Koleksi Contoh Soalan Peperisaan KSSR. Download KSSR Exam Paper di Bank Soalan KSSR July 2010

PENDIDIKAN


copyright@ 2013 SKBUKIT MUNDOK| Semua Hak Dilindungi | Designed for SKBM (RBH). Powered by Blogger.

Wednesday, July 28, 2010

TAHNIAH,,,,


KUALA TERENGGANU 28 JULAI 2010. Rabu. Suatu lagi penghargaan telah dicatitkan oleh SKBM apabila SK Bukit Mundok telah dinobatkan sebagai Naib Johan bagi kategori dapor asrama terbersih. Pertandingan Kebersihan premis makanan peringkat Daerah Negeri Terengganu 2010. Pertandingan ini adalah anjuran Pebajat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Bahagian Kerajaan Tempatan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.
Guru Besar, En Sulaiman b Saian yang ditemui tengahari tadi turut berasa bangga kerana SKBM memenangi pertandingan tersebut. Begitu juga dengan Penyeli Asrama SKBM, En Shaharman turut berasa gembira dan berpuasahati atas kejayaan ini. Beliau menyatakan pertandingan seperti ini patut diteruskan dan kebersihan kantin asrama patut dikekalkan malah ditambah baikkan dari masa kesemasa. Ini adalah kerana kantin yang bersih menjaman kesihatan pelajar. Pn Maimon bt Abdullah pengusaha kantin asarama turut menerima sijil penghargaan dan wang tunai RM300.

Contest SEO Eridy

Wednesday, July 21, 2010

PENYERAHAN E-BOOK 2010



YB Haji Asha'ari Bin Idris. AMN, AMT, PJK ADUN Langkap
menyampaikan ucapan dan menyatakan hasrat kerajaan Negeri Terengganu



Penyampaian e-book disempurnakan oleh
YB Haji Asha'ari Bin Idris
(ADUN LANGKAP)

Barisan Guru Besar yang mengiringi murid-murid tahun 5
semasa penyerahan e-book



TERIMA KASIH
KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
Penyerahan e-book dari Guru Besar kepada
murid-murid Tahun 5 SKBM

Penggunaan e-book bermula
pada awal pagi bagi matapelajaran Pengajian Islam

SMK CHALOK, 19 Julai 2010. Isnin. Murid-murid Tahun 5 disetiap sekolah di daerah Setiu berserta dengan ibubapa diminta hadir ke Dewan SMK Chalok untuk menghadiri Majlis Penyerahan e-book daripada kerajaan Negeri Terengganu. Tidak ketinggalan bagi pelajar-pelajar di SK Bukit Munduk seramai 20 orang murid terlibat.
Jam 8.30 pagi murid-murid, guru pengiring dan Guru Besar serta ibu bapa memenuhi ruang dewan. Majlis bermula dengan ucapan pengerusi diikuti oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Tuan Haji Kifayatu Allah bin Dato' Haji Mohd Said. YB Haji Asha'ari Bin Idris. AMN, AMT, PJK ADUN Langkap, juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri Terengganu dan beliau mewakili kerajaan Negeri Terengganu bagi menyempurnakan mandat dan hasrat kerajaan. Beliau menyentuh soal generasi lama dan baru, betapa amat perlu menoleh kebelakang serta mengkaji bahawa kesusahan keluarga tidak semestinya diwarisi kepada generasi akan datang. Tembok penghalang perlu dipecahkan bagi menjana perubahan dan memacu generasi baru mencapai wawasan 2020 seperti yang diharapkan oleh kerajaan. YB Tuan Haji Asha'ari menyempurnakan penyerahan e-book kepada semua murid Tahun5.
Menurut Guru Besar SKBM, En Sulaiman bin Saian yang ditemui hari ini berkata sudah tiba masanya pelajar-pelajar terutamanya di luar bandar menikmati kemudahan-kemudahan seperti murid-murid dibandar dan dapat bersaing tanpa rasa janggal apabila bersama-sama murid di bandar apabila mereka meninggalkan bangku sekolah nanti. Menurut beliau lagi penggunaan e-book ini juga dapat menambahkan minat murid belajar dan menjana kecemerlangan disamping merealisasikan pembangunan modal insan yang ingin dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan atau lebih awal lagi. Harapan beliau lagi agar Pengajaran dan Pembelajaran guru dan murid lebih efektif dan berkesan dengan adanya e-book ini. Beliau juga berharap agar jaringan jalur lebar dapat diperluaskan lagi ke kawasan pedalaman seperti di Kampung Bukit Mundok agar penggunaan e-book dapat dimanafaatkan dengan sebaik mungkin.

