PERSAHABATAN DENGAN
SK LUBUK TERAS
Pasukan Bola Jaring SKBM dan Sk Lubuk Teras
Pasukan Bola Sepak SKBM dan SK Lubuk Teras
Aksi permainan bola jaring dan bola sepak
SK BUKIT MUNDOK, 28 Mac 2011 Isnin Perlawanan persahabtan telah diadakan antara SKBM dan Sk Lubuk Teras walaupun hujan renyai-renyai pada permulaan perlawanan. Perlawanan persahabatan ini diadakan bagi membangkitkan semangat kepada pemain-pemain SKBM yang akan menyertai Permainan Tahunan Peringkat Zon Setiu Timur. Menurut Pengurus pasukan bola sepak SKBM En Ezani b Abd Ghani SKBM mampu menjuarai pertandingan bola sepak peringkat zon setiu Timur yang akan diadakan di Sk Pak Ba pada 29 - 30 Mac ini. Pn Rozaini selaku jurulatih bolajaring SKBM menyatakan beliau berharap agar GA dan GS dapat menjaringkan gol sebanyak mungkin pada pertandingan bola jaring peringkat Zon Setiu Timur nanti.
Keputusan perlawanan persahabatan bola jaring antara SKBM dan SK Lubuk Teras berakhir dengan SKBM memenangi perlawanan 31 - 3. Manakala perlawanan persahabatan bolasepak juga dimenangi oleh SKBM 5 - 0. Al fatihah untuk ibu jurulatih bola jaring SKBM Pn Mala yang meninggal dunia semalam.

0 Maklumbalas:
Post a Comment