AL FATIHAH
Separuh Tiang... sebagai tanda berkabung seluruh
rakyat Terengganu
KUALA LUMPUR, 21 Mac – Bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bahriya Sultan Alam Shah mangkat di Hospital Seri Kota, Klang, Selangor pada pukul 1.22 pagi tadi.
Kemangkatan baginda, 78, diumumkan Setiausaha Sulit Kanan Yang di-PertuanAgong Datuk Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan di sini hari ini. Mohd Zuki turut memaklumkan bahawa jenazah almarhum akan dibawa pulang ke Kuala Terengganu melalui Pangkalan Udara Tentera Diraja Malaysia (TUDM) Subang.
Jenazah almarhum berlepas dari pengkalan itu kira-kira 10.45 pagi ini menggunakan pesawat C130 TUDM. Mengiringi jenazah ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah yang berlepas dari pengkalan itu dengan pesawat khas.
Jenazah akan dibawa ke Istana Maziah, Kuala Terengganu untuk penghormatan terakhir dan urusan pengebumian. Warga SKBM juga turut merasakan kesedehan melalui mengibarkan bendera separuh tiang dan membacakan surah Al-Fatihah agar roh baginda ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh.

0 Maklumbalas:
Post a Comment