KEMERIAHAN
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Saling membantu membuat sepanduk
Maulidur Rasul

Persiapan untuk majlis Maulidur Rasul s.a.w

Bersemangat... Sejauh 2.5km perjalanan dari SKBM diharungi
dengan tabah diikuti dengan selawat keatas junjungan
Nabi Muhammad s.a.w.

Semua Warga SKBM bergambar di Masjid Alor Lik,
bersama penceramah undangan

Hayati pengorbanan Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.
melalui ceramah yang disampaikan

Beri perhatian... ceramah yang diberikan oleh penceramah

Majlis diakkhiri dengan bacaan selawat secara beramai-ramai..
Semua guru lelaki, Guru Besar En Rahiman bin Mohamed,
YDP PIBG En Zakaria bin Saleh dan Pengerusi JKKK En Mahmud
bergambar bersama
SK BUKIT MUNDOK,1 Mac 2011 Selasa, Kelihatan pagi ini murid-murid SKBM berpakaian kebangsaan menuju ke sekolah untuk Majlis Sambutan Maulidur Rasul s.a.w. Begitu juga guru-guru lelaki bersongkok dan bersampin tidak ketinggalan guru wanita dan staf wanita SKBM mengenakan pakaian serba hitam menunjukkan kesepaduan dalam ikatan persaudaraan. Majlis sambutan tahun ini meriah kerana segala persiapan telah dirancang awal dan pagi ini tepat jam 9.00 pagi YDP PIBG hadir untuk menyertai majlis sambutan Maulidur Rasul. Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi dan bacaan doa dari Al-fadhil Ustaz Mohd Noor b Zakaria.
Dalam ucapan Tuan Guru Besar En Rahiman b Mohamed berkata, "bersempena sambutan maulidur rasul bertemakan "Satu Malaysia Satu Ummah' yang mana zaman nabi s.a.w adalah zaman manusia dipandang dengan ilmu sesuai dengan surah pertama Iqra', sekolah akan memperkasakan ilmu pengetahuan dengan mengisi ruang pagi dengan tazkirah pada setiap hari. Hal ini akan diperhalusi dan dibuat perbincangan mengenai jadual guru untuk memberikan tazkirah dan isi kandungannya". Beliau juga menambah sekolah juga telah menjalankan hasrat pengarah JPNT agar setiap pagi diadakan bacaan Al Quran dan akan diperluaskan lagi kesemua murid.
Diikuti dengan ucapan NYDP En Zakaria bin Saleh dan beliau menyentuh mengenai peribadi dan akhlak Rasulullah yang patut menjadi ikutan dan amalan para umat Islambermula dari peringkat kanak-kanak lagi. "Pendidikan berdasarkan ajaran Islam sekarang ini telah diamalkan oleh kaum bukan Islam dan mereka telah berjaya membentuk sebuah masyarakat yang harmoni dan mengapa tidak kita, yang Al Quran dan buku-buku hadith sentiasa dihadapan kita, maka kita tidak amalkan. Maka amat malang bagi umat ini yang begitu tersimpang jauh dari agama. Beliau menyeru para guru agar sentiasa menerapkan ajaran dan cara akhlak islam terhadap pelajar-pelajar semasa P & P dijalankan" katanya lagi.
Setelah ucapan, majlis dihidangan dengan persembahan nasyid dari Tahun 6 bimbingan Pn Rozaini bt Hamzah guru muzik SKBM. Sebelum pelajar-pelajar rehat, mereka menyaksikan tayangan video tentang kisah nabi Muhammad s.a.w. Setelah itu warga SKBM bersedia untuk berarak dilengkapi dengan sepanduk dan kumpulan kompang mengiringi.
Guru Besar SKBM, NYDP PIBG, Ketua JKKK serta semua warga SKBM turut berarak dan berselawat dengan berjalan kaki sejauh 2.5 km menuju ke masjid Alor Lek. Ceramah Maulidur Rasul s.a.w. disampaikan oleh Ustaz Ayub b Hj Ahmad Imam Masjid Sungai Bari dan beliau adalah beas pensyarah AIB ( Institut Amunuddin Baki ). Ceramah beliau berkisar tentang sirah ( perjalanan ) hidup nabi Muhammad s.a.w. Beliau juga menyeru kepada semua agar kembali mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. Beliau berkata, "orang bukan Islam akan gerun kepada orang Islam yang bersembahyang, terutamanya sembahyang jamaah maka peliharalah sembahyang kerana pesanan dan waksiat nabi s.a.w. sebelum beliau wafat adalah solat..solat.." Majlis diakhiri dengan bacaan selawat diketuai oleh Tuan Penceramah Tuan Haji Ayub b Haji Ahmad.

1 Maklumbalas:
Blog Sk Bukit Mundok terbaik.. Aktiviti yg terkini, gaya bahasa dan susun atur image sgt menarik dan semasa.
Respect to all
Post a Comment