Koleksi Contoh Soalan Peperisaan KSSR. Download KSSR Exam Paper di Bank Soalan KSSR SK BUKIT MUNDOK: Jasamu Di Kenang

PENDIDIKAN


copyright@ 2013 SKBUKIT MUNDOK| Semua Hak Dilindungi | Designed for SKBM (RBH). Powered by Blogger.
Showing posts with label Jasamu Di Kenang. Show all posts
Showing posts with label Jasamu Di Kenang. Show all posts

Thursday, February 23, 2012

Majlis Perpisahan 3P 1G


Mereka yang dirai...
Mantan Tuan Guru Besar SKBM En Rahiman,
Pn Norhayati, Ustaz Fauzi (3Pentadbiran)
En Raimi (1Guru)


Ucapan terakhir untuk yang diraikan










 Cenderamata sebagai kenang-kenangan...
Jasamu Tetap Dikenang


 Gosip dan usik-mengusik bagi warga SKBM 
tidak akan ditemui disekolah lain..

Kuala Terengganu 23 Febuari 2012 Khamis. Majlis Perpisahan empat orang warga SKBM termasuk Guru Besar berlangsung di Hotel Tanjung Vista. Majlis yang ringkas tetapi penuh makna dengan kata-kata peransang buat warga SKBM agar terus maju. Ucapan alu-aluan disampaikan oleh pemangku guru besar merangkap Guru Penolong Kanan 1 Puan Noraini bte Harun membuka tirai bicara majlis dengan mengucapkan bernbanyak terima kasih kepada semua yang diraikan kerana sumbangan yang besar kepada sekolah. Guru Besar yang banyak memberi tunjuk ajar kepada semua warga SKBM dan program yang telah dirancang beliau akan diteruskan.Cikgu Raimi yang bertukar di sekolah SK Sungai Tong Setiu, beliau mengucapkan berbanyak terima kasih dan SKBM tetap dihati dan tetap bersama walaupun dialam maya melalui facebook Ilmu Amal Jaya dan Buletin SKBM.Puan Norhayati dalam ucapannya berkata, kenangan di indah di SKBM merupakan kenangan yang tidak akan dapat dimana-mana sekolah lain, dan berbanding sekolah baru tempat beliau bertugas, SKBM adalah yang terbaik. Begitu juga Encik Fauzi yang bertukar di SK Saujana berkata, jikalau tidak kerana melibatkan perjalanan 140km berulang alaik dari rumah ke SKBM beliau tidak akan memohon pertukaran kerana SKBM tetap dihati.
                Ucapan Mantan Guru Besar SKBM mengakhiri ucapan dalam majlis perpisahan, beliau mengucapkan berbanyak terima kasih atas kerjasama yang amat baik dikalangan guru,staf dan orang-orang kampung sepanjang beliau memimpin SKBM selama setahun lebih.Kenangan di SKBM tetap menjadi sebutan dimana sahaja beliau berada. Beliau sedia membantu jika ada apa-apa perkhidmatan diperlukan. Beliau berharap perjuangan untuk anak bangsa di SKBM harus diteruskan sebaik mungkin kerana guru-guru di SKBM adalah yang terbaik..Beliau memohon ampun dan maaf dari semua warga SKBM jika ada terkasar bahasa secara sengaja atau tidak. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati, bacaan doa dan jamuan makan.

Contest SEO Eridy

Wednesday, February 15, 2012

Mjalis Perpisahan Guru Besar

 Ini lah Warga SKBM 2012
 
 Ucapan terakhir Tuan Guru Besar
En Rahiman b Mohamed yang selepas ini 
bergelar Mantan Guru Besar SKBM

Penyampaian Watikah Perlantikan
Pengawas Sekolah dan Pengawas Perpustakaan Sekolah

