Koleksi Contoh Soalan Peperisaan KSSR. Download KSSR Exam Paper di Bank Soalan KSSR CERAMAH MOTIVASI KEIBUBAPAAN & PENYAMPAIAN HADIAH KECEMERLANGAN PERTENGAHAN TAHUN 2010

PENDIDIKAN


copyright@ 2013 SKBUKIT MUNDOK| Semua Hak Dilindungi | Designed for SKBM (RBH). Powered by Blogger.

Thursday, July 8, 2010

CERAMAH MOTIVASI KEIBUBAPAAN & PENYAMPAIAN HADIAH KECEMERLANGAN PERTENGAHAN TAHUN 2010



Ibu bapa menanda tangani slip peperiksaan
Pertengahan Tahun 2010
Kehadiran Penceramah Tn Haji Mohd Omar b Ujang
disambut oleh Guru Besar En Sulaiman bin Saian

Ucapan dimulakan oleh Tuan Guru Besar En Sulaiman bin Saian,
YDP PIBG En Zakaria bin Saleh dan
Penceramah Motivasi Tn Haji Mohd Omar bin Ujang

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh
Penceramah Motivasi Tn Haji Mohd Omar b Ujang

Pada sebelah malamnya pula diadakan sembahyang hajat
bagi mendoakan kejayaan murid-murid yang bakal
menghadapi UPSR tahun ini

SK BUKIT MUNDOK, 8 Julai 2010. Khamis Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pertengahan Tahun 2010 telah diadakan dengan jayanya disertai ibubapa, pelajar terlibat serta warga SKBM. Majlis di mulakan dengan ibubapa menandatangani slip peperiksaan murid-murid mengikut kelas serta mendapat penjelasan tentang tahap kemajuan anak-anak mereka. Kehadiran ibubapa di luar jangkaan dan majlis diteruskan dengan ucapan dari Guru Besar dan YDP PIBG SKBM. Ibubapa dan guru-guru di hidangkan dengan motivasi keibubapaan yang disampaikan oleh penceramah undangan dari biro tatanegara Tuan Haji Mohd Omar bin Ujang.
Penyampaian menarik dari tuan penceramah membuatkan ibubapa pelajar tidak berganjak dan terpaku apabila beliau menceritakan pengalaman beliau di luar negara. Tambah beliau lagi kehidupan yang ada sekarang dari segi ke amanan serta kemudahan menuntut ilmu pengetahuan haruslah disyukuri berbanding di negara-negara luar yang sentiasa dihimpit kesusahan. Beliau menyatakan rasa kagum dan terpegun dengan kesungguhan guru besar dan guru-guru dalam menjayakan majlis dengan amat sempurna malah di lengkapi oleh alat-alatan canggih sepertimana di bandar.Penyampaian hadiah kepada pelajar yang menduduki tempat pertama, kedua dan ketiga dalam kelas disempurnakan oleh penceramah motivasi Tuan Haji Mohd Omar bin Ujang.
Pada sebelah malamnya pula majlis sembahyang hajat dia adakan di Masjid Bukit Mundok bagi mendoakan pelajar-pelajar Tahun 6 akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Sebelum azan Magrib berkumandang Guru-guru, ibubapa dan murid-murid memenuhi ruang masjid bagi menunaikan solat Magrib. Setelah itu bacaan Yaasin di bacakan secara beramai-ramai dan selepas daripada itu sembahyang hajat diadakan agar murid-murid Tahun 6 yang menghadapi UPSR tahun ini mendapat kejayaan yang cemerlang. Setelah solat Isyak, para jemaah bersalaman dan terpancar kemesraan antara ibubapa dan guru SKBM.




Contest SEO Eridy

0 Maklumbalas:

:: SERTAI KAMI ::

Sekolah Kebangsaan Bukit Mundok
21500 Setiu, Terengganu.
Tel : 09-8240926
Fax: 09-8240450
Email: tba6074_skbm@yahoo.com.my
Paparan terbaik 1024x768
ILMU AMAL JAYA

Copyright © 2013 SK BUKIT MUNDOK. Designed for rozbh07

 
Hootoh Blog Hotooh Blog Entri Panas Tengkorak Harimau Blog Sapa Ceoh Pseudosupra Raimi Syazwan Blog Ilham Minda