunan rasmi. Guru-guru mengambil tempat masing dan ketua murid melaungkan arahan membetulkan barisan serta berdiri tegak untuk menyanyikan tiga buah lagu secara seiring.
Seperti biasa ucapan dimulakan oleh guru bertugas, dan diikuti oleh mana-mana Guru Penolong Kanan. Pengerusi menjemput serta mempersilakan Tuan Guru Besar En Rahiman bin Mohamed untuk memberikan ucapan serta amanat. Murid-murid menumpukan setiap patah perkataan Guru Besar untuk dijadikan panduan. Beliau menyentuh beberapa perkara terutamanya berkenaan penumpuan murid-murid dalam kelas semasa guru mengajar. Turut disentuh oleh Guru Besar ialah berkenaan keselamatan semasa berada di kelas dan di mana-mana sahaja berada dan agar sentiasa mematuhi peraturan sekolah yang ditetapkan.
En Rahiman bin Mohamed adalah Guru Besar baru SKBM setelah menggantikan En Sulaiman bin Saian yang telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng, Seberang Takir Kuala Terengganu. Beliau sebelum ini bertugas di SK Seri Berang, Kuala Berang. Semoga pengalaman dan idea-idea baru beliau dapat dicurahkan kepada warga SKBM. Beliau seorang yang berbakat besar dalam bidang seni, dinding dewan lama SKBM telah diwarnai dengan lukisan pemandangan. Lukisan tersebut hampir siap dan beliau bijak menggunakan masa terluang untuk menyiapkan lukisan tersebut. Kami warga SKBM mengucapkan selamat datang kepada Guru Besar En Rahiman bin Mohamed dan bersama kami menghadapi cabaran dalam mendidik anak bangsa.


Contest SEO Eridy

0 Maklumbalas:

:: SERTAI KAMI ::

Sekolah Kebangsaan Bukit Mundok
21500 Setiu, Terengganu.
Tel : 09-8240926
Fax: 09-8240450
Email: tba6074_skbm@yahoo.com.my
Paparan terbaik 1024x768
ILMU AMAL JAYA

Copyright © 2013 SK BUKIT MUNDOK. Designed for rozbh07

 
Hootoh Blog Hotooh Blog Entri Panas Tengkorak Harimau Blog Sapa Ceoh Pseudosupra Raimi Syazwan Blog Ilham Minda