Contest SEO Eridy

Thursday, February 9, 2012

Ucapan Rasmi Terakhir Tuan Guru Besar SKBM




SK Bukit Mundok 9 Febuari 2012 Encik Rahiman b Muhamed menyampaikan ucapan rasminya khas untuk buletin SKBM pagi ini..Beliau yang mula berkhidmad di SKBM  pada 16 November 2010 dan menerima surat pertukaran pada 29 Januari 2012. Walaupun hanya berada di SKBM selama setahun lebih namun beliau telah banyak membawa perubahan-perubahan yang cemerlang bagi SKBM terutama dalam bidang Pembelajaran pelajar-pelajar. Beliau merupakan Guru Besar yang ke 20 sejak SKBM di wujudkan. Seorang yang bercita-cita besar dalam mentadbir, dan beliau amat disenangi oleh warga SKBM selama beliau berada di SKBM.Jasa beliau akan tetap menjadi sebutan setiap masa di kalanagan warga SKBM.

Contest SEO Eridy

Thursday, January 26, 2012

Majlis Perpisahan PK Ko

Perasaan sedih menyelubungi dewan terbuka SKBM
apabila Pn Nohayati memberikan ucapan

 Guru Besar SKBM memberikan peransang dan semangat
kepada Pn Norhayati dan pemergiannya amat dirasai

 Berpelukkan... dan amanat terakhir buat anak didik
di SKBM

Guru wanita tidak melepaskan  peluang bergambar bersama
Pn Norhayati.


Contest SEO Eridy

Monday, January 16, 2012

PK Ko Kurikulum Pulak Bertukar

Pn Norhayati bt Mohd

SK Bukit Mundok 16 Januari 2012. Belum lagi habis kejutan dengan En Raimi bertukar seorang lagi warga pendidik SKBM pula bertukar. Kali ini PK Ko Pn Norhayati yang akan bertukar ke Sekolah Kebangsaan Batu 29 yang berkuat kuasa hari ini. Walaupun sedikit sebanyak melegakan beliau kerana tidak perlu berulang alik jauh tetapi kesan mendalam bagi warga SKBM  tetap dirasakan. Beliau menumpahkan jasa bakti di SKBM  baru sahaja 6 bulan apabila mendaftarkan diri pada 12 Jun 2011. Segala jasa bakti sepanjang berkhidmat di SKBM sentiasa dihargai dan pasti dalam kenangan.

Contest SEO Eridy

Thursday, January 12, 2012

Kau Tetap Di Hati - Cikgu Raimi Syazuan

En Raimi Syazwan B Abd Rashid

SK Bukit Mundok 11 Januari 2012 Rabu. Sekali lagi SKBM dikejutkan dengan pertukaran guru. Kali ini pertukaran seorang guru yang disebut-sebut namanya oleh murid-murid SKBM jika ketiadaanya. Seorang guru yang berkalibar dalam pengajaran matapelajaran sains tahun 6. Walaubagaimana pun amanah tersebut segera disambut oleh Guru kepada En Raimi iaitu En Roslan b Embong. En Roslan (GPK HEM ) adalah guru sains En Raimi semasa beliau dibangku sekolah. Atas semangat ini, agar perjuangan ini dapat diteruskan dengan jayanya. Beliau akan bertukar di Sekolah Kebangsaan Sungai Tong, Setiu setelah 3 tahun menumpahkan jasa bakti beliau kepada anak didik SKBM. SKBM mengadakan majlis perhimpunan khas untuk En Raimi bagi memberi peluang beliau berucap dan majlis bersalaman mohon maaf dan restu guru kepada murid atas ilmu yang diberikan. YM Raja Khairuddin mewakili guru SKBM memohon ampun dan maaf atas segala ketelanjuran sepanjang beliau berada di SKBM, dan berharap agar beliau dapat menyesuaikan diri di tempat baru serta melonjakkan kebolehan yang ada ke tingkatan yang lebih tinggi.

