Koleksi Contoh Soalan Peperisaan KSSR. Download KSSR Exam Paper di Bank Soalan KSSR January 2010

PENDIDIKAN


copyright@ 2013 SKBUKIT MUNDOK| Semua Hak Dilindungi | Designed for SKBM (RBH). Powered by Blogger.

Wednesday, January 27, 2010

CIKGU ISYAR RASYIDI ISHAK BERTUKAR

Terima Kasih!!
Segala bakti ,jasa dan tugas kerja yang ditinggalkan hanya ucapan Ribuan Terima Kasih yang mampu diungkapkan atas segala kerjasama yang diberikan oleh beliau.

PENYERAHAN TUGAS


Tanggal 27 Januari 2010, maka berakhirlah tugas beliau di SKBM, sejak 2003 -2010. Selama hampir lapan tahun di sini, pelbagai pencapaian yang termampu beliau lakukan tanpa MENGIRA masa, waktu, susah payah,penat dan jemu tetap beliau usahakan sebaik boleh. Yang pasti kepuasan kerja dapat diperolehi.

Disini semua warga SKBM, mengucapkan selamat tinggal dan ribuan terima kasih atas segala jasa bakti yang ditinggalkan disini. Ini merupakan majlis pra-perpisahan warga SKBM dengan EN ISYAR RASYIDI ISHAK.

Semoga beliau teruskan usaha mendidik anak bangsa di sekolah yang baru, SK LKTP CHALOK BARAT, SETIU. dan memegang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan 1 (GKP 1)


KALI TERAKHIR DITEMPAT BELIAU SEBAGAI GURU SKBM (2003-2010)

MAJLIS PRA-PERPISAHAN CG ISYAR




Contest SEO Eridy

Saturday, January 23, 2010

MERENTAS DESA 2010

SK BUKIT MUNDOK, 21 Januari: Khamis telah berlangsungnya pertandingan Merentas Desa bagi tahun 2010. Penyertaan terbuka untuk semua murid di sekolah ini kecuali kepada murid yang mengalami masalah kesihatan.

Pertandingan ini dibahagikan kepada kategori tertentu dan mewakili rumah sukan masing-masing iaitu SAGA, WAJA, SATRIA, & WIRA.

Seperti latihan yang telah dibuat permulaan dan tamat mengikut jadual yang telah ditetapkan. Semua aktiviti berjalan lancar dan peserta dilepaskan sendiri oleh

Y
DP PIBG SKBM EN ZAKARIA BIN SALLEH


Bendera rumah sukan berkibar.

Peserta menunggu giliran berlari.

Taklimat ringkas.

Taklimat lagi..

Tahap 1 memulakan acara.

YDP PIBG meniup wisel permulaan sambil diperhatikan GB Sulaiman.

Lelaki tahap 2.

Cg Abu Bakar sbg counter.. 1,2,3 preeeeeet..

Rumah Saga Johan&Naib Johan kategori L thp 1.

Finish Line.. Pencatat menunggu.

TERIMA KASIH ATAS SEMUA SUMBANGAN TENAGA YANG DIBERIKAN.

Contest SEO Eridy

Tuesday, January 19, 2010

Latihan



SELASA, 2.45PM : Semua murid tahap 1&2 telah menghadiri 1 latihan merentas desa bagi tahun 2010. Bermula di perkarangan asrama SKBM dan tamat di pintu gerbang SKBM. Sejauh lebih kurang 5km meredah laluan semua pemandangan dan suasana dapat dirasakan.

Antara contoh kawasan yang dilalui ialah sungai, padang, sawah, hutan nipis, paya dan kawasan yg paling takot(pada pandangan anak-anak kecil iaitu kubur) Sebenarnya kawasan tersebut jauh dari kawasan perumahan sahaja dan mentaliti anak-anak adalah kawasan yg seram.

Terima kasih kepada semua guru
kerana telah berjaya mengadakan latihan tersebut untuk memperkenalkan laluan merentas desa kepada murid tahun 1 khasnya.

Sebelum latihan tersebut bermula pihak sekolah telah menyediakan makan tengahari yang sangat menyelerakan. Menu wajib adalah ikan singgang, pastinya budu penemannya, ikan bakar, air asam campuran tomato ala utara, ulam-ulaman dan buah tembikai sebagai pencuci mulut. Terima kasih diucapkan kepada para staff sokongan sekolah atas usaha tungkus lumus anda menyiapkan makanan tersebut.

