Koleksi Contoh Soalan Peperisaan KSSR. Download KSSR Exam Paper di Bank Soalan KSSR March 2011

PENDIDIKAN


copyright@ 2013 SKBUKIT MUNDOK| Semua Hak Dilindungi | Designed for SKBM (RBH). Powered by Blogger.

Wednesday, March 30, 2011

BANJIR


Jalan dari Kampung Bukit ke Bukit Mundok
tidak boleh dilalui kerana banjir

SK BUKIT MUNDOK, 30 Mac 2011 Rabu.  Hujan lebat bermula malam Jumaat sehingga hari ini menyebabkan jalan menuju ke sekolah SKBM tersekat oleh banjir. Guru-guru terpaksa menggunakan jalan alternatif iaitu melalui jalan Kuala Ping, sejauh 30km dari jalan biasa. Walau bagaimanapun sedikit pun tidak mematahkan semangat guru-guru yang untuk datang ke SKBM untuk menucurahkan ilmu. Syaabas..!!!

Contest SEO Eridy

Monday, March 28, 2011

PERLAWANAN PERSAHABATAN

PERSAHABATAN DENGAN 
SK LUBUK TERAS

Pasukan Bola Jaring SKBM dan Sk Lubuk Teras 

 Pasukan Bola Sepak SKBM dan SK Lubuk Teras


Aksi permainan bola jaring dan bola sepak

SK BUKIT MUNDOK, 28 Mac 2011 Isnin  Perlawanan persahabtan telah diadakan antara SKBM dan Sk Lubuk Teras walaupun hujan renyai-renyai pada permulaan perlawanan. Perlawanan  persahabatan ini diadakan bagi membangkitkan semangat kepada pemain-pemain SKBM yang akan menyertai Permainan Tahunan Peringkat Zon Setiu Timur. Menurut Pengurus pasukan bola sepak SKBM En Ezani b Abd Ghani SKBM mampu menjuarai pertandingan bola sepak peringkat zon setiu Timur yang akan diadakan di Sk Pak Ba pada  29 - 30 Mac ini. Pn Rozaini selaku jurulatih bolajaring SKBM menyatakan beliau berharap agar GA dan GS dapat menjaringkan gol sebanyak mungkin pada pertandingan bola jaring peringkat Zon Setiu Timur nanti.
                            Keputusan perlawanan persahabatan bola jaring antara SKBM dan SK Lubuk Teras berakhir dengan SKBM memenangi perlawanan 31 - 3. Manakala perlawanan persahabatan bolasepak juga dimenangi oleh SKBM 5 - 0. Al fatihah untuk ibu jurulatih bola jaring SKBM Pn Mala yang meninggal dunia semalam.

Contest SEO Eridy

Tuesday, March 22, 2011

PROGRAM MOTIVASI


Penyampaian menarik membuatkan ibu bapa
 memberikan perhatian sepenuhnya

Kehadiran 100% ibubapa diluar jangkaan



Warga SKBM..Kami bersama-sama dalam segala hal.
Guru-guru,staf sokongan, guru KAFA, pekerja swasta 
saling membantu, sama-sama memasak dan makan bersama..
 tiada diskriminasi

SK BUKIT MUNDOK, 22 Mac 2011 Selasa Program Motivasi bagi pelajar Tahap Dua yang diadakan petang tadi mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila semua ibubapa pelajar hadir. Kehadiran 100 peratus ini membolehkan segala maklumat sekolah dapat disampaikan dengan berkesan.  Program bermula jam 2.00 petang lagi dimana ibubapa Tahun 6 membuat pertemuan dengan guru-guru yang mengajar matapelajaran UPSR. Program yang diberi nama TEMU MURNI itu mendekatkan ibubapa dengan guru-guru serta bertanyakan hal tentang dan berbincangan tentang  perkembangan pelajaran anak-anak.                                                                                   
             Program disambung dengan ceramah motivasi oleh penceramah undangan En Abdul Halim b Hassan. Beliau adalah penyelia asrama kanan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Beliau disambut dengan paluan kompang oleh peljar-pelajar SKBM. YDP PIBG En Zakaria b Saleh mewakili Guru Besar menyambut kehadiran beliau, ini adalah kerana Guru Besar En Rahiman bin Mohamed sedang menjalani kursus Biro Tata Negara di Maran Pahang. Dalam ceramahnya beliau mengulas tentang  kemudah-kemudahan yang ada patut di manafaatkan sepenuhnya oleh itu pelajar untuk mencapai kejayaan, tertamanya bagi pelajar yang tinggal di asrama. "Pelajar haruslah menumpukan kepada pelajaran agar hasrat kerajajaan untuk melahirkan insan yang seimbang tercapai" kata beliau lagi. En Shaharman penyelia asrama SKBM berkata "pengolahan penceramah dari mula peringkat sekolah rendah hingga ke menara gading serta peluang yang patut diambil untuk memajukan diri patut diberi perhatian kerana pelajar-pelajar luar bandar diberi keutamaan dalam memajukan diri dalam pelajaran". 

