Koleksi Contoh Soalan Peperisaan KSSR. Download KSSR Exam Paper di Bank Soalan KSSR Kau Tetap Di Hati - Cikgu Raimi Syazuan

PENDIDIKAN


copyright@ 2013 SKBUKIT MUNDOK| Semua Hak Dilindungi | Designed for SKBM (RBH). Powered by Blogger.

Thursday, January 12, 2012

Kau Tetap Di Hati - Cikgu Raimi Syazuan

En Raimi Syazwan B Abd Rashid

SK Bukit Mundok 11 Januari 2012 Rabu. Sekali lagi SKBM dikejutkan dengan pertukaran guru. Kali ini pertukaran seorang guru yang disebut-sebut namanya oleh murid-murid SKBM jika ketiadaanya. Seorang guru yang berkalibar dalam pengajaran matapelajaran sains tahun 6. Walaubagaimana pun amanah tersebut segera disambut oleh Guru kepada En Raimi iaitu En Roslan b Embong. En Roslan (GPK HEM ) adalah guru sains En Raimi semasa beliau dibangku sekolah. Atas semangat ini, agar perjuangan ini dapat diteruskan dengan jayanya. Beliau akan bertukar di Sekolah Kebangsaan Sungai Tong, Setiu setelah 3 tahun menumpahkan jasa bakti beliau kepada anak didik SKBM. SKBM mengadakan majlis perhimpunan khas untuk En Raimi bagi memberi peluang beliau berucap dan majlis bersalaman mohon maaf dan restu guru kepada murid atas ilmu yang diberikan. YM Raja Khairuddin mewakili guru SKBM memohon ampun dan maaf atas segala ketelanjuran sepanjang beliau berada di SKBM, dan berharap agar beliau dapat menyesuaikan diri di tempat baru serta melonjakkan kebolehan yang ada ke tingkatan yang lebih tinggi.

                        Menurut Guru Besar En Rahiman b Mohamed, En Raimi adalah seorang pendidik yang sukar dicari ganti dan mendoakan agar En Raimi  cepat bertemu jodoh agar kehidupan En Raimi lebih sempurna dan teratur. Suasana sedih menyelubungi dewan terbuka SKBM bila En Raimi menyampaikan ucapan. Murid-murid dan ada beberapa orang guru menitiskan air mata dengan ucapan beliau dan dalam ucapannya beliau sempat menyampaikan amanat terakhir untuk pelajar-pelajar SKBM iaitu " satu sahaja yang saya nak ingatkan pada kamu semua, ambillah perhatian kepada guru mengajar dalam kelas kerana itulah satu-satunya ilmu pertama dan perlu diingat untuk bekalan kamu menjawab peperiksaan"kata mengakhiri ucapannya dan disambut dengan tepukan dari guru-guru dan murid-murid. Sesungguhnya kehilangann Raimi amat dirasai oleh semua warga SKBM. Semoga En Raimi maju jaya ditempat yang baru.



Contest SEO Eridy

1 Maklumbalas:

RaimiSyazwan said...

Trimas..
Skbm selamanya

:: SERTAI KAMI ::

Sekolah Kebangsaan Bukit Mundok
21500 Setiu, Terengganu.
Tel : 09-8240926
Fax: 09-8240450
Email: tba6074_skbm@yahoo.com.my
Paparan terbaik 1024x768
ILMU AMAL JAYA

Copyright © 2013 SK BUKIT MUNDOK. Designed for rozbh07

 
Hootoh Blog Hotooh Blog Entri Panas Tengkorak Harimau Blog Sapa Ceoh Pseudosupra Raimi Syazwan Blog Ilham Minda