SK BUKIT MUNDOK , 21 Oktober 2010, Khamis. Sekali lagi SKBM mengadakan lawatan, kali ini ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Seawal pagi sekitar pukul 7.15 pagi pelajar-pelajar yang mengikuti rombongan telah berhimpun di dataran Masjid Kampung Bukit Aman. Guru Pengiring En Andul Manaf b Abdullah dan En Abu Bakar Sukram memastikan segala persiapan berjalan lancar. Suatu yang istimewanya lawatan kali ini ialah ianya turut disertai oleh Tuan Guru Besar En Sulaiman b Saian. Walaupun dalam kesibukan dengan pelbagai urusan, masih lagi beliau dapat meluangkan masa untuk pelajar-pelajar. Sikap prihatin yang beliau tunjukkan memikat hati pelajar-pelajar untuk sentiasa berdamping dengannya. Setelah doa selamat dibacakan, bas yang membawa pelajar-pelajar untuk lawatan ini berlepas pada pukul 7.50pagi.

1 Maklumbalas:
wow posing habis ambk gambar......
Post a Comment