Koleksi Contoh Soalan Peperisaan KSSR. Download KSSR Exam Paper di Bank Soalan KSSR Mesyuarat Guru dan Kakitangan SKBM 2012

PENDIDIKAN


copyright@ 2013 SKBUKIT MUNDOK| Semua Hak Dilindungi | Designed for SKBM (RBH). Powered by Blogger.

Wednesday, January 4, 2012

Mesyuarat Guru dan Kakitangan SKBM 2012




En Rahiman bin Mohamed
Guru Besar SKBM

SK Bukit Mundok 31 Disember 2012 Sabtu. Warga Pendidik SKBM dengan semangat baru melangkah dan merangka dan merancang pelbagai program bagi Tahun 2012. Seawal jam 8 pagi pendaftaran murid diadakan dan dikuti mesyuarat guru dan kakitangan SKBK 2011. Dimulakan dengan muqaddimah Tuan Guru Besar En Rahiman b Muhamed. Beliau mengucapkan selamat kembali kesekolah dan terima kasih kepada guru-guru yang telah bertindak menyempurnakan tugas sepanjang 2012. Perjawatan bagi SKBM  pada tahun ini menurut beliau adalah seramai 15 orang dan kelulusan yang ditetapkan adalah 14 orang guru. Ini bermakna ada seorang guru yang akan ditukarkan dan beliau menyerahkan kepada PPD untuk menyempurnakan pertukaran tersebut. Beliau juga memaklumkan bahawa kelas Tahun 2 akan berada di bawah kerana memudahkan adik adam ( OKU ) berada dalam kelas.Bilik akses e-book akan dibuka untuk kegunaan murid-murid untuk mengecas dan melayari internet. Beliau juga akan bertindak membuat kertas kerja memohon evdo kepada Yayasan Terengganu sepertimana yang dijanjikan semasa perasmian hari penyampaian hadiah oleh wakil pegawai Yayasan Terengganu pada bulan Oktober tahun  lepas.Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada guru-guru Tahun 6 yang telah mengangkat nama sekolah dalam UPSR dengan mendapat 90% pencapaian. "Semoga segala penat jerih guru-guru yang mengajar siang malam termasuk cuti sekolah akan mendapat balasan yang setimpal oleh Allah S.W.T".kata beliau mengakhiri ucapannya.




En Roslan bin Embong

En Roslan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid  dalam ucapannya memohon kerjasama semua guru agar dapat meneruskan kesepakatan bekerja dalam satu pasukan.Beliau menyarankan agar rekod kawalan kelas patutlah diteruskan kerana ianya membuktikan kehadiran guru dalam kelas jika berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini.Oleh itu beliau meminta semua guru dapat merekodkannya mulai tahun depan.
 





Pn Rohani bt Harun ( GPK 1 )
Pn Norhayati ( GPK Ko Kurikulum)

GPK 1. Pn Rohani menyarankan semua warga pendidik agar meningkat uasaha ketingkatan yang lebih tinggi demi anak didik SKBM. Mengenai sukatan pelajaran rancangan tahunan pihak nazir menyatakan agar dapat ditulis, diphotostat atau diadakan poket di belakang kulit buku untuk simpanan rancangan tahunan tersebut. Beliau juga meminta agar ketua panitia dapat mengadakan sekurang-kurangnya tiga kali setahun mesyuarat beserta surat panggilan mesyuarat dan diserahkan salinannya ke GPK1.Guru juga dinasihatkan agar bilik-bilik seperti sumber dan makmal komputer mestilah "ada murid, ada guru". Rekod catatan penggunaan juga haruslah diadakan dan ditulis penggunaannya.
Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum. Pn Norhayati bt Mohd mengucapkan terimakasih kepada semua warga SKBM yang telah banyak membantu dan bekerjasama dalam menjayakan program-program yang diadakan dan berharap dapat dikekalkan untuk tahun-tahun akan datang.Beliau berharap setiap hari Selasa semua warga pendidik SKBM dapat memakai pakaian uniform.Untuk unit Uniform dan Persatuan adalah bermula pada pukul 2.30 hingga 4.30 dan 4.30 - 5.30 pula adalah untuk program 1 Malaysia 1 Sukan.



Barisan Guru Lelaki SKBM


Barisan Guru Wanita SKBM



Barisan Staf dan Kakitangan
SKBM


Suasana mesyuarat  amat selesa
dan tiada tekanan, masing-masing boleh
menyuarakan pendapat 

Contest SEO Eridy

0 Maklumbalas:

:: SERTAI KAMI ::

Sekolah Kebangsaan Bukit Mundok
21500 Setiu, Terengganu.
Tel : 09-8240926
Fax: 09-8240450
Email: tba6074_skbm@yahoo.com.my
Paparan terbaik 1024x768
ILMU AMAL JAYA

Copyright © 2013 SK BUKIT MUNDOK. Designed for rozbh07

 
Hootoh Blog Hotooh Blog Entri Panas Tengkorak Harimau Blog Sapa Ceoh Pseudosupra Raimi Syazwan Blog Ilham Minda