Juara... Wajah ceria pemain-pemain bolajaring SKBM
Penyampaian pingat disempurnakan oleh
Tuan Guru Besar En Rahiman b Mohamed
Barisan Pemain dan jurulatih SKBM
SK BUKIT MUNDOK, 3 April 2011 Ahad Mengekalkan Kemenangan.. Itulah disebut-sebut bila SKBM dinobatkan sebagai Juara bola jaring Zon Setiu Timur. Turut membanggakan, SKBM memenangi kesemua perlawanan seterusnya menjuarai perlawanan. SKBM akan mewakili Zon Setiu Timur untuk ke peringkat Daerah.
Tujuh perlawanan dilalui dengan penuh semangat iaitu melawan SK Fikri memenangi 9-0, SK Sg Tong memenangi 8-0, SK Pak Ba 8-6, SK Lubuk Teras 7-4, SK Sungai Las 17-8 dan Akhir menentang SK Tayor dan menjuarai perlawanan.
Puan Yusmin bt Ab Llah jurulatih pasukan bolajaring berkata, mudah-mudahan SKBM akan ke peringkat yang lebih tinggi lagi dan kalau ada rezki keperingkat mewakili daerah atau negeri". Pengurus pasukan Pn Siti Zurina Rudiah bt Idris berkata, "semangat tinggi di kalangan pemain-pemain dan guru-guru (jurulatih) banyak menyumbang kepada kemenangan SKBM".

0 Maklumbalas:
Post a Comment