Koleksi Contoh Soalan Peperisaan KSSR. Download KSSR Exam Paper di Bank Soalan KSSR Bella..Oh..Bella..

PENDIDIKAN


copyright@ 2013 SKBUKIT MUNDOK| Semua Hak Dilindungi | Designed for SKBM (RBH). Powered by Blogger.

Wednesday, January 18, 2012

Bella..Oh..Bella..

 Bella bt Abdullah

 Tekun dan Tabah untuk meningkatkan 
prestasi diri sendiri

 Semangat yang tinggi......untuk terus berusaha


Beginilah caranya....Sayang

Bidang Keberhasilan Utama Negara ( National Key Result Areas) atau disebut-sebut NKRA merupakan  program kerajaan. Dan bagi Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2009 telah menyasarkan bahawa semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dalam Bahasa Malaysia dan numerasi dalam ( matematik ) kecuali berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan sekolah rendah.
                                 Konsep yang diambil kira ialah pendekatan literasi secara bersepadu, ansur maju, didik hibur, penggabungjalinan, pengulangan, pengajaran dan pembelajaran dalam kumpulan kecil, pengajaran melalui bimbingan, mengajar perkara yang belum dikuasai dan mengukuhkan perkara yang telah dikuasai, memahami perkataan melalui konsep cerakin perkataan, memahami pola seragam ayat dan pengajaran mengikut keupayaan individu.
                                  Tidak ketinggalan bagi SKBM turut terasa bahangnya dan menyambut seruan kerajaan yang amat baik ini manandakan betapa kerajaan Malaysia begitu perihatin akan taraf pelajaran rakyat. Bagi SKBM Bella adalah murid linus dan ditanya guru yang membimbingnya, beliau berkata" InsyaAllah bagi saringan ke 7 yang diadakan pada bulan Mac ini, target saya anak didik saya ini akan dapat melepasinya dan masuk ke kelas arus perdana. Bella pada tahun ini telah menunjukkan semangat dan kecekalan yang amat luar biasa dalam usaha yang ditunjukkannya semasa diberi pengajaran. Saya berharap dia dapat meneruskan usaha ini dan sama-samalah kita berdoa agar dibukakan pintu hatinya untuk mudah menerima pelajaran yang diajari"
                                Masalah utama yang dihadapi oleh Bella ialah ketinggalan Tahun 1 persekolahan, semasa memasuki SKBM umurnya adalah 8 tahun dan tanpa ada pengenalan diri (surat beranak). Dengan keperihatinan pihak sekolah dan Jabatan Pendaftaran Negara, telah berjaya berusaha membuat surat beranaknya, lalu terus menduduki Tahun 2 tanpa pembelajaran asas Tahun 1. Disamping masalah keluarga yang dihadapinya dan pihak sekolah dibawah kepimpinan Guru Besar En Rahiman b Mohamed sentiasa mengambil berat dan bertanya kabar tentangnya dan membuat tindakan segera atas apa-apa keperluan. Guru Besar adalah diantara orang yang menjadi tulang belakang dan pemberi semangat serta tunjuk ajar kepada guru Linus sepanjang program ini diperkenalkan oleh kerajaan.Semoga Bella diberi kekuatan untuk terus berusaha dalam memajukan diri sendiri.


Contest SEO Eridy

0 Maklumbalas:

:: SERTAI KAMI ::

Sekolah Kebangsaan Bukit Mundok
21500 Setiu, Terengganu.
Tel : 09-8240926
Fax: 09-8240450
Email: tba6074_skbm@yahoo.com.my
Paparan terbaik 1024x768
ILMU AMAL JAYA

Copyright © 2013 SK BUKIT MUNDOK. Designed for rozbh07

 
Hootoh Blog Hotooh Blog Entri Panas Tengkorak Harimau Blog Sapa Ceoh Pseudosupra Raimi Syazwan Blog Ilham Minda