Koleksi Contoh Soalan Peperisaan KSSR. Download KSSR Exam Paper di Bank Soalan KSSR Majlis Perpisahan 3P 1G

PENDIDIKAN


copyright@ 2013 SKBUKIT MUNDOK| Semua Hak Dilindungi | Designed for SKBM (RBH). Powered by Blogger.

Thursday, February 23, 2012

Majlis Perpisahan 3P 1G


Mereka yang dirai...
Mantan Tuan Guru Besar SKBM En Rahiman,
Pn Norhayati, Ustaz Fauzi (3Pentadbiran)
En Raimi (1Guru)


Ucapan terakhir untuk yang diraikan










 Cenderamata sebagai kenang-kenangan...
Jasamu Tetap Dikenang


 Gosip dan usik-mengusik bagi warga SKBM 
tidak akan ditemui disekolah lain..

Kuala Terengganu 23 Febuari 2012 Khamis. Majlis Perpisahan empat orang warga SKBM termasuk Guru Besar berlangsung di Hotel Tanjung Vista. Majlis yang ringkas tetapi penuh makna dengan kata-kata peransang buat warga SKBM agar terus maju. Ucapan alu-aluan disampaikan oleh pemangku guru besar merangkap Guru Penolong Kanan 1 Puan Noraini bte Harun membuka tirai bicara majlis dengan mengucapkan bernbanyak terima kasih kepada semua yang diraikan kerana sumbangan yang besar kepada sekolah. Guru Besar yang banyak memberi tunjuk ajar kepada semua warga SKBM dan program yang telah dirancang beliau akan diteruskan.Cikgu Raimi yang bertukar di sekolah SK Sungai Tong Setiu, beliau mengucapkan berbanyak terima kasih dan SKBM tetap dihati dan tetap bersama walaupun dialam maya melalui facebook Ilmu Amal Jaya dan Buletin SKBM.Puan Norhayati dalam ucapannya berkata, kenangan di indah di SKBM merupakan kenangan yang tidak akan dapat dimana-mana sekolah lain, dan berbanding sekolah baru tempat beliau bertugas, SKBM adalah yang terbaik. Begitu juga Encik Fauzi yang bertukar di SK Saujana berkata, jikalau tidak kerana melibatkan perjalanan 140km berulang alaik dari rumah ke SKBM beliau tidak akan memohon pertukaran kerana SKBM tetap dihati.
                Ucapan Mantan Guru Besar SKBM mengakhiri ucapan dalam majlis perpisahan, beliau mengucapkan berbanyak terima kasih atas kerjasama yang amat baik dikalangan guru,staf dan orang-orang kampung sepanjang beliau memimpin SKBM selama setahun lebih.Kenangan di SKBM tetap menjadi sebutan dimana sahaja beliau berada. Beliau sedia membantu jika ada apa-apa perkhidmatan diperlukan. Beliau berharap perjuangan untuk anak bangsa di SKBM harus diteruskan sebaik mungkin kerana guru-guru di SKBM adalah yang terbaik..Beliau memohon ampun dan maaf dari semua warga SKBM jika ada terkasar bahasa secara sengaja atau tidak. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati, bacaan doa dan jamuan makan.

Contest SEO Eridy

0 Maklumbalas:

:: SERTAI KAMI ::

Sekolah Kebangsaan Bukit Mundok
21500 Setiu, Terengganu.
Tel : 09-8240926
Fax: 09-8240450
Email: tba6074_skbm@yahoo.com.my
Paparan terbaik 1024x768
ILMU AMAL JAYA

Copyright © 2013 SK BUKIT MUNDOK. Designed for rozbh07

 
Hootoh Blog Hotooh Blog Entri Panas Tengkorak Harimau Blog Sapa Ceoh Pseudosupra Raimi Syazwan Blog Ilham Minda