Contest SEO Eridy

Monday, March 21, 2011

BONDA YANG di-PERTUAN AGONG MANGKAT

AL FATIHAH


Separuh Tiang... sebagai tanda berkabung seluruh 
rakyat Terengganu


KUALA LUMPUR, 21 Mac – Bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bahriya Sultan Alam Shah mangkat di Hospital Seri Kota, Klang, Selangor pada pukul 1.22 pagi tadi.
Kemangkatan baginda, 78, diumumkan Setiausaha Sulit Kanan Yang di-PertuanAgong Datuk Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan di sini hari ini. Mohd Zuki turut memaklumkan bahawa jenazah almarhum akan dibawa pulang ke Kuala Terengganu melalui Pangkalan Udara Tentera Diraja Malaysia (TUDM) Subang.
Jenazah almarhum berlepas dari pengkalan itu kira-kira 10.45 pagi ini menggunakan pesawat C130 TUDM. Mengiringi jenazah ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah yang berlepas dari pengkalan itu dengan pesawat khas. 
Jenazah akan dibawa ke Istana Maziah, Kuala Terengganu untuk penghormatan terakhir dan urusan pengebumian. Warga SKBM juga turut merasakan kesedehan melalui mengibarkan  bendera separuh tiang dan membacakan surah Al-Fatihah agar roh baginda ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh.

Contest SEO Eridy

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH


Bersemangat... Dengan Penuh Iltizam yang padu
pasti kejayaan akan menunggu..
SK BUKIT MUNDOK, 20 Mac 2011, Isnin. setelah seminggu bercuti, kini Warga SKBM iaitu guru-guru dan pelajar-pelajar memulakan tugas seperti biasa dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran bermula. "Cikgu berharap pelajar-pelajar semua dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran setelah merehatkan minda selama seminggu", kata Guru Besar SKBM En Rahiman b Mohamed. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada murid-murid Tahun 6 kerana berjaya mengikuti kem anjuran Yayasan Terengganu di Demong Resort Dungun Terengganu semasa cuti sekolah baru-baru ini. Dalam minggu ini juga SKBM akan menganjurkan beberapa program iaitu ceramah motivasi bagi murid-murid Tahun 6 dan Tahap dua. Ibu bapa juga dijemput hadir bagi menjayakan program tersebut.

Contest SEO Eridy

Saturday, March 12, 2011

CUTI SEKOLAH PENGGAL PERTAMA



SK BUKIT MUNDOK, 11 Mac 2011, Khamis. Warga SKBM mula bercuti selama seminggu bermula hari ini. Murid-murid serta guru-guru bersalaman dan Guru Besar En  Rahiman bin Mohamed menasihatkan pelajar-pelajar SKBM agar memanafaatkan cuti dengan sebaik mungkin dan menjaga keselamatan semasa bercuti, memandangkan cuaca yang tidak menentu sekarang ini. Bagi guru-guru pula,mereka dikehendaki menyediakan kerja rumah terancang bagi pelajar-pelajar semasa cuti sekolah. Guru-guru Tahun 6 mengambil peluang ini untuk mengadakan kelas tambahan bagi meningkatkan pembelajaran pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR.
       SKBM merupakan anak angkat Yayasan Terengganu. Banyak kemudahan-kemudahan yang diberikan oleh Yayasan Terengganu melalui peruntukan yang disediakan untuki sekolah angkatnya. Diantara program Yayasan Terengganu semasa cuti sekolah ini ialah Kem UPSR di Demong Resort pelajar SKBM turut serta.

