RAPTAI PENUH
SUKAN TAHUNAN SKBM

Rumah-rumah sukan SKBM
Guru-guru bersemangat dan saling membantu

Guru-guru wanita SKBM..Hebaattt...

Acara akhir lontar peluru dan lompat tinggi.
Raptai perbarisan mengisi ruang pagi.

Berpandangan jauh.

Turun padang... Guru Besar SKBM turut serta berganding
bahu membuat persiapan dalam memastikan Kejohanan
Sukan SKBM berjalan lancar.
SK BUKIT MUNDOK,14 FEBUARI 2011 Isnin, Perjalanan jauh bagi guru-guru yang tinggal jauh dari Kampung Bukit Mundok tidak terasa bila melihat sekolah SKBM yang tersergam indah nun di pedalaman. Terasa hilang lelah didada bila melihat anak-anak didik yang tersenyum menyambut kehadiran guru. Yang penting tiada tekanan semasa menjalankan tugas, kerana setiap tugas dan amanah dipikul bersama bermula dari Guru Besar, pihak pentadbir hinggalah kejawatan yang lebih rendah. Masing-masing ada tugas masing-masing, saling hormat menghormati dan sentiasa bekerja dalam satu pasukan. itulah rahsia warga SKBM sentiasa ceria dalam menjalankankan sesuatu program, kata En Abdul Manaf bin Abdullah seorang warga SKBM yang paling lama berkhidmat di sekolah ini dan beliau satu-satunya anak tempatan kampung Bukit Mundok.
Kejohanan Sukan Tahunan ke 17 akan diadakan pada 16 Febuari 2011. Pagi ini semua warga SKBM turun padang termasuk Tuan Guru Besar En Rahiman b Muhamed sama-sama memasang khemah dan mengendalikan raptai perbarisan. En Ezani b Abdul Ghani berkata, guru-guru tidak kekok bekerja bersama Guru Besar, kerana beliau lebih bersifat "friendly" dengan guru-guru dan boleh menyuarakan pendapat tanpa rasa takut atau segan. Selepas rehat pelajar-pelajar menyalin pakaian seragam dan meneruskan pengajaran dan pembelajaran seperti biasa.


0 Maklumbalas:
Post a Comment