Koleksi Contoh Soalan Peperisaan KSSR. Download KSSR Exam Paper di Bank Soalan KSSR SK BUKIT MUNDOK: Sukan Tahunan

PENDIDIKAN


copyright@ 2013 SKBUKIT MUNDOK| Semua Hak Dilindungi | Designed for SKBM (RBH). Powered by Blogger.
Showing posts with label Sukan Tahunan. Show all posts
Showing posts with label Sukan Tahunan. Show all posts

Tuesday, October 1, 2013

AGENDA SEPTEMBER 2013

SKBM - September, Setelah selesai UPSR pelbagai agenda yang telah disusun dan diatur untuk melancarkan perjalanan sesi persekolahan bagi sesi 2013. Agenda dan aktiviti-aktiviti disusun oleh pihak sekolah senantiasa ada untuk mempelbagaikan aktiviti menarik tak kira sama ada lepas UPSR atau sebelum UPSR. Sekolah tanpa aktiviti menarik, mendorong mereka ponteng atau hanya sekadar hadir sebagai rutin harian terutama murid-murid selepas UPSR Setiap unit dari kurikulum hinggalah ke kokurikulum, sentiasa berusaha untuk penuhkan dengan aktiviti interaktif yang merangsang bukan saja kehadiran murid ke sekolah tetapi juga untuk sentiasa berminat belajar dan meneroka ilmu pengetahuan. 

Boleh dikatakan bulan September merupakan bulan yang juga dikenali dengan aktiviti Pasca UPSR. Program ini dirancang bukan saja sebagai persediaan murid-murid Tahun 6 untuk ke sekolah menengah, tetapi juga sebagai memenuhi waktu senggang mereka bagi mengelakkan mereka ponteng dan terjadi pelbagai aktiviti nagatif di luar sekolah. Bukan sekadar sasaran murid tahun 6 sahaja malahan boleh menarik minat murid-murid lain untuk hadir ke sekolah sehingga ke penghuung tahun sesi persekolahan. 

Antara agenda dan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan seperti berikut ;(pic akan di upload kemudian)

1) SUSUN DAN LABEL BUKU DI PERPUSTAKAAN.
2) PERKHEMAHAN UNIT UNIFORM DAERAH
3) TEMASYA SUKAN TAHUNAN
4) PROJEK KERJAYA
5) MURAL
6) BACAAN ALQURAN & IQRA

Contest SEO Eridy

Wednesday, February 16, 2011

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KE 17

SUKAN TAHUNAN
SKBM DISAMBUT MERIAH

Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Sukan Tahunan kali ke 17

Dari kiri ( Belakang) YM Raja Khairuddin Raja Majid, En Abu Bakar Shukram b Zaki, En Abd Manaf bin Abdullah, En Mohd Noor b Zakaria, En Ezani bin Abd Ghani.

Dari Kiri (tengah) Pn Noraini bt Harun(GPK 1), Pn Zurina Rudiah, Pn Rozaini bt Hamzah, Pn Yusmin bt Ab Llah, Pn Azitz Kasmawati bt Abdullah, Pn Anisuzana bt Mohd Zain.

Dari kiri (depan) En Yusof b Wan Ahmad (PK Ko Kurikulum) En Rahiman bin Mohamed(Guru Besar SKBM) En Zakaria bin Salleh (YDP PIBG SKBM )

Yang kurang upaya tidak dilupakan..

Bersama membantu serta bekerjasama dalam semua hal

Ketibaan Tuan Penolong PPD Bahagian Pengurusan Kurikulum
Teknik dan Vokasional En Kamaruzaman bin Hamat
disambut dengan paluan kompang
oleh pelajar tahun 5 SKBM

Bagi memberkati majlis doa dibaca diketuai oleh
Al Fadhil Ustaz Mohd Noor b Zakaria

Ucapan aluan Tuan Guru Besar SKBM dan ucapan perasmian dari
En Kamaruzaman b Hamat Penolong Pelajaran Daearah Setiu



Penyayang..... En Kamaruzaman bin Hamat memeriksa barisan
rumah-rumah sukan sempat berseloroh dan bertanyakan khabar
kepada para peserta

Cenderahati sebagai tanda ingatan

Acara sukaneka memeriahkan lagi kejohanan sukan

Acara ibubapa tidak ketinggalan mengisi tentatif
kejohanan sukan SKBM

Hebat....SATRIA JUARA KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2011..
dengan pungutan 231 mata rumah Satria berjaya
menundukkan rumah-rumah lain.

Panasss... walaupun dibawah terik mentari.. tetapi tidak terasa
kerana kegembiraan serta kemeriahan sukan SKBM

Aksi guru-guru SKBM


SK BUKIT MUNDOK,16 FEBUARI 2011 Rabu, Awal pagi lagi guru-guru SKBM sibuk menguruskan peralatan peralatan sukan untuk keperluan Kejohanan Sukan Tahunan ke 17 yang akan bermula pada pukul 8.15 pagi. Kelihatan ibubapa memenuhi ruang atas bahagian padang untuk menyaksikan serta memberi semangat kepada anak-anak yang akan mengambil bahagian. Bersambung......

Contest SEO Eridy

:: SERTAI KAMI ::

Sekolah Kebangsaan Bukit Mundok
21500 Setiu, Terengganu.
Tel : 09-8240926
Fax: 09-8240450
Email: tba6074_skbm@yahoo.com.my
Paparan terbaik 1024x768
ILMU AMAL JAYA

Copyright © 2013 SK BUKIT MUNDOK. Designed for rozbh07

 
Hootoh Blog Hotooh Blog Entri Panas Tengkorak Harimau Blog Sapa Ceoh Pseudosupra Raimi Syazwan Blog Ilham Minda