                        Menurut Guru Besar En Rahiman b Mohamed, En Raimi adalah seorang pendidik yang sukar dicari ganti dan mendoakan agar En Raimi  cepat bertemu jodoh agar kehidupan En Raimi lebih sempurna dan teratur. Suasana sedih menyelubungi dewan terbuka SKBM bila En Raimi menyampaikan ucapan. Murid-murid dan ada beberapa orang guru menitiskan air mata dengan ucapan beliau dan dalam ucapannya beliau sempat menyampaikan amanat terakhir untuk pelajar-pelajar SKBM iaitu " satu sahaja yang saya nak ingatkan pada kamu semua, ambillah perhatian kepada guru mengajar dalam kelas kerana itulah satu-satunya ilmu pertama dan perlu diingat untuk bekalan kamu menjawab peperiksaan"kata mengakhiri ucapannya dan disambut dengan tepukan dari guru-guru dan murid-murid. Sesungguhnya kehilangann Raimi amat dirasai oleh semua warga SKBM. Semoga En Raimi maju jaya ditempat yang baru.



Contest SEO Eridy

Monday, September 26, 2011

Ustaz Fauzi PKHEM Bertukar


En Fauzi bin Ibrahim
Bertukar ke SK Kuala Setiu, Setiu

PK HEM baru 
En Roslan bin Embong dari
SK Jelapang, Setiu

SK Bukit Mundok 26 September 2011 Isnin. SKBM mengalami pertukaran guru lagi apabila PK HEM  En Fauzi bin Ibrahim akan bertukar ke SK Kuala Setiu Setiu.Pagi ini guru ganti Guru PK HEM yang baru En Roslan b Embong telah mendaftarkan diri dan dibawa melawat persekitaran sekolah oleh Guru Besar dan En Fauzi b Ibrahim. En Fauzi Ibrahim yang telah berkhidmat dan menumpahkan idea-idea yang bernas selama 3 bulan di SKBM. Ditemuramah oleh krew buletin SKBM pagi ini berkenaan perasaan beliau,beliau menjawab, "saya amat gembira dengan suasana di SKBM kerana pentadbiran yang mudah mesra dan baik.Kakitangan staf dan guru-guru juga cepat mesra dan suka membantu saya dalam menyelesaikan pelbagai kerja. Murid-murid pula mereka semuanya beradab dengan guru dan berdisiplin tinggi". Kesimpulannya "saya amat gembira berada di SKBM tetapi jarak yang terlalu jauh untuk berulang setiap hari yang menjadi halangan untuk saya terus berada di SKBM". Beliau mengambil kesempatan di ruang Buletin SKBM ini memohon kemaafan di atas segala kekurangan.
                  Guru Besar dalam majlis Sambutan Hari Raya peringkat sekolah semalam didalam ucapannya mengucapkan tahniah kerana disekolah baru En Fauzi akan berkhidmat sebagai Guru Penolong Kanan 1 dan selangkah untuk lagi naik pangkat ke Guru Besar. Beliau juga mengucapkan terimakasih atas sumbangan En Fauzi selama 3 bulan di SKBM dan berharap beliau dapat menyumbang khidmat dengan lebih cemerlang dan dedikasi disekolah baru. En Roslan b Embong telah berkhidmat selama 26 tahun dan beliau berusia 49 tahun. Beliau sebelum ini berkhidmat di SK Jelapang Setiu dan tinggal di Jalan Kemunting Pulau Manis Manir Terengganu. Perjalanan beliau mengambil masa setengah jam untuk sampai ke SKBM. Warga SKBM mengucapkan selamat Berkhidmat dan Bertugas di SKBM dan sama-sama menyumbang khidmat untuk anak bangsa di Bukit Mundok yang jauh dipedalaman.



Contest SEO Eridy

Monday, June 13, 2011

Ucapan Untuk GPK KO


SK Bukit Mundok 13 Jun 2011Isnin,    Melalui laman sosial Facebook Ilmu Amal Jaya (Motto SKBM) Guru Besar SKBM menyampaikan ucapan dan kata peransang kepada En Yusof atas pertukaran beliau. Bagi PK KO yang baru Guru Besar juga mengucapka selamat datang kepada beliau. Ucapan ini disampaikan melaui facebook adalah kerana beliau tidak hadir ke sekolah kerana terlibat dengan kursus pada minggu ini. "Sikap prihatin beliau terhadap  staf dan guru-guru di SKBM menjadikan kami sentiasa rasa dihargai " kata Encik Hanif, EIO SKBM apabila ditemui ketika membuka laman tersebut petang tadi.

