JASAMU DI KENANG
Majlis diadakan di Restoran Beteng
Taman Tamadun Islam
Pulau Wan Man
Selamat bertugas di tempat baru
Cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan
KUALA TERENGGANU, Pulau Wan Man 1 JUN 2010. Selasa. Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik Bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik di kenang jua. Begitulah serangkap pantun sebagai pembuka bicara dari pengerusi majlis untuk majlis jamuan perpisahan En Isyar Rashidi dan En Muhammad Zuki. Mereka telah banyak memberi sumbangan bakti kepada SKBM. En Isyar Rashidi seorang guru yang berdedikasi telah bertugas di SKBM bermula Januari 2003. Setelah menabur jasa di SKBM selama lebih kurang 7 tahun beliau dinaikkan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran di Sekolah LKTP Chalok Barat Setiu. Sumbangan dan idea beliau selama bertugas di SKBM amat-amat menyumbang kepada pembaharuan sukan sekolah. En Muhammad Zuki adalah Pembantu Am Pejabat, telah bertugas dari 1 Januari 2006 hingga 15 November 2009. Beliau banyak membantu memudahkan urusan guru-guru dan pentadbiran sekolah sepanjang beliau berkhidmad di SKBM. Sikap beliau yang mudah mesra serta keperihatinan beliau terhadap tugas meyebabkan guru-guru amat terasa akan kehilangan beliau di SKBM. Beliau sekarang bertugas di Jabatan Pelajaran Terengganu di bahagian Unit Kewangan.
Majlis di mulakan oleh ucapan pengerusi majlis oleh Cikgu Abdul Manaf. Bagi memberkati majlis bacaan doa di bacakan oleh ustaz Ezani.Selepas itu ucapan Tuan Guru Besar En Sulaiman b Saian dan diikuti Ucapan ringkas dari Pengerusi PIBG En Zakaria bin Saleh. Encik Isyar Rashidi diberi peluang berucap sekali gus mewakili Encik Muhammad Zuki. Majlis di akhiri dengan penyampaian cenderahati kepada yang dirai sebagai tanda kenang-kenangan. Penyampaian cenderahati itu disempurnakan oleh Tuan Guru Besar En Sulaiman bin Saian.
0 Maklumbalas:
Post a Comment