Objektif pada petang itu tercapai dan memenuhi kehendak merentas desa.
Terima kasih diucapkan bagi semua pihak

Contest SEO Eridy

Sunday, January 17, 2010

Majlis Perwatikah

SKBM : Ahad, 17 Jan 2010. Satu majlis telah diadakan untuk perlantikan 16 Pengawas Sekolah & 17 Pengawas Perpustakaan. Penganugerahan dan Lafaz ikrar telah dijalankan. Disaksikan & dirasmikan oleh Guru Besar En Sulaiman b Saian sendiri. Majlis berjalan lancar. Tahniah dan Selamat menjalankan tugas.


Penyampaian oleh GB SKBM
=
Barisan Pengawas Sekolah & Pengawas Perpustakaan
Persiapan naik ke pentas


Diperhatikan oleh warga SKBM




"Jalankan Kerja Seperti Air Di Dalam Kolam & Janganlah menjadi seperti Gajah masuk Kampung"




Contest SEO Eridy

Monday, January 11, 2010

Tawaran Sekolah Berasrama Penuh.

2 PELAJAR 5A SKBM MENDAPAT TEMPAT.

SK BKT MUNDOK : 2 orang pelajar sekolah ini telah menerima tawaran dari Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Malaysia bagi sessi persekolahan 2010. Mereka bertuah kerana menerima tawaran di sekolah yang sama iaitu SBPI BATU RAKIT.TERENGGANU. Di bawah status projek khas dan melapor diri pada hari ini iaitu 11 January 2010.

Dengan ini , Pihak Sekolah mengucapkan tahniah dan selamat menempuh alam persekolahan sekolah menengah. Segala Ilmu yang dipelajari boleh dibawa bersama dan teruskan dan tingkatkan lagi usaha anda dan terus pandang ke hadapan.

Bak kata pepatah "kalau tidak pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya" begitu juga dengan kejayaan dan kecemerlangan jika tidak kita yang berusaha manakan dapat hasil kejayaannya.

Terima kasih juga guru-guru ucapkan kerana mengharumkan nama sekolah. Sekali lagi pihak kami mengucapkan Tahniah.


Contest SEO Eridy

Sunday, January 10, 2010

Majlis Menteri Besar




Sukacita di maklumkan bahawa , JPNT dengan kerjasama Kerajaan Negeri akan mengadakan majlis :



' MAJLIS PENGHARGAAN DAN MERAIKAN KEJAYAAN UPSR TERENGGANU 2009"

Pada hari tersebut, semua guru tahun 6 yg mengajar subjek UPSR telah dijemput hadir.. Semua guru dan murid menerima sendiri dari Menteri Besar Dato Mohammad Said sijil penghargaan tersebut. Termasuk GB juga turut menerima sijil penghargaan. Seramai 1500 orang murid serta semua guru tahun 6 seluruh negeri terengganu menghadiri majlis tersebut.

Tahniah di ucapkan kepada semua pihak.

Contest SEO Eridy

Sunday, January 3, 2010

Selamat Datang = Ahlan Wasahlan

" Assalamualaikum, Cikgu!! "

Alhamdulillah..setelah sekian lama berhenti seketika ucapan keramat ini untuk tahun 2009. Kini 2010 telah kembali rutin ucapan ini akan diucapkan oleh murid kepada guru semula..Syukur ke hadrat Ilahi atas kesempatan yang diberikan kepada kita untuk menjalani kehidupan ini pada tahun baru ini.

Seperti tajuk entry kali ini sebenarnya ditujukan khas kepada semua murid tahun 1 yang seramai 7 orang yang baru memasuki alam persekolahan. Selamat Datang cikgu ucapkan. dan kepada murid tahn 2 hingga 6 selamat kembali ke sekolah ..

Kepada semua guru, selamat mengajar dan d
idiklah anak-anak murid kalian dengan seikhlas hati, insyaAllah akan diberkati..








Contest SEO Eridy

:: SERTAI KAMI ::

Sekolah Kebangsaan Bukit Mundok
21500 Setiu, Terengganu.
Tel : 09-8240926
Fax: 09-8240450
Email: tba6074_skbm@yahoo.com.my
Paparan terbaik 1024x768
ILMU AMAL JAYA

Copyright © 2013 SK BUKIT MUNDOK. Designed for rozbh07

 
Hootoh Blog Hotooh Blog Entri Panas Tengkorak Harimau Blog Sapa Ceoh Pseudosupra Raimi Syazwan Blog Ilham Minda