Contest SEO Eridy

Sunday, June 12, 2011

PK KO KO PULAK BERPINDAH

SK Bukit Mundok 12 Jun 2011 Ahad. SKBM mengalami pertukaran guru lagi apabila PK Ko Kurikulum En Yusof b Wan Ahmad telah bertukar di SK Pancur Merah Setiu.Pagi ini guru ganti Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum telah diganti oleh Pn Norhayati dari SK Sungai Tong, Setiu Terengganu. Pertukaran silih berganti sudah menjadi adat dalam perkhidmatan ." KamiWarga SKBM mendoakan agar beliau lebih cemerlang  dalam perkhidmatan di sekolah baru itu nanti. Bagi yang baru masuk menggantikan beliau, kami berharap agar Pn Norhayati akan lebih tabah menghadapi ujian bersama kami disini dan menanamkan azam yang kuat dalam mendidik anak bangsa di SKBM ini", kata En Mohd Noor b Zakaria salah seorang diantara guru lama yang telah berkhidmat di SKBM.

Contest SEO Eridy

Wednesday, May 25, 2011

Jasamu Di Kenang

Selamat Berkhidmat
Di Sekolah Kebangsaan Putera Jaya


Motel Desa Kuala Terengganu 22 Mei 2011, Ahad. Jamuan Perpisahan En Razali Bin Sulaiman disambut sederhana tetapi meriah. Beliau berkata dalam ucapannya, " ini bukanlah majlis perpisahan bagi kita semua tetapi majlis memperingati rakan yang pernah berkhidmad di SKBM kerana walaupun saya berpindah tempat bertugas tetapi hati saya tetap di SKBM". Beliau berkata lagi kerjasama dan kemesraan seperti adik beradik antara guru-guru dan staf SKBM amat sukar ditandingi sepanjang perkhidmatan saya sebagai guru, termasuklah di sekolah yang baru". Beliau mendoakan agar semua rakan-rakan selamat maju jaya dalam menjalankan tugas. Bacaan doa selamat dibacakan oleh En Raja Khairuddin sebagai penghormatan kerana mendapat gelaran "Tok Ayah" iaitu cucu pertamanya 4 hari lalu.

Contest SEO Eridy

Tuesday, April 12, 2011

JASAMU DIKENANG

KERUSI BELUM PANAS
DAH BERTUKAR PULAK


Cikgu Mohd Razali bin Sulaiman GPK HEM bertukar ke
SK PUTERA JAYA. Selamat menjalankan tugas
di tempat baru. Jasa mu Tetap Dalam Ingatan



Contest SEO Eridy

Monday, February 21, 2011

JASAMU DIKENANG


JASAMU DIKENANG
SUMAI HOTEL APARTMENT menjadi pilihan untuk
MAJLIS JASAMU DIKENANG


Kalau ada sumur diladang.. boleh kami menumpang mandi..
Kalau ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi.

Keakraban sentiasa terjalin.. walaupun jauh di mata
tetapi dekat di hati

Warga SKBM tetap ceria

Ucapan dan salam kemaafan untuk warga SKBM

Kami mendoakan agar kalian sentiasa diberkati Allah hendaknya
Cenderahati sebagai tanda penghargaan dan kenangan