Contest SEO Eridy

Thursday, July 8, 2010

CERAMAH MOTIVASI KEIBUBAPAAN & PENYAMPAIAN HADIAH KECEMERLANGAN PERTENGAHAN TAHUN 2010



Ibu bapa menanda tangani slip peperiksaan
Pertengahan Tahun 2010
Kehadiran Penceramah Tn Haji Mohd Omar b Ujang
disambut oleh Guru Besar En Sulaiman bin Saian

Ucapan dimulakan oleh Tuan Guru Besar En Sulaiman bin Saian,
YDP PIBG En Zakaria bin Saleh dan
Penceramah Motivasi Tn Haji Mohd Omar bin Ujang

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh
Penceramah Motivasi Tn Haji Mohd Omar b Ujang

Pada sebelah malamnya pula diadakan sembahyang hajat
bagi mendoakan kejayaan murid-murid yang bakal
menghadapi UPSR tahun ini

SK BUKIT MUNDOK, 8 Julai 2010. Khamis Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pertengahan Tahun 2010 telah diadakan dengan jayanya disertai ibubapa, pelajar terlibat serta warga SKBM. Majlis di mulakan dengan ibubapa menandatangani slip peperiksaan murid-murid mengikut kelas serta mendapat penjelasan tentang tahap kemajuan anak-anak mereka. Kehadiran ibubapa di luar jangkaan dan majlis diteruskan dengan ucapan dari Guru Besar dan YDP PIBG SKBM. Ibubapa dan guru-guru di hidangkan dengan motivasi keibubapaan yang disampaikan oleh penceramah undangan dari biro tatanegara Tuan Haji Mohd Omar bin Ujang.
Penyampaian menarik dari tuan penceramah membuatkan ibubapa pelajar tidak berganjak dan terpaku apabila beliau menceritakan pengalaman beliau di luar negara. Tambah beliau lagi kehidupan yang ada sekarang dari segi ke amanan serta kemudahan menuntut ilmu pengetahuan haruslah disyukuri berbanding di negara-negara luar yang sentiasa dihimpit kesusahan. Beliau menyatakan rasa kagum dan terpegun dengan kesungguhan guru besar dan guru-guru dalam menjayakan majlis dengan amat sempurna malah di lengkapi oleh alat-alatan canggih sepertimana di bandar.Penyampaian hadiah kepada pelajar yang menduduki tempat pertama, kedua dan ketiga dalam kelas disempurnakan oleh penceramah motivasi Tuan Haji Mohd Omar bin Ujang.
Pada sebelah malamnya pula majlis sembahyang hajat dia adakan di Masjid Bukit Mundok bagi mendoakan pelajar-pelajar Tahun 6 akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Sebelum azan Magrib berkumandang Guru-guru, ibubapa dan murid-murid memenuhi ruang masjid bagi menunaikan solat Magrib. Setelah itu bacaan Yaasin di bacakan secara beramai-ramai dan selepas daripada itu sembahyang hajat diadakan agar murid-murid Tahun 6 yang menghadapi UPSR tahun ini mendapat kejayaan yang cemerlang. Setelah solat Isyak, para jemaah bersalaman dan terpancar kemesraan antara ibubapa dan guru SKBM.




Contest SEO Eridy

:: SERTAI KAMI ::

Sekolah Kebangsaan Bukit Mundok
21500 Setiu, Terengganu.
Tel : 09-8240926
Fax: 09-8240450
Email: tba6074_skbm@yahoo.com.my
Paparan terbaik 1024x768
ILMU AMAL JAYA

Copyright © 2013 SK BUKIT MUNDOK. Designed for rozbh07

 
Hootoh Blog Hotooh Blog Entri Panas Tengkorak Harimau Blog Sapa Ceoh Pseudosupra Raimi Syazwan Blog Ilham Minda