Koleksi Contoh Soalan Peperisaan KSSR. Download KSSR Exam Paper di Bank Soalan KSSR JASAMU DIKENANG

PENDIDIKAN


copyright@ 2013 SKBUKIT MUNDOK| Semua Hak Dilindungi | Designed for SKBM (RBH). Powered by Blogger.

Monday, February 21, 2011

JASAMU DIKENANG


JASAMU DIKENANG
SUMAI HOTEL APARTMENT menjadi pilihan untuk
MAJLIS JASAMU DIKENANG


Kalau ada sumur diladang.. boleh kami menumpang mandi..
Kalau ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi.

Keakraban sentiasa terjalin.. walaupun jauh di mata
tetapi dekat di hati

Warga SKBM tetap ceria

Ucapan dan salam kemaafan untuk warga SKBM

Kami mendoakan agar kalian sentiasa diberkati Allah hendaknya
Cenderahati sebagai tanda penghargaan dan kenangan


SK BUKIT MUNDOK,21 FEBUARI 2011 Isnin, Pertukaran guru dan staf paling ramai dalam sejarah SKBM. Seramai 7 orang guru termasuk Guru Besar SKBM telah bertukar kesekolah disekitar KualaTerengganu dan Besut. Mereka diraikan dalam majlis yang penuh kemeriahan dan suasana terharu dengan ucapan guru-guru yang bertukar.Majlis dimulakan dengan tayangan slide gambar-gambar guru yang bertukar disediakan oleh guru SKBM.
Ucapan dari staf bertukar dimulakan oleh En Badri EIO SKBM. Beliau berkata sepanjang berkhidmat di SKBM susah payah bersama dan beliau mengambil kesempatan memohon maaf atas kesilapan yang lalu. "Persahabatan ini tidak terhenti disini saya dan rakan-rakan di SKBM tetap berhubung melalui maya dan adalah pengunjung tetap blog sekolah untuk mengetahui perkembangan di SKBM," katanya. Ucapan seterusnya diteruskan oleh En Anua b Ahmad Rusdi mantan GPK HEM SKBM. Dalam ucapannya beliau merakamkan setinggi terima kasih diatas tunjuk ajar yang telah diberikan oleh guru besar En Sulaiman b Saian. Ini adalah kerana di SKBM lah beliau mula-mula menyandang jawatan Guru Penolong kanan dan banyak perkara yang perlu dipelajari. "Walaupun ketegasan beliau (En Sulaiman) adangkala membuat saya kurang senag tetapi bila berada di sekolah sekarang, ianya itu merupakan perkara biasa, kata beliau.
"Kalau ada jarum yang patah jangan simpan di dalam peti, kalau ada silap dan salah jangan simpan di dalam hati," kata Puan Hajjah Che Rahani memulakan ucapan dengan perasaan terharu. Banyak kenangan-kenangan manis yang tidak dapat dilupakan sepanjang berada di SKBM. Beliau berbangga sepanjang berada di SKBM sekolah dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya hasil dari kerjasama guru-guru. Pengerusi majlis En Abd Manaf sempat berseloroh katanya, "dengan bertukarnya Kak Ani, tiada lagi guru bersuara DJ di SKBM."
Puan Poziah mantan GPK Ko Kurikulum juga tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas tunjuk ajar dan kerjasama guru-guru di SKBM. Beliau juga memohon maaf diatas kesilapan yang pernah beliau lakukan saada disedari atau tidak. Diikuti oleh Puan Aida yang seminggu lalu mendapat surat pertukarannya. " Saya disana ( sekolah baru ) masih mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris dan pertukaran saya pun atas mengisi kekosongan guru matapelajaran Bahasa Inggeris".katanya. Pn Suzita tidak berucap kerana mengalami sakit tekak, dan ketika ditemui beliau menyampaikan salam serta memohon ampun dan maaf diatas segala silap dan salah sepanjang berada di SKBM. Beliau menambah lagi, kenangan di SKBM tidak akan dapat ditemui ditempat lain, kerana keakraban warga di SKBM seperti adik beradik.
En Zakaria b Salleh (YDP PIBG SKBM) memulakan ucapan dengan kata-kata yang selalu diulangi dalam mana-mana ucapan pertukaran guru. "Bukit Mundok ni kalau mula-mula masuk rasa segan, tapi bila masuk susah nak keluar.. rasa sayang." Beliau menyarankan kepada guru-guru agar jangan segan memohon pertolongan kepada pihak kampung. Beliau bercerita tentang susahnya cikgu-cikgu yang hendak datang mengajar di Bukit Mundok pada masa dahulu. YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua warga SKBM yang bersabar atas kesukaran untuk datang ke sekolah. Bersambung dengan laporan mantan GB dan GB SKBM...

Contest SEO Eridy

0 Maklumbalas:

:: SERTAI KAMI ::

Sekolah Kebangsaan Bukit Mundok
21500 Setiu, Terengganu.
Tel : 09-8240926
Fax: 09-8240450
Email: tba6074_skbm@yahoo.com.my
Paparan terbaik 1024x768
ILMU AMAL JAYA

Copyright © 2013 SK BUKIT MUNDOK. Designed for rozbh07

 
Hootoh Blog Hotooh Blog Entri Panas Tengkorak Harimau Blog Sapa Ceoh Pseudosupra Raimi Syazwan Blog Ilham Minda