SK BUKIT MUNDOK,21 FEBUARI 2011 Isnin, Pertukaran guru dan staf paling ramai dalam sejarah SKBM. Seramai 7 orang guru termasuk Guru Besar SKBM telah bertukar kesekolah disekitar KualaTerengganu dan Besut. Mereka diraikan dalam majlis yang penuh kemeriahan dan suasana terharu dengan ucapan guru-guru yang bertukar.Majlis dimulakan dengan tayangan slide gambar-gambar guru yang bertukar disediakan oleh guru SKBM.
Ucapan dari staf bertukar dimulakan oleh En Badri EIO SKBM. Beliau berkata sepanjang berkhidmat di SKBM susah payah bersama dan beliau mengambil kesempatan memohon maaf atas kesilapan yang lalu. "Persahabatan ini tidak terhenti disini saya dan rakan-rakan di SKBM tetap berhubung melalui maya dan adalah pengunjung tetap blog sekolah untuk mengetahui perkembangan di SKBM," katanya. Ucapan seterusnya diteruskan oleh En Anua b Ahmad Rusdi mantan GPK HEM SKBM. Dalam ucapannya beliau merakamkan setinggi terima kasih diatas tunjuk ajar yang telah diberikan oleh guru besar En Sulaiman b Saian. Ini adalah kerana di SKBM lah beliau mula-mula menyandang jawatan Guru Penolong kanan dan banyak perkara yang perlu dipelajari. "Walaupun ketegasan beliau (En Sulaiman) adangkala membuat saya kurang senag tetapi bila berada di sekolah sekarang, ianya itu merupakan perkara biasa, kata beliau.
"Kalau ada jarum yang patah jangan simpan di dalam peti, kalau ada silap dan salah jangan simpan di dalam hati," kata Puan Hajjah Che Rahani memulakan ucapan dengan perasaan terharu. Banyak kenangan-kenangan manis yang tidak dapat dilupakan sepanjang berada di SKBM. Beliau berbangga sepanjang berada di SKBM sekolah dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya hasil dari kerjasama guru-guru. Pengerusi majlis En Abd Manaf sempat berseloroh katanya, "dengan bertukarnya Kak Ani, tiada lagi guru bersuara DJ di SKBM."
Puan Poziah mantan GPK Ko Kurikulum juga tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas tunjuk ajar dan kerjasama guru-guru di SKBM. Beliau juga memohon maaf diatas kesilapan yang pernah beliau lakukan saada disedari atau tidak. Diikuti oleh Puan Aida yang seminggu lalu mendapat surat pertukarannya. " Saya disana ( sekolah baru ) masih mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris dan pertukaran saya pun atas mengisi kekosongan guru matapelajaran Bahasa Inggeris".katanya. Pn Suzita tidak berucap kerana mengalami sakit tekak, dan ketika ditemui beliau menyampaikan salam serta memohon ampun dan maaf diatas segala silap dan salah sepanjang berada di SKBM. Beliau menambah lagi, kenangan di SKBM tidak akan dapat ditemui ditempat lain, kerana keakraban warga di SKBM seperti adik beradik.
En Zakaria b Salleh (YDP PIBG SKBM) memulakan ucapan dengan kata-kata yang selalu diulangi dalam mana-mana ucapan pertukaran guru. "Bukit Mundok ni kalau mula-mula masuk rasa segan, tapi bila masuk susah nak keluar.. rasa sayang." Beliau menyarankan kepada guru-guru agar jangan segan memohon pertolongan kepada pihak kampung. Beliau bercerita tentang susahnya cikgu-cikgu yang hendak datang mengajar di Bukit Mundok pada masa dahulu. YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua warga SKBM yang bersabar atas kesukaran untuk datang ke sekolah. Bersambung dengan laporan mantan GB dan GB SKBM...

