2
HARI LAGI
UPSR

Sembahyang Hajat diadakan bagi memohon restu
Allah S.W.T agar usaha selama ini membuahkan hasil
yang membanggakan
SK BUKIT MUNDOK, 19 September 2010. Diam tak diam cuma tinggal dua hari lagi pelajar-pelajar Tahun 6 akan menghadapi UPSR. Persiapan untuk menghadapi pertarungan sengit iaitu berhadapan dengan soalan-soalan yang bakal dihadapi telah pun dibuat daripada ilmu-ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru, terutamanya guru-guru Tahun 6. Cuma persiapan terakhir bagi memperkemaskan ingatan serta menjawab soalan-soalan ramalan guru yang kemungkinan dijangka akan keluar.
Dalam Perhimpunan Mingguan Pagi, pagi tadi Tuan Guru Besar memberi beberapa tips dan ingatan serta sentuhan terakhir bagi menaikkan semangat pelajar agar lebih bersungguh-sungguh dalam menjawab soalan yang bakal dihadapi nanti. Beliau juga mengingatkan supaya pelajar-pelajar sentiasa menjaga kesihatan agar tidak terganggu dalam menjawab soalan UPSR nanti. Turut memberikan peringatan ialah Guru Penolong Kanan 1 Puan Che Rohani, beliau menasihatkan pelajar-pelajar agar sentiasa berdamping dengan guru dan berbincang dengan rakan-rakan bagi topik yang dikira sukar. Beliau juga mengingatkan agar pelajar-pelajar mendapat tidur yang cukup serta tidak lupa untuk bersolat serta berdoa agar mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti.
Setelah perhimpunan, sekitar jam 8.45 pagi diadakan sembahyang hajat di bilik sembahyang sekolah. Majlis turut dihadiri oleh YDP PIBG En Zakaria b Salleh, ibubapa pelajar Tahun 6 serta guru-guru. Solat hajat dipimpin oleh Tuan Haji Harun, Imam Masjid Bukit Mundok. Setelah itu Majlis bacaan Yaasin diadakan bagi memohon keberkatan, memohon Allah memperkenankan hajat. Ucapan ringkas dari YDP PIBG menekankan agar ibubapa menguatkan berdoa dan solat hajat agar Allah memberikan kejayaan kepada anak-anak. Tuan Guru Besar juga memberikan ucapan ringkas dengan mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi datang walaupun kekangan masa dan pengorbanan ibubapa amatlah dihargai dalam membantu sekolah mencapai kecemerlangan. Majlis berakhir jam 10 pagi dengan sedikit jamuan ringan.

Cikgu Anua b Ahmad Rosdi dan Cikgu Poziah bt Aziz
SELAMAT BERTUKAR DAN BERKHIDMAD
KE SEKOLAH BARU
JASAMU DIKENANG

SELAMAT DATANG
Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Ko Kurikulum
baru mendaftarkan diri hari ini
Patah tumbuh.. Hilang berganti.. Begitulah kata pepatah Melayu. Cikgu Anua b Ahmad Rosdi Guru Penolong Kanan HEM kini telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Manir Kuala Terengganu bermula 14 September 2010. Beliau menumpahkan baktinya di SKBM sejak 1 Januari 2009. Beliau adalah GPK HEM yang disegani guru-guru kerana keramahannya serta pandai mengambil hati guru-guru. Puan Poziah bt Aziz pula kini berkidmat di Sekolah Kebangsaan Bukit Losong Kuala Terengganu, telah berkhidmat di SKBM bermula 18 Januari 2009. Beliau telah banyak menjayakan program-program sekolah dengan jayanya dan kehilangan belau amat dirasai. Jasa kalian berdua hanya Allah jua yang dapat membalasnya.
Yang pergi berganti sudah.. Semoga yang berganti adalah lebih baik daripada yang terbaik. En Mohd Razali bin Sulaiman sebelum ini mengajar di SK Jelapang, Setiu dan En Yusof bin Wan Ahmad pula sebelum ini mengajar di SK Alur Lek Kasar, Setiu. Mereka berdua telah mendaftarkan diri pagi ini. Kami warga SKBM mengucapkan Ahlan Wa Sahlan.. Selamat Datang kepada kedua-dua Penolong Kanan.. ke Sekolah Kebangsaan Bukit Mundok semoga segala pengalaman yang ada dapat dicurahkan kepada warga SKBM demi kecemerlangan anak bangsa.

0 Maklumbalas:
Post a Comment