Koleksi Contoh Soalan Peperisaan KSSR. Download KSSR Exam Paper di Bank Soalan KSSR PENYERAHAN E-BOOK 2010

PENDIDIKAN


copyright@ 2013 SKBUKIT MUNDOK| Semua Hak Dilindungi | Designed for SKBM (RBH). Powered by Blogger.

Wednesday, July 21, 2010

PENYERAHAN E-BOOK 2010



YB Haji Asha'ari Bin Idris. AMN, AMT, PJK ADUN Langkap
menyampaikan ucapan dan menyatakan hasrat kerajaan Negeri Terengganu



Penyampaian e-book disempurnakan oleh
YB Haji Asha'ari Bin Idris
(ADUN LANGKAP)

Barisan Guru Besar yang mengiringi murid-murid tahun 5
semasa penyerahan e-book



TERIMA KASIH
KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
Penyerahan e-book dari Guru Besar kepada
murid-murid Tahun 5 SKBM

Penggunaan e-book bermula
pada awal pagi bagi matapelajaran Pengajian Islam

SMK CHALOK, 19 Julai 2010. Isnin. Murid-murid Tahun 5 disetiap sekolah di daerah Setiu berserta dengan ibubapa diminta hadir ke Dewan SMK Chalok untuk menghadiri Majlis Penyerahan e-book daripada kerajaan Negeri Terengganu. Tidak ketinggalan bagi pelajar-pelajar di SK Bukit Munduk seramai 20 orang murid terlibat.
Jam 8.30 pagi murid-murid, guru pengiring dan Guru Besar serta ibu bapa memenuhi ruang dewan. Majlis bermula dengan ucapan pengerusi diikuti oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Tuan Haji Kifayatu Allah bin Dato' Haji Mohd Said. YB Haji Asha'ari Bin Idris. AMN, AMT, PJK ADUN Langkap, juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri Terengganu dan beliau mewakili kerajaan Negeri Terengganu bagi menyempurnakan mandat dan hasrat kerajaan. Beliau menyentuh soal generasi lama dan baru, betapa amat perlu menoleh kebelakang serta mengkaji bahawa kesusahan keluarga tidak semestinya diwarisi kepada generasi akan datang. Tembok penghalang perlu dipecahkan bagi menjana perubahan dan memacu generasi baru mencapai wawasan 2020 seperti yang diharapkan oleh kerajaan. YB Tuan Haji Asha'ari menyempurnakan penyerahan e-book kepada semua murid Tahun5.
Menurut Guru Besar SKBM, En Sulaiman bin Saian yang ditemui hari ini berkata sudah tiba masanya pelajar-pelajar terutamanya di luar bandar menikmati kemudahan-kemudahan seperti murid-murid dibandar dan dapat bersaing tanpa rasa janggal apabila bersama-sama murid di bandar apabila mereka meninggalkan bangku sekolah nanti. Menurut beliau lagi penggunaan e-book ini juga dapat menambahkan minat murid belajar dan menjana kecemerlangan disamping merealisasikan pembangunan modal insan yang ingin dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan atau lebih awal lagi. Harapan beliau lagi agar Pengajaran dan Pembelajaran guru dan murid lebih efektif dan berkesan dengan adanya e-book ini. Beliau juga berharap agar jaringan jalur lebar dapat diperluaskan lagi ke kawasan pedalaman seperti di Kampung Bukit Mundok agar penggunaan e-book dapat dimanafaatkan dengan sebaik mungkin.

Contest SEO Eridy

0 Maklumbalas:

:: SERTAI KAMI ::

Sekolah Kebangsaan Bukit Mundok
21500 Setiu, Terengganu.
Tel : 09-8240926
Fax: 09-8240450
Email: tba6074_skbm@yahoo.com.my
Paparan terbaik 1024x768
ILMU AMAL JAYA

Copyright © 2013 SK BUKIT MUNDOK. Designed for rozbh07

 
Hootoh Blog Hotooh Blog Entri Panas Tengkorak Harimau Blog Sapa Ceoh Pseudosupra Raimi Syazwan Blog Ilham Minda