Contest SEO Eridy

Thursday, January 6, 2011

JASAMU DIKENANG

SELAMAT BERTUGAS
DI SEKOLAH BARU

Pn Hajjah Che Rahani sinonim dengan panggilan
Kak Ani sentiasa tersenyum

Kami akan merindui Kak Ani


Ucapan terakhir untuk murid-murid SKBM
Selamat bertugas di sekolah baru
cikgu.. Jangan lupakan kami di
SKBM

SK BUKIT MUNDOK,6 JANUARI 2011. Khamis. Suasana pagi di SKBM pagi itu suram dan beberapa orang guru dan murid-murid menundukkan kepala mendengarkan ucapan dari Guru Penolong Kanan 1, Puan Hajjah Che Rahani. Ucapan terakhir beliau di SKBM. Ucapan perpisahan diseratai dengan ucapan kemaafan dan nasihat dari seorang guru kepada-muridnya.. Setelah berucap murid-murid bersalaman dengan Puan Hajjah Rahani. Beliau akan bertukar ke SK Gong Kapas. Kami warga SKBM mendoakan agar Kak Ani gembira selalu di sekolah baru dan lebih bermangat dalam mendidik anak bangsa. Ucapan berbanyak-banyak terima kasih yang tidak terhingga dari warga SKBM atas jasa yang telah dicurahkan semoga Allah sahaja yang membalasnya. InsyaAllah

Contest SEO Eridy

Sunday, September 19, 2010

Sembayang Hajat dan Penolong Kanan Baru

2
HARI LAGI
UPSR

Sembahyang Hajat diadakan bagi memohon restu
Allah S.W.T agar usaha selama ini membuahkan hasil
yang membanggakan


SK BUKIT MUNDOK, 19 September 2010. Diam tak diam cuma tinggal dua hari lagi pelajar-pelajar Tahun 6 akan menghadapi UPSR. Persiapan untuk menghadapi pertarungan sengit iaitu berhadapan dengan soalan-soalan yang bakal dihadapi telah pun dibuat daripada ilmu-ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru, terutamanya guru-guru Tahun 6. Cuma persiapan terakhir bagi memperkemaskan ingatan serta menjawab soalan-soalan ramalan guru yang kemungkinan dijangka akan keluar.
Dalam Perhimpunan Mingguan Pagi, pagi tadi Tuan Guru Besar memberi beberapa tips dan ingatan serta sentuhan terakhir bagi menaikkan semangat pelajar agar lebih bersungguh-sungguh dalam menjawab soalan yang bakal dihadapi nanti. Beliau juga mengingatkan supaya pelajar-pelajar sentiasa menjaga kesihatan agar tidak terganggu dalam menjawab soalan UPSR nanti. Turut memberikan peringatan ialah Guru Penolong Kanan 1 Puan Che Rohani, beliau menasihatkan pelajar-pelajar agar sentiasa berdamping dengan guru dan berbincang dengan rakan-rakan bagi topik yang dikira sukar. Beliau juga mengingatkan agar pelajar-pelajar mendapat tidur yang cukup serta tidak lupa untuk bersolat serta berdoa agar mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti.
Setelah perhimpunan, sekitar jam 8.45 pagi diadakan sembahyang hajat di bilik sembahyang sekolah. Majlis turut dihadiri oleh YDP PIBG En Zakaria b Salleh, ibubapa pelajar Tahun 6 serta guru-guru. Solat hajat dipimpin oleh Tuan Haji Harun, Imam Masjid Bukit Mundok. Setelah itu Majlis bacaan Yaasin diadakan bagi memohon keberkatan, memohon Allah memperkenankan hajat. Ucapan ringkas dari YDP PIBG menekankan agar ibubapa menguatkan berdoa dan solat hajat agar Allah memberikan kejayaan kepada anak-anak. Tuan Guru Besar juga memberikan ucapan ringkas dengan mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi datang walaupun kekangan masa dan pengorbanan ibubapa amatlah dihargai dalam membantu sekolah mencapai kecemerlangan. Majlis berakhir jam 10 pagi dengan sedikit jamuan ringan.