Contest SEO Eridy

Wednesday, March 9, 2011

e KASIH - KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)

BANTUAN AM PERSEKOLAHAN (BAP)
DAN BANTUAN BULANAN


SK BUKIT MUNDOK, 7 Mac 2011, Isnin Berpandukan data eKASIH tahun 2011 hanya seorang sahaja pelajar SKBM yang layak menerima Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM). Kategori penerima KWAPM ialah miskin tegar dan misin. Kategori miskin tegar menerima Bantuan Am (BA)Persekolahan sebanyak RM200 manakala Bantuan Bulanan (BA) menerima RM50 selama 10bulan dan jumlah keseluruhan bantuan adalah sebanyak RM 700. 
                    Penerima bantuan KWAPM 2011 bagi murid dalam senarai eKASIH ialah Muhammad Iskandar bin Mohd Harun tahun 5. Guru Besar SKBM En Rahiman b Mohamed menyampaikan bantuan tersebut dan memberi semangat serta peransang agar adik Iskandar lebih bersemangat serta ceria dalam menjalani alam persekolahan sepertimana murid-murid lain. Beliau sendiri manyarungkan baju serta beg sekolah adik Iskandar sebagai keperihatinan beliau terhadap pelajar. 
                    "Saya akan berlajar bersungguh-sungguh cikgu, untuk membalas segala jasa baik kerajaan kepada saya ", kata adik Iskandar selepas menerima bantuan tersebut. Ditanya perasaannya menerima bantuan tersebut, adik Isandar dengan sebak berkata, "saya orang susah cikgu, bila dapat bantuan macam ni saya rasa amat gembira dan ini akan dapat mengurangan bebanan yang ditanggung oleh ayah saya". Keperihatinan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memberian bantuan kepada pelajar-pelajar yang tidak berkemamapuan adalah tanda kerajaan begitu mengambail berat hal ehwal rayat. Semoga bantuan seumpama ini diperluaskan lagi kerana Bukit Mundok adalah kawasan pedalaman yang ramai penduduknya yang kurang berkemampuan.
                     

Contest SEO Eridy

Wednesday, March 2, 2011

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2010


Disampaikan oleh Tuan Guru Besar
En Rahiman b Muhamed

SK BUKIT MUNDOK,2 Mac 2011 Rabu. Guru-guru diberi memo untuk diadakan taklimat ringkas oleh Guru Besar tengahari tadi. Dalam taklimat itu Guru Besar En Rahiman b Muhamed telah menyampaikan kepada guru-guru SKBM surat kelulusan pergerakan gaji dari Pejabat Pelajaran Daerah Setiu. Beliau juga menyampaikan surat Penghargaan Perkhidmatan Cemerlang 2010 kepada YM Raja Khairuddin b Raja Majid. Beliau mengucapkan tahniah dan berharap agar tahun akan datang SKBM berikan kuota dua orang untuk menerima anugerah tersebut.
YM Raja Khairuddin yang ditemui berkata, "saya bersyukur kepada Allah atas anugerah yang telah diterima ini, dan mengucapkan berbayak-banyak terima kasih kepada rakan sekerja yang telah banyak membantu dan kepada mantan Guru Besar SKBM En Sulaiman b Saian yang telah banyak memberi tunjuk ajar sepanjang beliau berada di sekolah ini. Beliau juga berharap rakan-rakan guru dan guru besar En Rahiman b Muhamed dapat memberikan teguran dan tunjuk ajar agar beliau dapat meningkatkan lagi perhidmatannya pada masa akan datang.

Contest SEO Eridy

Tuesday, March 1, 2011

Nasyid dan Selawat sempena Maulidur Rasul





Nasyid sempena Maulidur rasul s.a.w. dibawah bimbingan
Pn Rozaini bt Hamzah ( Guru Muzik SKBM )


Selawat beramai-ramai di Masjid Alor Lek



RAGAM WARGA SKBM
Mencuit hati..


Contest SEO Eridy

MAULIDUR RASUL 2011

KEMERIAHAN
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


Saling membantu membuat sepanduk
Maulidur Rasul


Persiapan untuk majlis Maulidur Rasul s.a.w



Wajah-wajah ceria warga SKBM


Ucapan dari Tuan Guru Besar dan YDP PIBG


Doa dibaca untuk menambah keberkatan majlis


Menghayati ucapan yang disampaikan


Bersemangat... Sejauh 2.5km perjalanan dari SKBM diharungi
dengan tabah diikuti dengan selawat keatas junjungan
Nabi Muhammad s.a.w.


Selawat diselangi dengan paluan kompang..
Penceramah disambut dengan mesra oleh Tuan Guru Besar SBM


Semua Warga SKBM bergambar di Masjid Alor Lik,
bersama penceramah undangan



Hayati pengorbanan Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.
melalui ceramah yang disampaikan


Beri perhatian... ceramah yang diberikan oleh penceramah


Majlis diakkhiri dengan bacaan selawat secara beramai-ramai..




