Koleksi Contoh Soalan Peperisaan KSSR. Download KSSR Exam Paper di Bank Soalan KSSR April 2011

PENDIDIKAN


copyright@ 2013 SKBUKIT MUNDOK| Semua Hak Dilindungi | Designed for SKBM (RBH). Powered by Blogger.

Tuesday, April 19, 2011

SKBM dan SKLubuk Teras JOHAN BOLA BALING MSS ZON SETIU TIMUR 20011

 Bersemangat... Guru-guru Besar sekolah-sekolah yang
 bertandingturut memberi sokongan kepada pemain

Habis suara....
Penentu Johan Bola Baling Lelaki antara SKBM dan SK Kg Fikri.


 SKBM menentang Juara Bola Baling MSS Zon Setiu Timur..
SKBM di tempat ke tiga

Majlis Penutup dan Penyampaian hadiah diadakan 
di dewan SKBM


Mohd Shahril penyerang utama SKBM.
SKBM Johan katogeri Lelaki

Kami Juara...!!!! Tahniah 
 SK Lubuk Teras menjuari Bola Baling kategori Perempuan

SK BUKIT MUNDOK, 19 April 2011 Isnin Perlawanan suku akhir dan akhir ditentukan hari ini dimana tujuh buah sekolah bertanding iaitu SKBM, SK Lubuk Teras, SK Tayor, SK Sungai Las, SK Kg Fikri, SK Seri Langkap dan SK Kampung Jaya.
                Keputusan perlawanan akhir ialah katogeri lelaki SKBM telah menjadi johan setelah melawan SK Kg Fikri 7 - 4. Manakala katogeri perempuan pula SK Lubuk Teras menjadi Johan setelah menang diperingkat akhir menentang SK Tayor 2 -1. Manakala tempat ke 3 dan ke 4 pula, Katogeri lelaki SK Seri Langkap menentang SK Jaya, SK Langkap menang 5 - 1. Bagi katogeri perempuan pula SKBM mendapat tempat ke tiga setelah menewaskan SK Sg Las 4 - 0.
                  Guru Besar Tuan rumah SKBM En Rahiman b Mohamed dalam ucapan penutup kejohanan berkata kerjasama dan komitmen guru-guru zon Setiu Timur sungguh tinggi dan beliau berharap agar pemain-pemain di zon ini akan dapat pergi jauh lagi hingga ke peringkat daerah atau negeri. Beliau mengucapkan tahniah kepada pemain-pemain yang terpilih mewakili Zon Setiu Timur dan berharap agar lebih bersemangat dalam melonjakkan diri keperingkat yang lebih tinggi. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Guru Besar SK Lubuk Teras En Zainuddin bin Dollah dan Guru Besar SKBM En Rahiman b Mohamed.


Contest SEO Eridy

Monday, April 18, 2011

KEJOHANAN BOLA BALING ZON SETIU TIMUR

SKBM selaku tuan rumah kejohanan 

Urusetia dan penonton dari kalangan ibubapa   

Aduuhh sakitnyaa... Demi SKBM  tercinta 
sanggup ku hadapi jua.

SK BUKIT MUNDOK, 18 April 2011 Isnin SKBM dan SK Sungai Las dipilih untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Bola Baling MSS Zon Setiu Timur 2011 dan separuh akhir di SKBM. Pertandingan yang bermula pukul 9.00 pagi berakhir 12.30 tengahari menyaksikan persaingan sengit antara sekolah-sekolah Zon Setiu Timur. Bagi padang SKBM, Johan pertandingan bagi lelaki ialah SKBM dan Naib Johan SK Fikri. Bahagian perempuan pula Johan pertandingan SK Tayor dan Naib Johan SKBM. Esok penentuan separuh akhir dan akhir Kejohanan Bola Baling Zon Setiu Timur.

Contest SEO Eridy

Tuesday, April 12, 2011

JASAMU DIKENANG

KERUSI BELUM PANAS
DAH BERTUKAR PULAK


Cikgu Mohd Razali bin Sulaiman GPK HEM bertukar ke
SK PUTERA JAYA. Selamat menjalankan tugas
di tempat baru. Jasa mu Tetap Dalam Ingatan



Contest SEO Eridy

Sunday, April 3, 2011

JOHAN BOLA JARING PERINGKAT ZON SETIU TIMUR



Juara... Wajah ceria pemain-pemain bolajaring SKBM

Penyampaian pingat disempurnakan oleh 
Tuan Guru Besar En Rahiman b Mohamed

Barisan Pemain dan jurulatih SKBM 

SK BUKIT MUNDOK, 3 April 2011 Ahad  Mengekalkan Kemenangan.. Itulah disebut-sebut bila SKBM dinobatkan sebagai Juara bola jaring Zon Setiu Timur. Turut membanggakan, SKBM memenangi kesemua perlawanan seterusnya menjuarai perlawanan. SKBM akan mewakili Zon Setiu Timur untuk ke peringkat Daerah.
                 Tujuh perlawanan dilalui dengan penuh semangat iaitu melawan SK Fikri memenangi  9-0,  SK Sg Tong memenangi 8-0, SK Pak Ba 8-6, SK Lubuk Teras 7-4, SK Sungai Las 17-8 dan Akhir menentang SK Tayor dan menjuarai perlawanan.
                 Puan Yusmin bt Ab Llah jurulatih pasukan bolajaring berkata, mudah-mudahan SKBM akan ke peringkat yang lebih tinggi lagi dan kalau ada rezki keperingkat mewakili daerah atau negeri". Pengurus pasukan Pn Siti Zurina Rudiah bt Idris berkata, "semangat tinggi di kalangan pemain-pemain dan guru-guru (jurulatih) banyak menyumbang kepada kemenangan SKBM". 

Contest SEO Eridy

:: SERTAI KAMI ::

Sekolah Kebangsaan Bukit Mundok
21500 Setiu, Terengganu.
Tel : 09-8240926
Fax: 09-8240450
Email: tba6074_skbm@yahoo.com.my
Paparan terbaik 1024x768
ILMU AMAL JAYA

Copyright © 2013 SK BUKIT MUNDOK. Designed for rozbh07

 
Hootoh Blog Hotooh Blog Entri Panas Tengkorak Harimau Blog Sapa Ceoh Pseudosupra Raimi Syazwan Blog Ilham Minda