Cikgu Anua b Ahmad Rosdi dan Cikgu Poziah bt Aziz
SELAMAT BERTUKAR DAN BERKHIDMAD
KE SEKOLAH BARU
JASAMU DIKENANG

SELAMAT DATANG
Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Ko Kurikulum
baru mendaftarkan diri hari ini


Patah tumbuh.. Hilang berganti.. Begitulah kata pepatah Melayu. Cikgu Anua b Ahmad Rosdi Guru Penolong Kanan HEM kini telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Manir Kuala Terengganu bermula 14 September 2010. Beliau menumpahkan baktinya di SKBM sejak 1 Januari 2009. Beliau adalah GPK HEM yang disegani guru-guru kerana keramahannya serta pandai mengambil hati guru-guru. Puan Poziah bt Aziz pula kini berkidmat di Sekolah Kebangsaan Bukit Losong Kuala Terengganu, telah berkhidmat di SKBM bermula 18 Januari 2009. Beliau telah banyak menjayakan program-program sekolah dengan jayanya dan kehilangan belau amat dirasai. Jasa kalian berdua hanya Allah jua yang dapat membalasnya.

Yang pergi berganti sudah.. Semoga yang berganti adalah lebih baik daripada yang terbaik. En Mohd Razali bin Sulaiman sebelum ini mengajar di SK Jelapang, Setiu dan En Yusof bin Wan Ahmad pula sebelum ini mengajar di SK Alur Lek Kasar, Setiu. Mereka berdua telah mendaftarkan diri pagi ini. Kami warga SKBM mengucapkan Ahlan Wa Sahlan.. Selamat Datang kepada kedua-dua Penolong Kanan.. ke Sekolah Kebangsaan Bukit Mundok semoga segala pengalaman yang ada dapat dicurahkan kepada warga SKBM demi kecemerlangan anak bangsa.

Contest SEO Eridy

Wednesday, January 27, 2010

CIKGU ISYAR RASYIDI ISHAK BERTUKAR

Terima Kasih!!
Segala bakti ,jasa dan tugas kerja yang ditinggalkan hanya ucapan Ribuan Terima Kasih yang mampu diungkapkan atas segala kerjasama yang diberikan oleh beliau.

PENYERAHAN TUGAS


Tanggal 27 Januari 2010, maka berakhirlah tugas beliau di SKBM, sejak 2003 -2010. Selama hampir lapan tahun di sini, pelbagai pencapaian yang termampu beliau lakukan tanpa MENGIRA masa, waktu, susah payah,penat dan jemu tetap beliau usahakan sebaik boleh. Yang pasti kepuasan kerja dapat diperolehi.

Disini semua warga SKBM, mengucapkan selamat tinggal dan ribuan terima kasih atas segala jasa bakti yang ditinggalkan disini. Ini merupakan majlis pra-perpisahan warga SKBM dengan EN ISYAR RASYIDI ISHAK.

Semoga beliau teruskan usaha mendidik anak bangsa di sekolah yang baru, SK LKTP CHALOK BARAT, SETIU. dan memegang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan 1 (GKP 1)


KALI TERAKHIR DITEMPAT BELIAU SEBAGAI GURU SKBM (2003-2010)

MAJLIS PRA-PERPISAHAN CG ISYAR




Contest SEO Eridy

Wednesday, March 11, 2009

Sayonara Cikgu Farid

Ucapan akhir dari Cikgu Farid sebagai seorang guru di Sekolah Kebangsaan Bukit Mundok. Segala jasa bakti sepanjang berkhidmat di SKBM sentiasa dihargai dan pasti dalam kenangan.
Tenang setelah selesai ucapan akhir di SKBM. Jasa mu dikenang.







Salam dan ucapan selamat kepada Cikgu Farid dari komuniti SKBM

Contest SEO Eridy

:: SERTAI KAMI ::

Sekolah Kebangsaan Bukit Mundok
21500 Setiu, Terengganu.
Tel : 09-8240926
Fax: 09-8240450
Email: tba6074_skbm@yahoo.com.my
Paparan terbaik 1024x768
ILMU AMAL JAYA

Copyright © 2013 SK BUKIT MUNDOK. Designed for rozbh07

 
Hootoh Blog Hotooh Blog Entri Panas Tengkorak Harimau Blog Sapa Ceoh Pseudosupra Raimi Syazwan Blog Ilham Minda