Semua guru lelaki, Guru Besar En Rahiman bin Mohamed,
YDP PIBG En Zakaria bin Saleh dan Pengerusi JKKK En Mahmud
bergambar bersama


Berbaju hitam... guru-guru wanita SKBM



SK BUKIT MUNDOK,1 Mac 2011 Selasa, Kelihatan pagi ini murid-murid SKBM berpakaian kebangsaan menuju ke sekolah untuk Majlis Sambutan Maulidur Rasul s.a.w. Begitu juga guru-guru lelaki bersongkok dan bersampin tidak ketinggalan guru wanita dan staf wanita SKBM mengenakan pakaian serba hitam menunjukkan kesepaduan dalam ikatan persaudaraan. Majlis sambutan tahun ini meriah kerana segala persiapan telah dirancang awal dan pagi ini tepat jam 9.00 pagi YDP PIBG hadir untuk menyertai majlis sambutan Maulidur Rasul.  Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi dan bacaan doa dari Al-fadhil Ustaz Mohd Noor b Zakaria. 
                           Dalam ucapan Tuan Guru Besar En Rahiman b Mohamed berkata, "bersempena sambutan maulidur rasul bertemakan "Satu Malaysia Satu Ummah' yang mana zaman nabi s.a.w adalah zaman manusia dipandang dengan ilmu sesuai dengan surah pertama Iqra',  sekolah akan memperkasakan ilmu pengetahuan dengan mengisi ruang pagi dengan tazkirah pada setiap hari. Hal ini akan diperhalusi dan dibuat perbincangan mengenai jadual guru untuk memberikan tazkirah dan isi kandungannya". Beliau juga menambah sekolah juga telah menjalankan hasrat pengarah JPNT agar setiap pagi diadakan bacaan Al Quran dan akan diperluaskan lagi kesemua murid.
                        Diikuti dengan ucapan NYDP En Zakaria bin Saleh dan beliau menyentuh mengenai peribadi dan akhlak Rasulullah yang patut menjadi ikutan dan amalan para umat Islambermula dari peringkat kanak-kanak lagi. "Pendidikan berdasarkan ajaran Islam sekarang ini telah diamalkan oleh kaum bukan Islam dan mereka telah berjaya membentuk sebuah masyarakat yang harmoni dan mengapa tidak kita, yang Al Quran dan buku-buku hadith sentiasa dihadapan kita, maka kita tidak amalkan. Maka amat malang bagi umat ini yang begitu tersimpang jauh dari agama. Beliau menyeru para guru agar sentiasa menerapkan ajaran dan cara akhlak islam terhadap pelajar-pelajar semasa P & P dijalankan" katanya lagi.
                                  Setelah ucapan, majlis dihidangan dengan persembahan nasyid dari Tahun 6 bimbingan Pn Rozaini bt Hamzah guru muzik SKBM. Sebelum pelajar-pelajar rehat, mereka menyaksikan tayangan video tentang kisah nabi Muhammad s.a.w. Setelah itu warga SKBM bersedia untuk berarak dilengkapi dengan sepanduk dan kumpulan kompang mengiringi.
                                 Guru Besar SKBM, NYDP PIBG, Ketua JKKK serta semua warga SKBM turut berarak dan berselawat dengan berjalan kaki sejauh 2.5 km menuju ke masjid Alor Lek. Ceramah Maulidur Rasul s.a.w. disampaikan oleh Ustaz Ayub b Hj Ahmad Imam Masjid Sungai Bari dan beliau adalah beas pensyarah AIB ( Institut Amunuddin Baki ). Ceramah beliau berkisar tentang sirah ( perjalanan ) hidup nabi Muhammad s.a.w. Beliau juga menyeru kepada semua agar kembali mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. Beliau berkata, "orang bukan Islam akan gerun kepada orang Islam yang bersembahyang, terutamanya sembahyang jamaah maka peliharalah sembahyang kerana pesanan dan waksiat nabi s.a.w. sebelum beliau wafat adalah solat..solat.." Majlis diakhiri dengan bacaan selawat diketuai oleh Tuan Penceramah Tuan Haji Ayub b Haji Ahmad.

Contest SEO Eridy

:: SERTAI KAMI ::

Sekolah Kebangsaan Bukit Mundok
21500 Setiu, Terengganu.
Tel : 09-8240926
Fax: 09-8240450
Email: tba6074_skbm@yahoo.com.my
Paparan terbaik 1024x768
ILMU AMAL JAYA

Copyright © 2013 SK BUKIT MUNDOK. Designed for rozbh07

 
Hootoh Blog Hotooh Blog Entri Panas Tengkorak Harimau Blog Sapa Ceoh Pseudosupra Raimi Syazwan Blog Ilham Minda